REVIEW FILEM : DESPICABLE ME 2



DESPICABLE ME 2 adalah antara filem yang dah lama aku dok tunggu-tunggu bilaaanya nak keluar. mana taknya, dah berapa banyak kali tengok movie, starting tu mesti nak tunjuk trailer dia. adoi comel sangattttt. sengaja doh nak pengaruh golongan-golongan mudah terpedaya macam aku. sengaja :D



so semalam first day launch, apa lagi. aku dah memang plan-plan nak serbu panggung. kecik besar kecik besarrr je wa tengok 4 hb ni derr. wkwkwk.






kalau yang nak feeling-feeling triple miple punya seronok haruss tengok yang 3D ! :D






and peneman saya sedang bergaya dengan cermin matanya. untung laaa~hee.




DESPICABLE ME 2 ni berkisahkan tentang GRU yang dulunya seorang yang jahat tapi akhirnya berubah jadi baik bila berjumpa dengan tiga orang anak yatim bernama MARGO, EDITH, dan AGNES. so dalam siri yang kedua ni GRU kira betul-betul dah insaf and jaga tiga orang budak ni dengan saaangat bertanggungjawab. disamping tu jugak dia bercita-cita nak buat satu perusahaan JELI dengan ramai pengikut-pengikutnya iaitu the minions dan berhasrat nak cipta jeli yang paling tersedap.








DESPICABLE ME 2 ni bermisi untuk menghadap penjahat bernama EDUARDO oleh GRU atas permintaan dari LIGA ANTI KEJAHATAN. so kat sini la dia berjumpa dengan seorang ejen perempuan bernama LUCY dan akhirnya diorang suka sama suka dan jatuh cinta.







part dengan budak kecik si AGNES ni adalah antara part comel dalam dunia ! dah la suara comel, lepas tu pandai, bijak, kelakar. eeee, perfecto ! gerammm je dengan dia :D







and the minions of courseee ! semua scene diorang ni sangat menghiburkan. ishh, aku tak tau nak cakap la comel dia. sempoiii sangat. paling syok sekali part last yang dia dok nyanyi kat majlis perkahwinan GRU dan LUCY. aaaaa ! comel kuasa berjuta-juta lemon :D







ni laaa. part paling best dalam filem ni. I SWEAR :D



DESPICABLE ME 2 ni bagi aku adalah filem kartun yang unik. walaupun animasi, tapi filem ni ada jiwa dan perasaan. kelakar, menyentuh perasaan, and of courseeeeee comel. banyak part yang cute miut sampai rasa macam nak hentak-hentak kepala kat kerusi :D



so bagi sesiapa yang tak tengok lagi, aku suggest, pergi la penuhkan panggung tu ye. sumpah takkan kecewa punya. sesuai untuk semua lapisan masyarakat. filem ringan yang sangat menghiburkan.






dapat free gift jugak ! comel. heee.



4.1/5



dah. babai :D






3 comment ♥:

YattAkasah said...

baru tengok tadi.. best sangat!!!!!!!!!

J.Syazwana said...

dis week nak tengok jugak walau apa pon yang terjadi nak jugak tengok nak gak!
hahahaha!

okey fine.

dis week baru nk tgk. hikhik

Unknown said...

Yeah, part nyanyi lagu I swear tu, gelak tak ingat dunia lah, haha






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...