eh kelakar la awak ni faizdickie, saia wapuh awaa saia takuad. well selain bersifat pencinta binatang, alam semulajadi, kanak kanak, dan orang tua, aku jugak bersifat pencinta lelaki sado, kacak dan kelakar. nikmat dunia jangan di sia sia mak pesan. ha, kau apa tau? makna GST pon tak tau, dah pergi mereput sana.
bila terbaca post ni, terus teringat kat sekor member ni, lelaki. selain di babi dan disetan setankan sesuka hati, aku jugak selalu dihina dan diperlekehkan. peplum raya punya la cantik beli kat pasar malam dikata baju planet marikh ada ke patut? sakit hati betul dia dengan peplum aku. sehari membanting tulang dari pukul 9 sampai 6 baru mampu beli selai tau? mungkin dia jeles sebab tak dapat pakai. aku positive, aku paham. dah la birthday pon cuma belanja mee bandung. sudah lah mee bandung tepi jalan, berbilaskan air sirap pulak. lepas tu ngungkit. aku tau la aku selalu menumpang kereta kau. sedih betul aku. tapi tu dulu lah, sekarang aku dah tak kawan dia lagi dah. aku dengar sejak janda dia kahwin tuari, dia dah berubah jadi manusia yang semakin sentap, kokak, dan bangang. pergi holiday kat bali pon tak ada ole ole. aku tak kesah, aku ada kaki boleh pergi jugak, minggu depan aku nak pergi zoo johor. boleh tengok rimau *kibas kibas rambut* kahkah.
sejak kecik, aku ni adalah antara spesis manusia yang tak ramai kawan. pernah sekali tu aku tergolek bulat dalam parit sorang sorang naik basikal tak ada siapa pon tolong, aku ingat lagi waktu tu petang petang lepas mandi, pakai baju kurung kaler kuning stiriking lagi, muka pulak dah macam monyet aku tepek tepek bedak, cantik dan anggun sangat dah waktu tu rasanya. tapi tu lah, nasib pulak tak baik muka penuh lumpur dah macam tenuk, bau sipi sipi lagi dah serupa jamban shell depan kampung. kain pon entah kemana perginya. jangan cakap akak tak payung. eh? padu betul pedihnya rasa waktu tu. entah la, orang kata aku ni comel, baik hati dan kelakar, tapi aku pon tak paham kenapa takde siapa nak kawan aku, mungkin ALLAH nak jauhkan aku yang jiwanya lindungan kaabah ni dari manusia manusia tak baik agaknya. bersangka baiklah, husnuzzon *hela nafas panjang* *pause* fasobrunjameel *pause* mungkin semua ni ada hikmahnya. la tahzan innallahmaana *block* assolatuhairumminannaum. tetiba. haha mudah terhiburnya saya.
betul la kot, aku ni memang memilih sikit bila nak berkawan walaupun luarnya nampak mulut bertih jagung. apa kau ingat semua orang yang gila gila ni available ke? kau orang yang acah acah senyap ni la yang lagi tak berguna tau? asyik mereput layan group whatsapp bakpe? kehkeh. orang kata mata aku jahat sebab suka jeling orang. tambah pulak mulut pon puaka. haha. tapi paling longkang perangai, aku suka google nama orang yang baru aku kenal. tolong jangan tanya kenapa. kehkeh.
bila bercakap pasal kawan or bff ni, rasanya bff the best sekali memang patut dianugerahkan pada lelaki. bukan nak rendahkan wanita golongan yang lemah dan diciptakan dari tulang rusuk kiri adam yang paling rapuh, tapi dah memang perempuan tak best, dah la tak best, kuat sentap pulak tu. letih la asyik aku je buat lawak. dah tu aku ni siapa nak hiburkan? *nangis tepi fire extinguisher* haha. bukan apa, lelaki ni lebih senang dirunding kot, senang berkawan, lebih bernas, paling penting sekali diorang tak ada nak jeles or dengki-mendengki. yelah, takkan nak jeles aku pakai tudung neelopa pulak kan? ehem ada bau bau show off disitu. haha.
and since lelaki ni adalah satu golongan manusia yang mulut dia taklah sekepochi mak jemah macam perempuan, so aku rasa diorang ni antara tempat paling selamat untuk simpan mohor mohor besar. see, betapa indahnya mahluk Tuhan yang bernama lelaki kan? perempuan apa ada? diorang tau main hello kitty je, lepas tu selfie beribu ribu lemon post kat instagram. hekeleh. aku tak, aku tau bola offside tu cemana, aku tau tiap khamis malam jumaat ada gusti kat tv3, aku tau hari tu pahang kalah tak dapat masuk final. bhahahaha ! aku bukan tak suka kawan perempuan, tapi diorang yang lagi tak suka aku, diorang selalu pandang menyampah. apa salah aku? aku ni periang kot. peramah lagi. dah, sebak ni *terajang esbok mak*
apapon, bila dah makin besar ni, cewah besar taknak ngaku tua, tua tua jangan main haa, ni sekali pandang orang ingat budak SPM lagi tau. otai masih berbisa. kehkeh. well, pengalaman ajar jangan baik sangat dengan orang tak kira lah siapa. kawan ke, makcik tukang sapu ke, abang burger ke, jiran depan office ke, siapa siapa jelah. biasa biasa je dah la. samada orang ambik kesempatan atau orang mengata. zaman sekarang ni susah nak beza istilah baik tu, bila dah kena nanti jangan meroyan tak tentu hala pulak, jangan cakap akak tak pesan. susah oi nak cari manusia yang boleh give without remembering and take without forgetting zaman sekarang ni. eleh, kita pon sama je.
kawan tak banyak takpe, asalkan dia ada waktu kita senang dan susah.
to all sister and brotherhood, yang ada sikit sikit tu,
tak perlu nak mention sesiapa ah,
because you know who you are,
muahciked.
kawan tak banyak takpe, asalkan dia ada waktu kita senang dan susah.
to all sister and brotherhood, yang ada sikit sikit tu,
tak perlu nak mention sesiapa ah,
because you know who you are,
muahciked.
0 comment ♥:
Post a Comment