LELAKI PANTANG KALAU PEREMPUAN....



ok la..tajuk kite hari ni..lelaki pantang kalau perempuannnn...? let we go to the first point n point2 seterusnya key drlg2 sume.




1. MEMBANDINGKANNYA DENGAN ORANG LAIN

lelaki sangat tak suke kalau kite bandingkan dirinya dgn orang lain ye..dgn ex boyfren korang ke, dengan adik beradik laki korg ke, kawan2 ke, takpon boyfee kawan2 korang..membandingkan sama sahaja dengan korang merendah2kan mereka..tak kisah la bandingkan cara diorg ke, keadaan fizikal ke, ape2 je..ingat, setiap org ade perasaan dan maruah..so pndai2 la korang cakap kalau nak soh die berubah..tidak dengan cara membandingkan ye :)



2. GARANG

ade ke lelaki suke perempuan garang? raseny takde kot..ade yang sampai mengeluarkan kata2 tidak manis, memaki hamun kalau bergaduh..dengan mebebel tak berenti lagi..mmg sebagai perempuan, kita mmg lebih menggunakan emosi dari akal fikiran ketika marah..tapi, pandai2 la kawal key..lelaki akan berfikir banyak kali utk memilih seorang perempuan yang agak buas utk dijadikan isteri..






3. MENGANGGU KETIKA TIDUR

point ni aku tak pasti la..tapi ni pengalaman sendiri dan ade testimoni lain dari tunang kawanku..hehe..kalau die dah bagitau die nak tidur, hormat la..lagi2 setelah seharian die bekerja, belajar, atau berjalan..jangan la call banyak2 kali dan menganggu..lagi2 kalau korang call tu sengaja nak cari pasal..mmg naik terus la darah diorg.. 





4. MENGHINA KELUARGANYA

ni sapa2 pon pantang kn? so, elakkanlah dari menyentuh perihal keluarga die..ingatla, hubungannya dengan keluarga akan kekal..tp dgn kita, tak tentu lagi..jangan tunjuk kebiadapan kita dengan menghina keluarganya walau betapa besarnya kesalahan yang dia lakukan terhadap kita.



5. GEMAR MENDESAK DAN MEMAKSA

kadang2 tak semua benda kita bole berkongsi dengan pasangan..lebih2 lagi lelaki, untuk benda yang terlalu peribadi, dia pasti akan merahsiakannya..jadi jangan paksa die..bagi dia masa dan kelonggaran utk dirinya sendiri..kalau die tidak mahu, tak guna paksa..cume akan buatkan die berasa rimas je :)


6. PENGONGKONG DAN TERLALU CEMBURU



raseny point ni da pon dijelaskan pada entry sebelum ni..lumrah la perempuan kalau dah syg, pasti ade rase cemburu..tapi mengongkong yang terlalu over hanya akan membuatkan si lelaki bertambah benci..laman sesawang lah yang banyak menyumbang kepada kerosakan suatu perhubungan dek kerana perasaan cemburu..aku ade terbaca status sorg sahabat fesbuk yang mengatakan

 "If you let social networks ruin your relationship, maybe it wasn't a strong relationship to begin with...think!"

perbuatan mengongkong baginya adalah simbol yang kita tak percaya dia..hubungan tanpa kepercayaan pasti takkan bertahan lama..semakin mereka diikat, semakin mereka memberontak..


7. MEMALUKANNYA

sekarang zaman siber..fesbuk la medan kita sume meluahkan ape yang kita rase..tempat bagi segelintir manusia melepaskan kemarahannya..dgn cara korang memalukannya dikhalayak ramai, kadang2 siap mention nama, pastu kutuk beramai2..ataupon menggunakan orang lain seperti saudara mara atau kawan2 utk mencari dan memarahinya hanya akan menambah kebencian die terhadap korang..sume tu tak perlu sbb korang belum ade ape2 ikatan, lain la da bertunang ke, leh libatkan org2 terdekat, tu pon stil takleh lebih2..lelaki tidak suka menjaja cerita peribadinya kepada org ramai, dia tidak suka melibatkan ramai orang mencampurinya..ingatlah, lelaki mahukan seseorang yang bole menjaga aibnya,supaya aib dalam rumahtangga yang akan dibina satu hari nti tidak sampai kepengetahuan org lain..adakah seorang perempuan yang gemar memburuk2kan lelaki dalam masa belum ada ikatan yang sah boleh dijadikan calon isteri yang baik? :)








8. CURANG

lazimnya kite dengar lelaki yang curang kan?tapi ade jugak perempuan buat ye..dan kebanyakan lelaki tidak akan menerima seorang perempuan yang curang dibelakangnya..lain sket dgn perempuan, perempuan kadangkala bole memaafkan..tp tidak bagi seorang lelaki..ini kerana ego mereka sangat tinggi, tercabar kejantanan mereka..baik cari perempuan yang lebih baik kan kan..haha..siap ade istilah dayus lagi kan kalau terima balik?sekali dia dikhianati, selamat jalan juliet la jawabnya :)






kalau korang rase dah tak suke dgn pasangan korang, buatlah sume benda yang disenaraikan kat atas tu..pasti korang putus dgn mudah nanti..haha..tapi sebenarnya, point2 atas tu pon ditujukan pada lelaki jugak..hehe..kadang2 kita sayangkan seseorang sampai kte tak perasaan yang sebenarnya kita banyak melukakan perasaannya..kita hanya pikirkan perasaan kite sendiri dan mahukan perhubungan itu sesempurna dan seindah novel..



last but not list..kalau sayangkan sesuatu, jangan terlalu menggenggamnya dengan kuat, kelak ia akan pecah dalam genggamanmu sendiri.


sekian.








4 orang sayang saya ♥:

♥♥ arabella ♥♥ said...

suke, suke entry nh...
lelaki mmg ego kan, dads y byk pantang larang...

HAFIZAL said...

tumpang naik motor

acheeqa_farhana said...

arabella : yep2..sabo jela ngn laki ni kan..hehe..

acheeqa_farhana said...

hafizal : bole2..haha :p






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...