SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR






terbaca satu blog pasal sekolah agama ni memang mengundang betul lah. mengimbau cerita zaman compang comping makan ABC singget kat kedai Cik Normah sebelah sekolah dedulu. tambah pulak makan dengan mee siput. perh padu betul panas panas. padahal tudung dah serupa kain buruk kena air gula dengan sambal ! comot macam lotong YAALLAH, lepas tu balik kena bebel dengan mak. haha. tapi tu dulu lah, sekarang tak, sekarang lawa. ehh? kahkah.




and macam yang blog tu mention, kat negeri lain tak sure la pulak cemana, tapi yang penting kat johor wajib sekolah agama ni, mak cakap dosa kalau tak pergi. aku tau mak tipu, tapi nak sedapkan hati, aku acah acah percaya jela. kehh. mula mula kelas fardhu ain setahun, then sambung pulak darjah satu sampai enam, and final darjah khas. total lapan tahun jugak kau. haa, tapi part paling kejam sekali, kalau kau tak lulus periksa akhir tahun, ha mereput la tak boleh naik kelas. kalau darjah satu, ha darjah satu la sampai ke tua. kehkeh.




aku ni dulu sekolah agama antara budak pandai la jugak walaupon perangai ya rabbi juaaaaahat. dari fardhu ain sampai kesudah asyik dapat nombor satu je, tak nombor satu, dua, biasanya nombor satu lah. sampai dah boring dapat nombor satu. gitu. bhahaha. dan disebabkan pandai tu lah, ditambah dengan pakej comel (ehem) so aku banyak gila kautim dengan guru besar. selamba je dia ajak pergi beli kuih kat parit raja waktu kelas. siap sempat ngeteh berdua lagi. kecik kecik dah kaki kipas. kahkah.




tapi sekolah agama paling best sekali bila dah masuk part darjah lima dengan enam la. bajet kakak kakak senior sangat oi. oh ye, time tu aku dah pindah sekolah, mak pulak dah bagi bawak motor sendiri. kemain kerek dapat bawak motor kriss kaler biru abah. aku ingat lagi time tu aku dah start kena tahan dengan polis sebab bawak motor kat jalan raya dengan helmet takde lesen takde. lepas tu pernah sekali tu tudung terbukak habis terbang ke jalan bila ada satu kontena ni laju lalu sebelah. tau jela kan tudung pasang siap sekolah? aku turun motor pi kutip balik tudung tu sambil zikir seranah. nak pergi tuntut ilmu pon payah, habis terbukak aurat iols gais. cewah. malu namampos sebenarnya. haha.




and cikgu yang mengajar aku waktu tu memang cikgu tergerek pernah aku jumpa. cikgu MISLAN nama dia tapi kitorang panggil lanun. haha. batch kitorang pulak memang batch budak jahat gila. tiap hari isnin dengan khamis je kosong satu kelas sebab memasing pergi pasar. memang kuaja. kahkah. tu belum lagi dengan kerja conteng helmet cikgu, buat note tampal kat belakang motor cikgu.



"SAYA BANGLA JUAL KARPET"



biadap sangat. tapi paling kelakar bila kitorang cepatkan jam setengah jam sebab nak balik awal. tak ada sorang pon kantoikan pulak tu. kesian weh cikgu kena tipu. tapi esoknya kitorang pujuk ajak main dam. aku sebagai otai kelas haruslah aku yang fight dengan cikgu. dan sebagai budak kampung lejen abad tu, so memang aku la menang and cikgu tak boleh nak denda kitorang semua. haha.




sekolah agamalah tempat aku tunjuk sehabis pailang punya perangai. cakap dengan cikgu nak pergi toilet sudahnya sampai cikgu cari. padahal aku dok lepak dengan bebudak ni kat tangki taik belakang sekolah. belum lagi dengan budak lelakinya, orang suruh masuk kelas, dia dok preng preng motor masuk dalam dewan. bila cikgu turun, diorang sembunyi dalam dewan tu kunci pintu dengan motor motor sekali masukkan dalam tu. aku ni degil degil jugak, tapi kadang kadang suka jugak la nak sailang kengkawan lagi lagi diorang buat kerja jahat tak ajak aku kan. waktu tu aku cakap kuat kuat dengan cikgu dari luar saja nak bagi diorang dengar.




"CIKGU, SAYA TAU CIKGU RUMAH KHAIRAN KAT MANA ! SAYA BOLEH PERGI SEKARANG KALAU CIKGU NAK. TADI BAPAK DIA HANTAR. BAPAK DIA GARANG GILA CIKGU !"




oh ye, KHAIRAN tu salah sekor budak baru nak up bajet bajet gangter tapi takut dengan bapak. waktu tu dia bukak pintu keluar dari dewan sambil nangis nangis hentak kaki merayu rayan. memang berdekah seh sebab spoil la yang lain lain tu. aku syak mesti sampai sekarang dia dendam. bhahaha.




dipendekkan cerita, at last bila result keluar, memang hancur habis. waktu tu aku sorang dapat pangkat satu, sorang dapat pangkat dua, sorang pangkat tiga, yang lain semua tak lulus. kahkah. cikgu pon tak boleh nak buat apa sebab PPD yang tanda kertas. so kitorang bertiga jela meneruskan perjuangan ke darjah khas. gitu.




darjah khas pulak tak best sangat sebab ramai campur campur dengan sekolah lain, lepas tu ada jugak la mak budak bapak budak dok belajar sekali sebab nak sijil tu buat lesen jadi cikgu sekolah agama. budak budak degil satu kepala semua dah mereput tak dapat sambung sekolah so memang boring ah. yang penting aku banyak ponteng time darjah khas tu. lantak situ mak nak bebel ke apa.




finally sekolah agama aku dihabiskan dengan jayanya bila darjah khas tu dapat pangkat satu agregat tujuh. agregat tujuh tu kira paling cemerlang la kan, kira kalau SPM tu A1 manjang la. kahkah. waktu tu aku tak datang ambik result lagi dah heboh sana sini. saja tunjuk otai ambik lambat lambat. haha. ambik hadiah pon jadi orang first gitu. tak ada la bangga, tapi macam entah apa apa sangat rasa. segan la orang cakap boleh jadi ustazah. pe cer.






dok google google sekolah darjah khas ni memang nostalgia sangat. kena hafal surah apa la sampai 40 ayat panjang dia, kena tau tajwid, kena baca alquran depan cikgu dari sekolah lain. aku rasa kalau tak ada sekolah agama ni payah jugak weh. at least sampai sekarang ingat la jugak dulu dulu belajar apa. tau la jugak sikit sikit hukum hakam. tapi sengal tetap sengal. kehkeh.




alahai, rindunya zaman sekolah. comel je rasa pakai baju kurung putih kain cekelat. bebudak lelaki pulak pakai baju teluk belanga sampin hitam. johor sangat lah. dengan degilnya. tapi yang bestnya pergi sekolah haruslah boleh beli jajan lepas tu rewang jajan orang lain ! haha. 



mak aku kalau ajak cerita balik zaman sekolah agama mesti dia cakap,



"mintak la jadi cikgu sekolah agama na"



padahal sampai sekarang dia tak tau aku ni manusia paling taguna taguna taguna. ada nak jadi cikgu?



HAHAHA dah bai.








CURANG



aku ni nak cerita bab bab cinta, sedih, sakit hati, kecewa ni sebenarnya geli geli sangat rasa. macam poyo pon ada. aku rasa dah cukup tua untuk layan cerita euw euw macam ni. cewah. tapi since iols ni kaki gosip cot cet cot cet mulut, so layan la jugak cerita cerita viral laman sosial yang takde pekdah ni. so gais, ada dengar kes sorang wife ni luah perasaan kat instagram pasal laki dia? yang baru kahwin 6 minggu tapi dah curang even relationship diorang before tu dah jejak almost 8 years? 




kalau tak tau, bagus. bulan bulan puasa ni tak elok gossip. aku ni pon sebab terbaca, kalau tak busy bertadarus je. gelak tutup mulut. bhahaha.




actually cerita ni sedih jugak la, tapi tak ada la sadis sangat sebab kes CURANG is toooo mainstream. nothing surprise because in real life pon berlambak kes macam ni, aku bet korang yang baca entry ni pon mesti pernah je kan kena tipu, kena dump, kena duakan? kan? see? dah cakap dah. cumanya dalam kes ELECTRICTOMATO ni dia kahwin baru six weeks and this is happen. paling sedih bila that guy finally choose orang ketiga tu siap cakap before kahwin lagi dia dah rasa terpaksa sebab family. perghhhh bergetar bontot dengar. i feel you electric. but you dont worry lah, you electric kan, sekali you renjat confirm terkondensasi hati jejaka jejaka malaya lain nanti. kan? kan? eh tak kelakar ke? ok sorry gais. haha.




most of relationship ni kalau korang perasan mesti over sebab kes curang. jalan cerita maybe tak sama, tapi puncanya mesti tu lah dia. tahi ah kalau partner korang cakap nak putus sebab tak serasi or nak focus on something something. melainkan, perangai kau memang betul betul serupa laknatullah dimukabumi tuhan ni. your partner found someone better yang lagi bekerjaya, pandai, cantik manis sopan santun macam neelopa, ha mesti la dia rasa kau tu tak serasi. kau nak dibandingkan neelopa?? hmm malas la cakap nanti nangis pulak. dah la hitam, busuk. eh? hahaha. one more, benda baru ni mesti la lagi seronok, bahagia, adventure, best best best ah. haa dan dan ni la nak cakap partner tak appear dalam istiharah lah apa lah kan. pi mereput.







tapi kenapa most of us prefer to curang rather than telling the truth yang dia dah jelak or bosan dengan girlfriend or boyfriend dia? ok in this case husband and wife lah. biasa lah, manusia ni tamak, kalau boleh sauk dua dua kenapa mesti nak lepaskan satu? takut pon ye, yedak? oh ye, zaman sekarang ni tak kira la lelaki or perempuan, dua dua sama sama tak boleh percaya. sekarang ni bukan lagi zaman lelaki sorang jela yang jahat, lelaki itu lah, lelaki ini lah, asyik asyik lelaki. lelaki je salah. kesian diorang, diorang makhluk terindah ciptaan tuhan tau. aku paham perasaan diorang. gitu. perempuan pon kalau ada lelaki lain yang lagi manis ayat dia, lagi care or lagi kelakar, ha kesana la dia pergi. hari tu lepak lepak dengan maher zain, dia ada la cakap "when you are in love with two person, choose the second one. because if you really love the first, you wont fall for the second". actually bukan pasal really love the first one ke apa, tapi hati manusia ni memang senang berubah. hari ni nak makan kambing golek, esok rasa nak makan ayam penyet pulak. macam selera. lagi lagi lelaki, time dia nak, kemahin dia kejar sebab mencabar. tapi bila dah dapat, boringgg. tak adventure lagi dah. habis madu sepah disepah sepahkan. sebab tu dia curang.



sebenarnya curang ni tak ada la jahat sangat. semua orang kalau boleh nak cari yang terbaik kan? everyone ada hak nak tentukan jalan hidup masing masing. tapi hakikatnya curang tu kejam gila kat perasaan someone. soal hati dan perasaan jangan la buat main main. nak cari yang terbaik sampai bila bila pon tak akan ada yang terbaik. 




"lapan tahun sembilan tahun sepuluh tahun you know him/her is not the issue"



terasa? mana ada terasa. tak terasa tak terasa *nangis tepi balang kuih* haha.




apepon, nothing is secure dalam dunia ni. even dah dalam genggaman pon boleh senang senang terlepas. so at the end, kita kena berserah pada Tuhan. cliche sangat doa doa. tapi dah kenyataan since kita ni cuma manusia biasa tak boleh nak control benda benda macam ni. but dont worry, ALLAH has created the best story for you.




to all girls, dont simply give your heart to someone who dont deserve it. and to all boys, never trust girls ok? they are suck. trust me, i'm a loyal girl. ehem.




*lari masuk bilik*




okbai.








REDAH TRIP - PULAU PERHENTIAN



aku ni bukan la reti sangat bab bab melancong nak pergi pulau pulau bagai ni sebenarnya. tapi kalau melencong tempat lain terror. ehem. rasanya last pergi langkawi kalau tak silap lima tahun lepas agaknya. eh tak, dua tahun lepas ada la sampai pangkor. tapi tengok dari jeti jela mampu. jadi laa dapat sampai jeti je daripada takde. bhahahaha.




so awal bulan hari tu adalah sorang member ni ajak merayap pergi Pulau Perhentian. alah bukan kawan mana pon, kawan kampung jugak tapi dia punya payah nak jumpa tu, mashaAllah setahun sekali baru dapat jumpa, tu pon time baraan kampung. perghh syok oo baraan walaupon berpanas terik. orang lain marhaban, kitorang pergi meraban sweet sweet mamat mamat kampung yang dok lalu sambil preng preng motor, muka pulak set set mintak kaki acah acah gangster kampung gitu, alah alah alahh, syok betul rasanya jadi pailang. kehkeh.




so bila dia ajak tu mati mati la aku ingat nak pergi lepas raya ke, tahun depan ke, lepas kahwin ke, takpon bila dah beranak tiga nanti ke kan, yelah, standard la plan memplan bagai nak rak lepas tu haram tak jadi. letih mak nak percaya janji janji manismu ni tau. tapi bila kitorang plan, akhirnya decide nak gerak ahad malam. ahad tu LUSA kottt. dengan segala tiket bas, pakej, nak tidur mana, cutinya lagi, semua tak settle. sabtu tu pon aku macam blur blur jadi ke tak ni nak pergi esok sebab masing masing macam krik krik je. dipendekkan cerita, lebih kurang pukul 5 petang ahad tu baru  lah mira call cakap bas kitorang pukul 830 malam ni. nasib baik la aku dah pack sikit barang malam tadi. and i'm still working on that sunday hokay.




aku dah bajet bajet dapat balik kerja pukul 630 paling lewat tapi nasib tak baik pulak bila petang tu dan dan busy namampos. waktu tu aku rasa macam nak baling PC kat kepala semorang, rasa macam nak cakar cakar muka yang ada kat situ. amboi. pukul 730 baru nak gerak balik mana sempat ?? aku bawak motor balik tu dah serupa orang takde iman, sampai rumah kedengang kedengang mandi tak serupa mandi, barang pon main campak je macam ala ala gaduh dengan pakwe zaman zaman yenki dulu. mak dari tak peduli tengok tv sampai masuk bilik tanya nak lari rumah ke? aku punya kelam kabut sampai tak sempat cakap apa, cuma sempat cakap "tanya mak mira je nanti mak". haha. then lepas mira sampai aku dah blur siapa pulak nak hantar ke bustand ni. start kereta cepat cepat pergi surau ambik abah mintak hantar, kental kental. mak mira dah bising korang ni dah lambattt lagi 15 minit. padahal otw nak pergi bustand tu je dah setengah jam. kehkeh. dipendekkan cerita lagi, kitorang akhirnya berjaya jugak kejar bas lepas abah drift macam alex yong tau foo. dasat woo. haha. finally kitorang selamat sampai JERTEH lebih kurang pukul 5 pagi, tu pon serius tak tau dah sampai sebab bas tu main berhenti, then driver tu diam je. tanya tanya orang, then memang betul la jerteh. mata terpisat pisat tapi hati dah panas je. kalau sampai kota bharu tadi camne? siku nampak siku? hei aku baaagi kang ha. gitu.




kitorang sampai jeti Kuala Besut awal pagi tu jugak lepas ambik teksi dari jerteh. ala tak jauh mana pon, 15 minit je lepas pakcik teksi tu main langgar je semua traffic light yang ada. dia cakap traffic light kat terengganu kalau awal pagi macam tu memang selalu rosak sebab kena embun. bhahaha. amboi pakcik, dah cekik darah kitorang pandai pulak bergurau ye. aku takde la mudah terhibur sangat, tapi tergelak jugak la. ehek. 30 ringgit kot satu teksi. fine. kat jeti tu la kitorang baru google google pasal pulau ni, nak pergi mana, macam mana apa semua lah sambil makan maggi kat kaki lima 7E. kat situ lah baru tau Perhentian Island ni antara pulau tercantik dalam dunia lah, bali pon kalah la, air biru sebijik macam maldives lah. haha baru tau.







so nak cerita la yang Perhentian Island ni divide pada dua. satu Perhentian Besar and satu lagi Perhentian Kecil. orang cakap Perhentian Besar ni kira up up sikit lah, resort dia mahal mahal. yang Perhentian Kecil ni pulak macam untuk backpacker yang acah acah nak holiday tapi bajet tak ada. sembunyi dalam tong gas. haha. so macam biasa lah, kitorang decide nak go on Long Beach, Perhentian Kecil je sesuai la dengan keadaan ekonomi aku yang tak gaji lagi ni. kehkeh. oh ye, kat jeti tu korang perabis la beli stok makanan or cucuk duit sebab kat pulau nanti makanan dia mahal gila, atm pon takdak. tapi kitorang tak beli apa pon, beli roti dengan tuna je untuk breakfast.




dari jeti nak ke pulau tu ambik masa lebih kurang 30 minit, RM70 sekali bayar untuk pergi dan balik. RM5 lak untuk tax. best gila naik bot laju tu, bontot terangkat terhempas sakit tapi dah tak rasa apa dah. air dia biruuu sangat. rasa macam nak terjun je. heheh. finally bot tu berhenti kat halfway jek, kat situ kena ambik bot kecik pulak untuk hantar korang sampai tepi, bayar RM2 sorang. serius bot kecik tu laju gila sampai herot herot mulut. aku dengan mira dah jerit jerit dikkk ko agak la nak laju laju, kitorang ni tak kahwin lagiiii. kuaja betul budak tu. bhahaha.






muka tak mandi sangat.








dah sampai ! cantik kan?


so sampai sana, bermulalah pencarian kitorang untuk chalet. risau jugak la sebab waktu tu cuti sekolah. ni kalau tak dapat memang redha jela jadi gelandangan merempat tidur kat kaki lima chalet orang. gitu. first usya ROCK GARDEN tapi receptionist cakap full. bila kitorang keluar je jumpa sorang brader tu dia tanya, dapat tak? brader ni ala ala lan todak gitu tapi rambut sikat tepi. dia rasa dia handsome kot cenggitu, biarlah. kitorang cakap la tak dapat sambil buat muka tenuk putus cinta. then dia ajak balik pergi kaunter tu, aku perati receptionist tadi kena sound gak aa, dia panggil kitorang balik cakap ada satu bilik kosong RM130 satu malam abang boleh bagi RM70 untuk korang, siap ada air cond lagi. aku ni sekali orang dah taknak memang tak aa aku nak cari cari lagi. cewah kerek. kitorang cakap nak usya dulu tempat lain, haha. finally kitorang decide nak stay kat LEMON GRASS. murah RM60 untuk satu malam tapi bilik ya ALLAH comel sangat, toilet pulak kat luar kena kongsi dengan mat salleh, campur pulak lelaki perempuan, berak kencing kena angkut air weh, gerek siot oldskul punya stail, macam pergi program biro tatanegara. haha. elektrik pon ada masa dia on ada masa dia off, paling tak boleh bla plug dia rosakk. demm, tak memasal kena multitasker jadi technician. panas bak ang. tapi overall boleh la standard rege. kata pailang kampung, pantang undur kecuali operasi. kehkeh.





romantik sangat lampu. bhahaha.



so aktiviti hari first dihabiskan dengan tidur sampai lebam ke tengahari. haha. pukul 3 petang baru keluar cari makanan then petang tu kitorang plan nak naik kincir angin. as advise dari orang orang sana, oleh sebab berdua, so better la naik boat, then naik tangga untuk ke atas. aku pon tak tau la kenapa kitorang kental sangat nak naik atas tu guna jalan yang bukan bukan masuk hutan. padahal ada yang cakap kat situ bahaya, banyak biawak. dah la tak ada sorang manusia pon. seram siot. bhahaha. tapi naik atas tu boleh tahan pancit gak la, tapi oleh sebab si mira ni fit semacam siap boleh berlari, so aku pon acah acah gagah jugak la konon. padahal rabakkkk sistem peranakan. haha. 










sampai atas tu adalah moment paling best kat PERHENTIAN. SUBHANALLAH cantik sangat, biru hijau je pemandangan. pandang lama lama pon tak puas. balik tu kitorang turun guna tangga je sebab bahaya dah dekat malam kalau nak masuk hutan balik. then terjun terus dalam air berkubang di air biru. cenggini ha rasa *tunjuk ibu jari* haha.











kan dah cakap cantik !


















malam pulak tak ada apa sangat la aktiviti melainkan cari makanan then duduk tepi laut. oh ye, burger kosong ada daging, roti, dengan sos je pon harga dia RM6 ye, air tin or mineral RM4, mee goreng pon RM10. memang mahal kaw kaw tapi kitorang bedal je. tapi yang bestnya malam kat LONG BEACH ada fire show sambil ada yang layan shisha. ada yang bercandle light dinner, ada yang layan mabuk. kitorang layan perasaan ajelah. kehkeh. tapi kat sini majoriti memang mat salleh, berapa kerat je orang kita. memang cuci mata la engko sampai berkilat kalau diorang berjemur sepanjang siang. haha.







day two pulak dihabiskan dengan snorkeling ! wahh, seumur hidup ni first time tau so teruja la kan. dulu masa kecik kecik dapat la main selam selam parit sambil belengging je. ni dapat real punya kat laut. RM45 je bayar untuk long trip, then boatman akan bawak kita pergi 6 check point. turtle point, fish point, shark point, fisherman village, choral village dengan turtle beach kalau tak silap. first kat turtle point tu memang gagal habis. dah ler first time, lepas tu tak ada siapa pon ajar macam mana nak pakai menate yang letak kat mata dengan mulut tu, kok ye pon aku datang tak ada pakej, ajar la sikit. ni tak, main syok sendiri je. bila dah terjun tu aku dok terkangkang sana terkangkang sini je macam dugong. penyu kemana aku kemana. air dah la dalam, tak reti berenang. waktu tu aku dah berbayang bayang je muka mak, ampun mak kalau nana ada buat salah dengan mak selama ni, ampun sebab main cabut je pergi sini tak bagitau. bhahaha. aku rasa macam dah jauh je dibawak arus, rasa macam dah kat dunia lain, sekali rupanya terkapai kapai sebelah bot je. ciss. tak ada la segan sangat, tapi hijau jugak la muka menahan malu. mira dah gelak gelak je dari atas, dia tak aci sebab tak turun. nak cover punya pasal, aku acah acah la tanya semorang, "eh korang nampak ke penyu tadi? saya nampak jugak dua tiga ekor" sambil buat muka kerek nak mampos. kahkah.


dugong terapung. lol.



then kat fish point la aku baru belajar snorkeling sorang sorang. kipidap kipidap. mira dah caiyok caiyokkan dari atas sambil gelak gelak. kojak je dia tu. haha. kat situ boleh la slow slow nampak nemo fish sambil ikan ikan ni main gigit kaki. comel sangat ! air dia jernih gila so korang takyah la nak berangan angan kencing dalam tu sebab mesti kantoi punya. kahkah. snorkeling memang best walaupon panas terik cuaca dia. aku dengan tak pakai sunblocknya main redah je, kulit biawak betul. dari pukul 10 pagi sampai 3 petang. tapi tak semua check point pon kitorang turun macam shark point tu. seram weh air sampai 10 meter dalam. then ada sorang mat salleh ni tanya.


"dont you want to looking for a shark?"



"why should I looking for others if you are in front of me?"



#ayatpickupline #siscuba.





sempat lagi jual minyak. kahkah. tapi bila buat long trip ni memang wajib pergi FISHERMAN VILLAGE sebab makanan dia sedap dan murah. lagi lagi lapar lepas main air, serupa naga kitorang membedal macam terror sangat je snorkeling tu. haha.




apapon, memang best la PERHENTIAN. kat sana aku tengok semua orang enjoy their moment je. aku dengan mira pon kalau duduk tepi pantai berdua memasing diam layan perasaan je, fikiran kosong melayang entah kemana. tenang sangat. lepas tu terjun mandi. ha tu jela kerjanya. kehkeh. tapi kitorang kat sana tak macam pergi berdua pon, jumpa FARHAN and the geng lah, AMIR and the geng lah. kira macam farhana jumpa farhan, amir jumpa amira lah. blerghhh. haha. tapi okey la sebab long beach tu tak besar mana pon, balik balik jumpa diorang jugak. then ada sorang akak ni pergi dengan family dia siap bagi stok stok makanan dia ke kitorang, kesian tengok berdua je acah acah backpacker dari jauh. kahkah. 










gasak berseluar tidur










kitorang balik dari sana on third day. Alhamdulillah dapat bas walaupon tiket last ngam ngam tinggal dua je. teksi yang bawak kitorang dari Jeti Kuala Besut ke Jerteh tu cakap nasib kitorang baik sebab everything going smooth je. so aku dari nak suggest korang untuk walk-in jadi takut pulak. kahkah. tapi serius memang best la, bajet pon lagi murah dari pakej kalau main redah je. mungkin dijumpakan dengan orang baik baik kot. owner chalet tu pon baik sangat sebab kitorang takyah ganti gogles yang kitorang hilangkan. dah la snorkeling tak pandai, hilangkan barang orang pulak tu. haha.





sampai BATU PAHAT pukul 6 setengah pagi, then pukul 9 sambung pergi kerja. back to normal.




panjangnya bebel kali ni.
dah bai !










BESTFRIEND






eh kelakar la awak ni faizdickie, saia wapuh awaa saia takuad. well selain bersifat pencinta binatang, alam semulajadi, kanak kanak, dan orang tua, aku jugak bersifat pencinta lelaki sado, kacak dan kelakar. nikmat dunia jangan di sia sia mak pesan. ha, kau apa tau? makna GST pon tak tau, dah pergi mereput sana.



bila terbaca post ni, terus teringat kat sekor member ni, lelaki. selain di babi dan disetan setankan sesuka hati, aku jugak selalu dihina dan diperlekehkan. peplum raya punya la cantik beli kat pasar malam dikata baju planet marikh ada ke patut? sakit hati betul dia dengan peplum aku. sehari membanting tulang dari pukul 9 sampai 6 baru mampu beli selai tau? mungkin dia jeles sebab tak dapat pakai. aku positive, aku paham. dah la birthday pon cuma belanja mee bandung. sudah lah mee bandung tepi jalan, berbilaskan air sirap pulak. lepas tu ngungkit. aku tau la aku selalu menumpang kereta kau. sedih betul aku. tapi tu dulu lah, sekarang aku dah tak kawan dia lagi dah. aku dengar sejak janda dia kahwin tuari, dia dah berubah jadi manusia yang semakin sentap, kokak, dan bangang. pergi holiday kat bali pon tak ada ole ole. aku tak kesah, aku ada kaki boleh pergi jugak, minggu depan aku nak pergi zoo johor. boleh tengok rimau *kibas kibas rambut* kahkah.



sejak kecik, aku ni adalah antara spesis manusia yang tak ramai kawan. pernah sekali tu aku tergolek bulat dalam parit sorang sorang naik basikal tak ada siapa pon tolong, aku ingat lagi waktu tu petang petang lepas mandi, pakai baju kurung kaler kuning stiriking lagi, muka pulak dah macam monyet aku tepek tepek bedak, cantik dan anggun sangat dah waktu tu rasanya. tapi tu lah, nasib pulak tak baik muka penuh lumpur dah macam tenuk, bau sipi sipi lagi dah serupa jamban shell depan kampung. kain pon entah kemana perginya. jangan cakap akak tak payung. eh? padu betul pedihnya rasa waktu tu. entah la, orang kata aku ni comel, baik hati dan kelakar, tapi aku pon tak paham kenapa takde siapa nak kawan aku, mungkin ALLAH nak jauhkan aku yang jiwanya lindungan kaabah ni dari manusia manusia tak baik agaknya. bersangka baiklah, husnuzzon *hela nafas panjang* *pause* fasobrunjameel *pause* mungkin semua ni ada hikmahnya. la tahzan innallahmaana *block* assolatuhairumminannaum. tetiba. haha mudah terhiburnya saya.



betul la kot, aku ni memang memilih sikit bila nak berkawan walaupun luarnya nampak mulut bertih jagung. apa kau ingat semua orang yang gila gila ni available ke? kau orang yang acah acah senyap ni la yang lagi tak berguna tau? asyik mereput layan group whatsapp bakpe? kehkeh. orang kata mata aku jahat sebab suka jeling orang. tambah pulak mulut pon puaka. haha. tapi paling longkang perangai, aku suka google nama orang yang baru aku kenal. tolong jangan tanya kenapa. kehkeh.



bila bercakap pasal kawan or bff ni, rasanya bff the best sekali memang patut dianugerahkan pada lelaki. bukan nak rendahkan wanita golongan yang lemah dan diciptakan dari tulang rusuk kiri adam yang paling rapuh, tapi dah memang perempuan tak best, dah la tak best, kuat sentap pulak tu. letih la asyik aku je buat lawak. dah tu aku ni siapa nak hiburkan? *nangis tepi fire extinguisher* haha. bukan apa, lelaki ni lebih senang dirunding kot, senang berkawan, lebih bernas, paling penting sekali diorang tak ada nak jeles or dengki-mendengki. yelah, takkan nak jeles aku pakai tudung neelopa pulak kan? ehem ada bau bau show off disitu. haha. 



and since lelaki ni adalah satu golongan manusia yang mulut dia taklah sekepochi mak jemah macam perempuan, so aku rasa diorang ni antara tempat paling selamat untuk simpan mohor mohor besar. see, betapa indahnya mahluk Tuhan yang bernama lelaki kan? perempuan apa ada? diorang tau main hello kitty je, lepas tu selfie beribu ribu lemon post kat instagram. hekeleh. aku tak, aku tau bola offside tu cemana, aku tau tiap khamis malam jumaat ada gusti kat tv3, aku tau hari tu pahang kalah tak dapat masuk final. bhahahaha ! aku bukan tak suka kawan perempuan, tapi diorang yang lagi tak suka aku, diorang selalu pandang menyampah. apa salah aku? aku ni periang kot. peramah lagi. dah, sebak ni *terajang esbok mak*



apapon, bila dah makin besar ni, cewah besar taknak ngaku tua, tua tua jangan main haa, ni sekali pandang orang ingat budak SPM lagi tau. otai masih berbisa. kehkeh. well, pengalaman ajar jangan baik sangat dengan orang tak kira lah siapa. kawan ke, makcik tukang sapu ke, abang burger ke, jiran depan office ke, siapa siapa jelah. biasa biasa je dah la. samada orang ambik kesempatan atau orang mengata. zaman sekarang ni susah nak beza istilah baik tu, bila dah kena nanti jangan meroyan tak tentu hala pulak, jangan cakap akak tak pesan. susah oi nak cari manusia yang boleh give without remembering and take without forgetting zaman sekarang ni. eleh, kita pon sama je.



kawan tak banyak takpe, asalkan dia ada waktu kita senang dan susah.



to all sister and brotherhood, yang ada sikit sikit tu,
tak perlu nak mention sesiapa ah,
because you know who you are,
muahciked.







VIRAL MYVI


viral sudah myvi dilaman sosial. kalau kat facebook kemain serius komen memasing, keyboard warrior mencanak canak keluar tunjuk skill perang perangan satu sama lain, tak melayu la kalau tak menyibuk hal orang lain ye dak? *selak rambut*. heh. twitter jugak yang happening. bahan pon bahan bahan comel je. jenis manusia yang mudah terhibur macam aku ni kenkadang gelak guling guling jugak la layan. eee, takde life layan twitter *nangis tepi ekoriem* HAHA



aku sendiri la as a myvi user, kalau kat jalan raya nak potong myvi lain takut orang cakap berlumba. nak potong vios pulak takut orang cakap eleh kereta murah ada hati nak lawan toke. nak potong saga banyak pulak back up dia, saga everywhere katanya. sudahnya aku tak potong potong. ada la kadang kadang tu potong beskal bangla tepi jalan. okey la tu kan daripada takde. aku redha dengan ketentuan illahi, aku pasrah hidup bagai melukut ditepi gantang macam ni. hastag myvisedih hastag myvistress hastag myvitaksalah hastag akuyangdrivekoyangpanas hastag kodahkenapa. haha.



actually memang sedih la bila baca news pasal one family ni kena langgar two sided sampai tiga orang in that car tercampak keluar dari kereta, one of them alahai baby comel tercampak masuk pulak ke longkang. peh pilu siot lagi lagi bila couple tu tinggalkan dua orang anak yang kecik kecik lagi. aku memang tak pernah rasa kehilangan, tapi humanity and common sense cakap kehilangan ni adalah satu benda yang perit. perit tak terkata lebih lebih lagi bila kita sandarkan sepenuhnya harapan dan pergantungan pada dia. ni diorang kecik lagi, perlukan kasih sayang, perlukan orang orang yang boleh lindung dan didik dia. aku umur tujuh tahun macam tu makan pon bersuap lagi dengan abah, minum susu lagi kat botol. tisu mana tisu, aku sedih ni.



hm tapi tu la, dengar cerita yang langgar tu perempuan. tu paling tak boleh terima. mana yana FMC tu meh aku tendang sikit bontot dia. lagi baik ko pergi tumbuk sambal belacan yana oi boleh jugak isi perut dari berpeleseran cenggitu. takpon ko pergi jela mereput dari menyusahkan semua orang. lesen P lagi kot ada hati nak berlumba, lain la kalau dah cekap macam aku ni. *muntah namblas tong*. haha actually perempuan ni bukan nak cakap la, sepandai pandai dia, ada bangangnya juga. dia tau tekan minyak je, level confident memang tinggi. tapi bila ada emergency blur terus tak tau apa nak buat. kadang tu cuba la kalau diorang kat lane kanan, try cucuk, gelabah tenuk oi. gigil gigil pegang stereng tak tau nak kemana. lagi satu diorang ni tak pandai agak jarak, nak masuk parking setengah jam kebelakang kedepan sampai ngantok, sudahnya terjojol keluar jugak, seret divider tu biasa dah. yaAllah perempuan *cakap depan cermin* haha. 



tapi tu lah, apa yang pelik orang malaysia ni suka sangat rate semua orang, judge orang tak tentu pasal. macam kerana JDT setitik, rosak johor sebelanga lah. ada news myvi terbalik lah myvi pecah tingkap sana sini lah sebab kes ni. ko dah kenapa orang lain buat orang lain yang kena? otak kat mana otak otak kat mana? this is about safety taw. kalau takat bahan takde hal la, myvi memang gemuk pon, bontot takde, bonet macam kereta pakcik pakcik, kereta stended bawak pergi pasar je, kereta orang miskin. ha lagi apa lagi? aku pon ikot gelak sekali. haha. alahh, bukan semua la myvian poyo or drive macam syaiton. aku kalau kat highway pon bawak 100 je okeh, lesen dah tujuh tahun so bagi la yang memuda ni chance. cehh. hahaha. 



apapon, sama sama la kita berhati hati kat jalan raya tak kira la perempuan ke, lelaki ke, tua ke, muda ke. aih tak layaknya rasa nak nasihat orang sebab kenkadang aku sendiri pon drive serupa sampah masyarakat yang tak berguna. haha. myvi tengah panas sekarang ni, moh la kita bawak ego je kemana mana, moga bertambah tambah la ego dalam diri kita. biar lah orang lain je rasa sejuk air cond, aku sejuk angin semulajadi pon ok. biar lah orang lain je boleh dengar radio sambil nyanyi nyanyi dalam kereta, aku dengar desiran angin pon jadi la, biar lah aku membahayakan diri dipentas jalan raya yang penuh pancaroba ni, biar lah. bhahahaha. 



untuk keyboard warrior, 
sudah sudah la,
tak penat ke dari satu viral ke satu viral?
sudah sudah la ea.













LA LA LA KERJA - MEET UNCLE HUSSAIN


A : saya ada hantar complaint amend nama semalam, pukul 11:36. kenapa sampai sekarang tak buat lagi??

AKU : saya check dulu ea.

A : check check.

AKU : aah ada, tapi kenapa erk subject dia macam tu? tak expect pon tu complaint.

A : tak semestinya ko tengok subject tu macam tu, ko tak bukak dan tak tengok attachment tu langsung?!

AKU : email saya kalau pack day macam ni masuk beratus sebab share dengan hub. kalau dah subject CRCT should be orang lain yang bukak bukan saya, *sila baca dengan nada sehabis lembut*

A : $%5*@$$&

AKU : eh pi mampos engko lah.



ok ayat last tu sebenarnya aku cakap dalam hati. orang johor ni kan, walaupon kebanyakannya tak berapa nak lawo, tapi budi pekerti dah jangan cerita la tip top dia. ha engko tengok, dah la baik hati merendah diri lagi. pandai masak, rajin, hormat orang, sayangkan binatang, bijak bestari. YAALLAH memang perfect la nak jadi calon menantu orang. *gelak tepi langsir* HAHAHA.



berbalik pada cerita tadi, sesukati tungkek dia je nak memarah mencarut ke orang kan, tiap hari complaint dia je manjang tak ada pon delay aku buat. terima kasih pon tak pernah lagi nak kecoh. ungkit jangan tak ungkit naa. dosa dah berbakul tambah lagi sebakul apadehal. kahkah. kalau nak cepat tu call la bagitau kan senang, aku dengan hati terbukanya boleh tolong. takkan benda mudah ni pon nana power nak ajar? kemon la kemonnn. nak sound sound orang pulak. bukan sekali dah banyak kali ni, ehhhh, ko ingat ko besar aku takut? ok takut sebenarnya *korek hidung*



actually bila kita dah beriya buat kerja betul betul. sampai makan pon entah kemana, balik rumah separuh bulan tak jumpa matahari, cuti pon dua minggu baru dapat claim offday, tetiba kena marah pasal benda kecik camni memang rabak jugak la hati ni kan. benda ni kalau kau cakap elok elok, dan dan tu aku boleh buat. kalau kita ni jenis kerja mengular boleh la awak nak marah marah, hello tolong sikit. i'm not a type of that sampah. i'm efective lagi berdaya saing. ha bakul mana bakul aku nak angkat sendiri ni oi. bhahaha !



tetiba entry cite pasal kerja padahal selama umur tak pernah nak cerita pasal tu. stress keee?? haha. ye kot. kerja entertain orang ni memang tipu la kalau bahagia. sedang kita nak entertain diri kita sendiri pon failed. kosernya aku nak puaskan hati orang lain. puii. tapi nak buat camne, dah nama pon kerja. management serupa laknatullah ke, stress ke, gaji ciput ke, tetap kerja so kena ikhlas gitu. ewah ala ala muhaya nasihat. haha.



actually bila cakap pasal kerja ni, when we doing our job with heart and all out, what we need is appreciation kan? appreciation tu bukan takat benefit and gaji dari company je, tapi banyak lagi cara. bagi aku, orang say thanks pon dah seronok dah rasa. tak payah susah susah nak sedapkan hati. haih muka je macam samseng, tapi hati dah serupa biskut kering, luar keras tapi bila masuk mulut tak payah kunyah dah cair sendiri. haha.





manis sangat kan branch ni? seharian bertungkus lumus buat dia punya je walaupun aku sendiri tak cukup tangan kaki buat kerja sendiri, tetiba hilang terus penat. rasa macam nak tolong lagi tolong lagi. gitewww.






yang ni pulak kalau cakap terima kasih lebih sepuluh kali. call, cakap thanks. call lagi cakap thanks lagi. punya la suka sebab masa call mintak tolong menangis kau. macam nak terbalik dunia. kekeke.



apapon, tiap kerja ada cabaran dia, cuma kita kena lah jadi sihat dan kuat nak hadap. memang kalau dah lama tu bosan, takpon overstress ke apa ke, tapi pikul lah tanggungjawab tu dengan sebaiknya, belakang tu nak cari kerja lain lantak ko lah kan tapi at least yang depan mata tu hadap. kerja takde yang best, yang best cuma ko ngangkang kat rumah berselimut. ha tu heaven, perghh. haha. so pandai pandai kita la nak happykan dunia kita sendiri.  



aku now dah mula jatuh cinta dengan task baru ni mungkin sebab boleh menyanyah kot. tapi hati nurani cakap yang task ni takkan lama. instinct aku selalunya betul. dan harapnya betul. amboi cakap macam keling, tadi kata jatuh cinta. hahaha puiiii saja nak sedapkan hati senanya.



dah nak sambung buat kerja okbai. 
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...