JJCM : MEDAN ASAM PEDAS PARIT JAWA


misi mencari makanan diteruskan lagi. tiba-tiba teringin pulak nak makan asam pedas. ajak si dia yang rajin ikut cakap aku tu, tiba-tiba ada hal family kat JB pulak, sampai sekarang tak balik-balik. huhu. nak ajak kawan-kawan? ok fine, aku takde kawan pon. bhahaha. so, ajak lah emak. well, emak aku kan free sentiasanun. adik pulak memang taknak ikot. takut aku pow duit RM250 BR1M dia lettew. elehh, tak kebulur pon. *nada sakit hati*. HAHA.


kalau kat batu pahat, ASAM PEDAS yang boleh dikategorikan sedap macam kat JALAN RAHMAT, ASAM PEDAS MAK LIMAH, and satu lagi gerai asam pedas kat SIMPANG 5. tapi kali ni nak tukar selera kat daerah lain pulak. ASAM PEDAS PARIT JAWA here i comeee ! hehe.


gerak dari batu pahat lebih kurang pukul 12 and sampai sana dalam sejam, perut dah mula lapar. sejam tak boleh bla kan? well, wa bawak big boss kat sebelah kot. so kena la behave. plastikk sangat aku rasa. haha.


lunch hour kat sana sememangnya pack. apa semua tak reti masak kat rumah ke apa ni? hahaha. apapon, medan asam pedas parit jawa ni takde la besar mana. lebih kurang dalam 5 or 6 gerai je. so, aku pilih la yang paling ramai sekali. biasaaa, pattern kalau makan mesti nak pilih tempat yang ramai orang, dengan alasan, sedap kot. hehe.




ASAM PEDAS MAK PON ! gerai dia kat hujunggg sekali. paling power katanya.


antara ikan yang ada semalam. jenahak, mayong bukan moyang, kerapu, and ikan merah. sayur pulak cuma ada dua pilihan. dan macam biasa lah untuk asam pedas mestilah tauge dan kobis. then kalau yang nak tambah ulam timun, telur or sambal belacan pon boleh. hee.




taraaa. menu lunch untuk kami berdua semalam ! aku pilih asam pedas ikan merah, sayur kobis dan telur je. ikan ambik sepotong je sebab dan cukup makan untuk berdua. besarrr you allsss. banyak isi. hee.




so untuk penilaian, rasa asam pedas dia quite okay la. tak pekat tak cair, masam-masam dan tak berapa pedas. beza la dengan asam pedas JALAN RAHMAT BATU PAHAT. wa berpeluh je lebih, pedasss sangat. haha. so kat sini sesuai la untuk spesis yang tak tahan pedas macam aku. jugak untuk budak-budak kecik bagi yang dah berkeluarga tu.


dari segi harga pulak, takde la murah pon. standard harga pasaran. alaa, biasa la. dah famousss. hihi.


okey last, bagi yang tak pernah makan kat sini, ataupun untuk yang memang penggemar asam pedas melayu asli, apa lagi. jom ke medan asam pedas parit jawa muar ! not bad laa. oyehoyehhh~


sekian. kbai XD








PANTAI PENGKALAN BALAK & MEDAN IKAN BAKAR SABAK AWOR


chinese new year holiday dah tiba ! pasti masing-masing ada aktiviti yang best-best kan hari ni? haa, tak ketinggalan jugaklah aku antara salah satunya. jalan-jalan with my bigggg family! hehe. actually plan nak jalan ke kotaraya kolumpo. tapi tiba-tiba pulak dapat berita destinasi bertukar ke MELAKA. melaka pon melaaaaka lah, yang penting kita ennjoyy! hikhik.


seawal pagi lagi aku dah bangun dan siapkan diri. aku pon tak paham kenapa mata ni segar semacam walaupun still awal pagi. gayanya macam nak menempuh perjalanan 10 jam. hahaha. mak pulak sibuk kat dapur pack-pack makanan dan abah melarikan diri kejap ke surau untuk subuh. paling best adik aku ler, terbongkang tak ketahuan. zzz.


ermm, around 8 pagi, kitorang dah start berkumpul kat rumah makcik aku. okey, kali ni lima buah kereta je yang join. takpe, cukup meriah la tu sebab kanak-kanak ribena yang ramai. hihi.




muka masing-masing macam suci, hakikatnya busuk tak mandi. boo boo :D




ni time berhenti kejap lepas tol ayer keroh. nak kumpul-kumpul balik semula. konvoi kan katanya~


and after dua jam perjalanan, sampailah kami ke destinasi yang nak dituju. PANTAI PENGKALAN BALAK ! weeehuuu~aku dah tak tahan. aku tak tahannnn nak mandi lauttt :D




ni la hantu air yang sebenarnya. pantang nampak, nak terjun je kerjanya. hee







sepupu-sepupu aku yang dah jadi mak orang pon mengalahkan budak kecik dasyatnya kan. skill time berkubang kat parit kampung berbelas tahun dulu mula digunapakai. alahai teringat jaman jadi budak hingusan dulu. hee.




haa, disebalik golongan perempuan yang gonjeng, nampak berbeza pulak dengan lelaki-lelakinya yang nampak saaangat behave. langsung tak tergoda dengan dunia laut tuu. diorang kat atas balik-balik makan-pancing-makan-pancing. adik aku siap dapat ikan buntal tadi. kekeke.




tapi yang ni paling legend. atok tersporting dalam dunia katanya. join cucu-cucu mandi laut. pak sapaaa la tu kann. *ketuk kepala* :D




siap berbarbeque di tepi pantai~nyumnyummm !




dan ni lah muka-muka ceria mengharung hari yang menyeronokkan.


mungkin nasib sangat meyebelahi hari ni, cuaca teramatlah baiknya pon adoii. tak panas, tak hujan. tempat dia pon cantik dan bersih. raaamai sangat yang berpicnic tadi. aku sampai sekarang rasa macam bergelombang-gelombang. punyalah lama berendam tak hingat dunia kan tadi. hihihi.


then bila dah penat, kitorang singgah pulak rumah sepupu kat melaka. mata aku terus layu kot sampai tertidur-tidur kat rumah orang. peh perangai, macam budak umur empat tahun. ni kalau tau bakal mak mertua, mau menitik air mata dia tiga baldi. ehh? hahaha


aktiviti diteruskan, time ni semua berpecah sebab masing-masing ada plan masing-masing. so, aku tinggal lah dengan mak, abah dengan adik je sekereta. 




gambar kenangan kat rumah abang along dan kak rozi sebelum balik tadi. hee


then bila dah berpisah, aku apa lagi, cepat-cepat plan cari tempat makan best-best. maklum lah, hari dah lewat petang, perut pon dah mula lapar. SABAK AWOR ayohhh ! ayuhakkk. haha




sampai sana dalam pukul 8 macam tu la. memang diakui lambat sebab jem yang power kat melaka. haihh, aku paling lemah tang jem-jem ni. tapi nak buat macam mana kan. sampai kat sabak awor pon, kena menempuh jem lagi. punya lah ramai nak melantak. dua tiga kali pusing nak cari parking. sabaa jela, zzz.




bila gaji 7hb, cuti pulak 10hb. haaa, memang ni la makan dia. kikiki.




ni pulak suasana sabak awor lebih kurang lima jam yang lepas. dah menempuh macam-macam jem, kat sini pon jem jugak. aku kena tunggu 15 minit sebab nak dapatkan tempat duduk. mak cakap kedai lain pon takpe la. tapi aku degil. nak jugak GERAI NO 8 WAK JOS. yela, tu yang paling famous amos kot. hee




menu dinner ini malam ! yess, aku memang puas hati. siakap bakar dia sedap. siakap tiga rasa dia pon power. memang tak sia-sia menempuh macam-macam halangan sebab nak singgah sini.


dari segi service. layanan tu kira fail sikit la. nak taknak je kau bercakap kan. tapi takpe la, manusia. customer dia ramai, so mungkin dia penat. dari segi kepantasan, quite okey la. taklah sampai nak berperang dan buat bergaduh. hee. and dari segi harga, yesss. economic sangat kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. nampak la beza harga dia dengan UMBAI. tapiiii, bagi aku la ea. PARAMESWARA UMBAI lagi power. upss. :D


then bila perut dah kenyang, masa untuk pulang ! perjalanan ke batu pahat diteruskan kembali. pukul 11 tadi baru lah sampai rumah. dan sekarang ni badan mula terasa tersangatlah letih. zzz.


apepon, haaaapy sangat-sangat hari ni sebab dapat jalan-jalan dengan family tersayang ! orang cina raya, aku pulak yang umpak-umpak'an. hopefully dapat peluang beronok-ronok lagi macam ni next time.


okey, aktiviti esok. GUNUNG LUMUT KLUANG. insyaALLAH kalau takde apa-apa aral. oyeh oyehh. jom tidur~


selamat malam semua. okbaiii XD












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...