viral sudah myvi dilaman sosial. kalau kat facebook kemain serius komen memasing, keyboard warrior mencanak canak keluar tunjuk skill perang perangan satu sama lain, tak melayu la kalau tak menyibuk hal orang lain ye dak? *selak rambut*. heh. twitter jugak yang happening. bahan pon bahan bahan comel je. jenis manusia yang mudah terhibur macam aku ni kenkadang gelak guling guling jugak la layan. eee, takde life layan twitter *nangis tepi ekoriem* HAHA
aku sendiri la as a myvi user, kalau kat jalan raya nak potong myvi lain takut orang cakap berlumba. nak potong vios pulak takut orang cakap eleh kereta murah ada hati nak lawan toke. nak potong saga banyak pulak back up dia, saga everywhere katanya. sudahnya aku tak potong potong. ada la kadang kadang tu potong beskal bangla tepi jalan. okey la tu kan daripada takde. aku redha dengan ketentuan illahi, aku pasrah hidup bagai melukut ditepi gantang macam ni. hastag myvisedih hastag myvistress hastag myvitaksalah hastag akuyangdrivekoyangpanas hastag kodahkenapa. haha.
actually memang sedih la bila baca news pasal one family ni kena langgar two sided sampai tiga orang in that car tercampak keluar dari kereta, one of them alahai baby comel tercampak masuk pulak ke longkang. peh pilu siot lagi lagi bila couple tu tinggalkan dua orang anak yang kecik kecik lagi. aku memang tak pernah rasa kehilangan, tapi humanity and common sense cakap kehilangan ni adalah satu benda yang perit. perit tak terkata lebih lebih lagi bila kita sandarkan sepenuhnya harapan dan pergantungan pada dia. ni diorang kecik lagi, perlukan kasih sayang, perlukan orang orang yang boleh lindung dan didik dia. aku umur tujuh tahun macam tu makan pon bersuap lagi dengan abah, minum susu lagi kat botol. tisu mana tisu, aku sedih ni.
hm tapi tu la, dengar cerita yang langgar tu perempuan. tu paling tak boleh terima. mana yana FMC tu meh aku tendang sikit bontot dia. lagi baik ko pergi tumbuk sambal belacan yana oi boleh jugak isi perut dari berpeleseran cenggitu. takpon ko pergi jela mereput dari menyusahkan semua orang. lesen P lagi kot ada hati nak berlumba, lain la kalau dah cekap macam aku ni. *muntah namblas tong*. haha actually perempuan ni bukan nak cakap la, sepandai pandai dia, ada bangangnya juga. dia tau tekan minyak je, level confident memang tinggi. tapi bila ada emergency blur terus tak tau apa nak buat. kadang tu cuba la kalau diorang kat lane kanan, try cucuk, gelabah tenuk oi. gigil gigil pegang stereng tak tau nak kemana. lagi satu diorang ni tak pandai agak jarak, nak masuk parking setengah jam kebelakang kedepan sampai ngantok, sudahnya terjojol keluar jugak, seret divider tu biasa dah. yaAllah perempuan *cakap depan cermin* haha.
tapi tu lah, apa yang pelik orang malaysia ni suka sangat rate semua orang, judge orang tak tentu pasal. macam kerana JDT setitik, rosak johor sebelanga lah. ada news myvi terbalik lah myvi pecah tingkap sana sini lah sebab kes ni. ko dah kenapa orang lain buat orang lain yang kena? otak kat mana otak otak kat mana? this is about safety taw. kalau takat bahan takde hal la, myvi memang gemuk pon, bontot takde, bonet macam kereta pakcik pakcik, kereta stended bawak pergi pasar je, kereta orang miskin. ha lagi apa lagi? aku pon ikot gelak sekali. haha. alahh, bukan semua la myvian poyo or drive macam syaiton. aku kalau kat highway pon bawak 100 je okeh, lesen dah tujuh tahun so bagi la yang memuda ni chance. cehh. hahaha.
apapon, sama sama la kita berhati hati kat jalan raya tak kira la perempuan ke, lelaki ke, tua ke, muda ke. aih tak layaknya rasa nak nasihat orang sebab kenkadang aku sendiri pon drive serupa sampah masyarakat yang tak berguna. haha. myvi tengah panas sekarang ni, moh la kita bawak ego je kemana mana, moga bertambah tambah la ego dalam diri kita. biar lah orang lain je rasa sejuk air cond, aku sejuk angin semulajadi pon ok. biar lah orang lain je boleh dengar radio sambil nyanyi nyanyi dalam kereta, aku dengar desiran angin pon jadi la, biar lah aku membahayakan diri dipentas jalan raya yang penuh pancaroba ni, biar lah. bhahahaha.
untuk keyboard warrior,
sudah sudah la,
tak penat ke dari satu viral ke satu viral?
sudah sudah la ea.
0 comment ♥:
Post a Comment