WEDDING DAY : SHAFIKA & SYAFIQ



20 tahun lepas.



tiba tiba je wujud sorang budak perempuan yang aku sendiri pon tak tau entah dari mana. putih melepak, mata sepet, gebu. hmmm pendek kata comel serba serbi. mak cakap tu sepupu aku, datang dari sabah and akan pindah terus kat sini. oh really? do i caree mummy? balas aku kepada emak tanda protes. eh, lupa nak cakap, dulu aku panggil emak "mummy". mohon jangan muntah lima tempayan :D



hari makin hari, aku rasa dia ni boleh je jadi kawan. boleh main sama-sama, boleh berangan sama-sama. only sometimes la, she's really really really the very menjengkelkan. oh goddd, dia boleh tergamak masuk istana yang susah payah aku bina dengan tulang empat kerat ni dengan pakai selipar?? patut ke, tak patut nak tanya ni?? its really kurang ajar allssss. dah masuk rumah orang tak reti nak bukak selipar ke cane? haaa bila darah dah turun naik turun naik, aku apa lagi, sebagai seorang budak kampung terlegend abad tu, memang aku marah la kan. marah sepuas hati dengan gaya saling tak tumpah macam bung mokhtar bersidang kat parlimen. ermm, tapi sangat menyedihkan bila akhirnya aku kalah hanya kerana dia main kotor dengan membaling termos aku sampai pecah. malah dihina hina masakan ikan bawal daun rambutan aku. sobsobsss.



mak cubit peha aku sampai lebam sambil marah-marah. takpe, real madrid yang power tu pon pernah kalah. so takde hal. air mata, mohon jangan tumpah. kahkah.



nak bercerita pasal masa lalu memang cukup panjang. kalau tulis kat novel pon mau makan beribu-ribu page. so dipendekkan cerita, akhirnya bila makin besar, hubungan dari okey-menyampah-okey-gaduh, jadi okeyyy sepanjang masa. malah, timbul pulak perasaan sayang antara adik beradik. betul la orang kata, masa tu merubah segalanya. eeee, geli bulu-buluan mendengarnya :D



apepon for me, she's my friend, my cousin, and my sister. forever.



2013



budak kecik yang comel tu dah jadi besarrr. walaupun dari dulu sampai sekarang memang aku mengaku yang aku tak pernah mampu nak lawan besar dia. maaf, ada unsur-unsur mulut longkang disitu, mohon jangan kecik hati. kahkah. tapi takpe, tunggu gua kahwin key ika, kita lawan :D



25 AUGUST 2013



SHAFIKA HANI will become a brideeee. i'm sooo excited for this moment ! wowowoooo.







okey, ni baru nak cerita ni. actually memang dah plan lama dah. tak salah aku lima bulan before lagi dah dapat baju and tudung untuk dipakai kat hari bersejarah ni. mana excited tu tak datang awal kann? i'm the dayang dondang dendang you allsss. sila jealous. kekeke.



majlis start malam 24 hb lagi, majlis paling wajib sekali iaitu akad nikah. pehh, "iaitu" la bhai. menangis terharu cikgu BM aku kalau baca ni. kahkah. malam tu seriously bukan takat pengantin je yang nervous, tapi rasanya seluruh rumah kot. punya la lama mukaddimah tu kan, test power dia lagi laa, qolqolah tu qolqolah. fuh dasat. aduhh, cepat-cepat la sahh. haha





kalau macam ni la gayanya, gua dah seriau. kepada yang berkenaan, mohon practice dari sekarang *nangis* :D






masing-masing muka lega dan suka. ALHAMDULLILAH sekali lafaz. kehkehkeh.








sekitar majlis akad nikah. penceriaaa majlis katanya :D





the dayang and peri-peri. sooooo sweet *pandang cermin* :D







one of the dayang ! rozita che mon namanya. mak dara yang sweet, selim dan muda. anak dah umur 17 hokay tapi masih maintain 20-an. huntung laaa. hikhik.



okey, majlis bersanding diteruskan untuk esoknya pulak. 25 AUGUST 2013, the memorable dayy. weehuu~







the guest book ! simple and super nice ! mohon laki aku nanti pon kerja oil and gas. baru glam letak kat guest book. ehh? haha. mohon dibaling dengan pasu bunga :D






really nice gift for guest. saya selaku tukang packing rasa omeyyy angattt :D





welcome to shafika and syafiq english terittory styleee ! weee~











disekitar majlis. meriah bangetttt :D





tuan rumah ambik band OKAY untuk majlis semalam. ku relakan dikau pergi memang power. memang OKAY sangat la. bhahaha. tapi ni bukan penyanyi dia. ni the twins tengah berkaraoke. diorang ni la sepupu aku yang paling legend sekali. gua bukan cakap takut dengan dia. tapi sekali dia marah, menangih kooo. okey, minggu lepas baru kena sebab dia nampak aku lepak-lepak kat luar even waktu tu dah malam. nasib baik la dia perati je, kalau hentak meja aku sekali apa nak jadi? kahkah. okey forget it. continue.





with IZZUE ISLAM ! kahkah. kami sepupu sebaya tauu. ehh, dulu rileks je mandi sesama dalam bilik air hokeyy. astaghfirullahalazimmm apa nak jadi. kahkah.







orang JOHOR memang wajib ada tol. tradisi katanya. semalam ada tiga tol and ni tol yang kedua. hambik kooo. anak itik terenang-renang, bukan SENANG ! eh, motipp sangat nak huruf besar :D









and lastly the super ohsem bride and groom ! sangat cantik sangat padan ! i'm just speechless, wonnnnderful ika ! pengantin lelaki pulak dah macam sultan kelantan. kehkeh.



apepon, untuk SHAFIKA and SYAFIQ, selamat pengantin baru for both of you. tahniah ye ! semoga ikatan yang dibina ni dilimpahi rahmat dan keberkatan dari yang maha ESA. semoga kekal bahagia jugak sampai akhir nyawa. cepat-cepat dapat babyyy. barakallah.



nice dress, gorgeus pelamin, amazing wedding celebration ! everythings perfect dear.



SELAMAT PENGANTIN BARU !



okbai :D







JJCM : CHICKEN CHOP HUTAN BANDAR, JOHOR BAHRU


pertengahan puasa hari tu aku ada lah kan plan datang buka puasa kat sini. kemahen pukul 5 lebih dah gerak dari bp. konon-konon nak ngam-ngam sampai sana waktu maghrib la cerita dia. sekali sampai, hampeh tutup. in process for renovation katanya. kfineee. saya adalah kecewa. zzzz.



takpeee, burger bakar abang burn kan hadooo. its okey, its okeyyy *kesat-kesat air mata* :D





eh, terbelanja gambar pulekss :D



then minggu lepas ada lah kesempatan nak cuba jaya sekali lagi. kali ni memang dah niat dari rumah, kalau tutup lagi, memang aku ready je ni parang kat tangan nak tebas kepala orang, berani la engko tutup. kahkah. tapi kadang-kadang rasa bangang jugak bila jalan jauh-jauh semata-mata sebab nak makan. tapi gua sanggup bhai, sanggup. ajak la pergi mana pon kalau pasal makan, laut api steady je aku redah. eeyah eeyahh :D



aku sampai kat perkarangan taman rekreasi hutan bandar lebih kurang dalam pukul 9 malam gitu la. amboi perkarangan, kemain A.Samad Said sangat ayat. haha. time tu manusia memang pack gilos serupa macam syurga je rasa makanan dia. yang berdiri nak tunggu turn pon bersepah-sepah. aku apa lagi, pandang kecik besar kecik besar la kan kat golongan yang sama-sama berdiri tu, yelahh, competitor katanya. kehkeh.



tapi nasib tu kira baik jugak la because around 10 minute dah dapat duduk. tu pon kitorang main berdiri je dengan tak malunya dekat-dekat dengan table yang dah habis makan, then pandanggg tanpa berkelip tepat kat muka diorang yang tengah dok habiskan sisa sisa makanan tu. nak lagi kejam, pandang tu bagi dekat sikit. then azan slow-slow kat telinga dia. gerenti menjajar jajar bla. yelah, dari kena berdiri sampai setengah jam, sesekali dianggap gila apa salahnya ye dak? kahkah.







aku kureng suka sikit pergi tempat yang ramai-ramai manusia ni. kecuali, tempat makan. untuk makan only :D







nak pergi membayarnya pon dah satu hal kena beratur. nampak jelas kan orang malaysia memang gigih kalau pasal makan? *hulur cermin depan muka* :D







taraa ! grilled chicken chop satu untuk saya ! cececeeee. haha. harga dia RM6.50 kalau tak silap. entah, tak sure la sebab tak pergi bayar kat kaunter. haha. tapi yang pasti mahal sikit je dari chicken chop biasa yang cuma 5 hengget tu. portion daging dia besar, best, dan power. homagaaaaa. homagaaaaa :D







yang ni pulak lamb chop ! diisi untuk perut kedua saya. kahkah. kambing selalunya macam liat sikit kan daging dia? tapi kat sini lembuttt macam rejoice. gituwwww. and harga dia pulak cuma 10 hengget je hokehh. soooo 1999 punya harga :D








kalau datang dari jauh semata-mata nak makan, then rasa pulak tip top macam yang kat sini, aku rasa benda tu berbaloi. cuma kat sini servis dia hagak slow sikit la. tapi oleh sebab dah sedia ada aku tau, so tak jadi hal sangat la kalau takat kena tunggu lebih setengah jam. tengok, tabah tak tabah? :D



orang johor especially yang stay kat JB mesti dah familiar sangat dengan chicken chop kat sini. famous amos kot ! tapi yang still tak tau tu, makanan bumi barat kat sini memang best giloo. murah, banyak, dan sedap ! susah wey nak cari makanan murah cenggini kat MALAYSIA sekarang. so ni kira legend la bagi aku. cececeee :D



sesiapa yang rasa nak cuba tu, boleh la cuba ye. confirm bangun dari kerusi dok senyum kenyang je. nyumnyumnyummm. haha. lokasi search je kat gps, HUTAN BANDAR RECREATION PARK. jumpaa punya jangan risau.



4.1/5



okbai :D






EID 2013


pepagi raya bangun pukul 10 memang sangat tak cool rasanya. celik mata semua dah siap. lemang and rendang dah terhidang atas meja. kuih raya pulak dah siap dalam balang. everything's done ! weyy, mana nak cari mak yang cool macam mak aku wey. kahkah.



actually raya ni memang paling heaven bagi aku. kemas rumah idok, buat kuih raya pon idok, jauhh sekali nak buat ketupat bagai. yang aku tau, balik kerja, shopping. cuti, shopping. shopping shopping shopping ! oraittt, hujung bulan nanti kita bawak bekal pergi kerja okayy. wkwkwkw :D



cerita pagi raya mungkin sama je macam semua orang. tunggu hero-hero balik sembahyang raya, then breakfast makanan tema sesama. paling penting tradisi mintak maaf lepas tu. duhhh :D





haa, ni yang nak cerita ni, selama 24 tahun hidup, tak pernah sekali pon air mata kekerasan aku menitik time pagi raya. but its happen for this year ! bukan dengan mak, bukan jugak dengan abah. tapi dengan adikkk. aku paling tak tahan tang dia mintak halal tu. ishhh, sebak gila doh. sebak dia tu rasa macam tertusuk gila dalam hati. ecehh. mohon terharu sama :D



my first day raya memang penuh dengan manusia yang datang kerumah. berduyun-duyun and tak berhenti sampai rasa tangan ni dah naik lembik asyik dok basuh gelas je. kahkah. tradisi turun temurun katanya. haaa, tapi time ni jugak la confident level berada ditahap paling merah sekali. kenapa? sebab sedara mara yang datang semua bapak vogue gila macam retiss. rambut dah la merah, muka tu haa, sebijik bintik hitam pon takde. bapakkk ah. okay paham. diorang semua orang KL and singapore. ehhh? ada aku kesah?  :D



raya aku memang mula meriah start hari yang kedua. baraan wey, baraannn. ni memang wajib aku pergi seeeetiap tahun. even selalunya lambat sebab tak boleh nak bangun. ehh? wkwkwkw. tapi mesti habis maa. even berjemur tengah panas. kental tak kental wa cakap lu :D





indah suasana hari raya :D




cantik cantik? ohhh, tau lama dah. wkwkwkw.





huntung la semua kaki rempit. semua terjal :D



balik baraan je, perut aku terus mulek. dah macam ular sawa terbaring bawah kipas. gila :D



then petangnya, tradisi beraya diteruskan untuk family belah emak. ada la dalam 10 buah rumah tadi. haaa, ni memang meriah tahap speechless gilaa. kalau taun lepas cuma 10 kereta yang join, tahun ni pulak ada hempatblass kereta. engko bayangkan wey betapa kecahnya rumah orang bila satu keturunan datang. haha.





bukti. seeemua kereta manual. janjinya siapa bawak auto dia loser. boleh macam tu erk? :D







bapak ah batalion parit karjo. menakutkan orang. aku siap dah warning siapa siapa nak jadi laki aku nanti, kepala mesti gila-gila. wa tak layan yang bajet bagus punya orang. bosan :D





taikotai. makcik-makcik yang gempak gilaa. gempak diorang siap boleh suggest suruh pasang pakwe reramai. hodoh pon hodoh. biar sakit mata jangan sakit hati. setia tu tak guna katanya. sempoiii :D



  


ramai lagi yang tak masuk. sobsss. INSYAALLAH turn aku kahwin nanti, request diorang nak bawak rombongan dua bas akan ditunaikan. cecececeeee. apa ni dah cerita kahwinnn. apa niii :D



seriously rasa happy gila sepanjang dua hari ni bila semua sanak sedara dapat kumpul ramai ramai. boleh kenal cucu-cucu, anak-anak sedara. dipanggil makcik kecik, nenek muda. hellooo, mana nak dapat kalau hari hari biasa? haha. apepon, kemeriahan raya untuk tahun ni rasa macam pendek sangat je. kenapa? sebab esok aku dah start kerja. rasa macam nak meroyan jugak ni tapi gua tahannn je. yelaa, biasanya raya ketiga family aku dok pusing beraya rumah belah abah pulak kot. so terpaksa lah postpone. takpe aku faham, dunia kapitalis memang sangat kejam dan durjana. takpe *nangis* wakakaka :D



lastly, dikesempatan ni, rasanya tak terlambat lagi untuk aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk seeeemua yang tengah dok baca entry ni. kalau ada salah silap, termakan terminum. mohon dimaaf dan dihalalkan ya. happy eid fitr semua !



raya kelima nak baraan dengan kawan-kawan pulak ! yippi !



dah, bai :D













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...