REDAH TRIP - PULAU PERHENTIAN



aku ni bukan la reti sangat bab bab melancong nak pergi pulau pulau bagai ni sebenarnya. tapi kalau melencong tempat lain terror. ehem. rasanya last pergi langkawi kalau tak silap lima tahun lepas agaknya. eh tak, dua tahun lepas ada la sampai pangkor. tapi tengok dari jeti jela mampu. jadi laa dapat sampai jeti je daripada takde. bhahahaha.




so awal bulan hari tu adalah sorang member ni ajak merayap pergi Pulau Perhentian. alah bukan kawan mana pon, kawan kampung jugak tapi dia punya payah nak jumpa tu, mashaAllah setahun sekali baru dapat jumpa, tu pon time baraan kampung. perghh syok oo baraan walaupon berpanas terik. orang lain marhaban, kitorang pergi meraban sweet sweet mamat mamat kampung yang dok lalu sambil preng preng motor, muka pulak set set mintak kaki acah acah gangster kampung gitu, alah alah alahh, syok betul rasanya jadi pailang. kehkeh.




so bila dia ajak tu mati mati la aku ingat nak pergi lepas raya ke, tahun depan ke, lepas kahwin ke, takpon bila dah beranak tiga nanti ke kan, yelah, standard la plan memplan bagai nak rak lepas tu haram tak jadi. letih mak nak percaya janji janji manismu ni tau. tapi bila kitorang plan, akhirnya decide nak gerak ahad malam. ahad tu LUSA kottt. dengan segala tiket bas, pakej, nak tidur mana, cutinya lagi, semua tak settle. sabtu tu pon aku macam blur blur jadi ke tak ni nak pergi esok sebab masing masing macam krik krik je. dipendekkan cerita, lebih kurang pukul 5 petang ahad tu baru  lah mira call cakap bas kitorang pukul 830 malam ni. nasib baik la aku dah pack sikit barang malam tadi. and i'm still working on that sunday hokay.




aku dah bajet bajet dapat balik kerja pukul 630 paling lewat tapi nasib tak baik pulak bila petang tu dan dan busy namampos. waktu tu aku rasa macam nak baling PC kat kepala semorang, rasa macam nak cakar cakar muka yang ada kat situ. amboi. pukul 730 baru nak gerak balik mana sempat ?? aku bawak motor balik tu dah serupa orang takde iman, sampai rumah kedengang kedengang mandi tak serupa mandi, barang pon main campak je macam ala ala gaduh dengan pakwe zaman zaman yenki dulu. mak dari tak peduli tengok tv sampai masuk bilik tanya nak lari rumah ke? aku punya kelam kabut sampai tak sempat cakap apa, cuma sempat cakap "tanya mak mira je nanti mak". haha. then lepas mira sampai aku dah blur siapa pulak nak hantar ke bustand ni. start kereta cepat cepat pergi surau ambik abah mintak hantar, kental kental. mak mira dah bising korang ni dah lambattt lagi 15 minit. padahal otw nak pergi bustand tu je dah setengah jam. kehkeh. dipendekkan cerita lagi, kitorang akhirnya berjaya jugak kejar bas lepas abah drift macam alex yong tau foo. dasat woo. haha. finally kitorang selamat sampai JERTEH lebih kurang pukul 5 pagi, tu pon serius tak tau dah sampai sebab bas tu main berhenti, then driver tu diam je. tanya tanya orang, then memang betul la jerteh. mata terpisat pisat tapi hati dah panas je. kalau sampai kota bharu tadi camne? siku nampak siku? hei aku baaagi kang ha. gitu.




kitorang sampai jeti Kuala Besut awal pagi tu jugak lepas ambik teksi dari jerteh. ala tak jauh mana pon, 15 minit je lepas pakcik teksi tu main langgar je semua traffic light yang ada. dia cakap traffic light kat terengganu kalau awal pagi macam tu memang selalu rosak sebab kena embun. bhahaha. amboi pakcik, dah cekik darah kitorang pandai pulak bergurau ye. aku takde la mudah terhibur sangat, tapi tergelak jugak la. ehek. 30 ringgit kot satu teksi. fine. kat jeti tu la kitorang baru google google pasal pulau ni, nak pergi mana, macam mana apa semua lah sambil makan maggi kat kaki lima 7E. kat situ lah baru tau Perhentian Island ni antara pulau tercantik dalam dunia lah, bali pon kalah la, air biru sebijik macam maldives lah. haha baru tau.







so nak cerita la yang Perhentian Island ni divide pada dua. satu Perhentian Besar and satu lagi Perhentian Kecil. orang cakap Perhentian Besar ni kira up up sikit lah, resort dia mahal mahal. yang Perhentian Kecil ni pulak macam untuk backpacker yang acah acah nak holiday tapi bajet tak ada. sembunyi dalam tong gas. haha. so macam biasa lah, kitorang decide nak go on Long Beach, Perhentian Kecil je sesuai la dengan keadaan ekonomi aku yang tak gaji lagi ni. kehkeh. oh ye, kat jeti tu korang perabis la beli stok makanan or cucuk duit sebab kat pulau nanti makanan dia mahal gila, atm pon takdak. tapi kitorang tak beli apa pon, beli roti dengan tuna je untuk breakfast.




dari jeti nak ke pulau tu ambik masa lebih kurang 30 minit, RM70 sekali bayar untuk pergi dan balik. RM5 lak untuk tax. best gila naik bot laju tu, bontot terangkat terhempas sakit tapi dah tak rasa apa dah. air dia biruuu sangat. rasa macam nak terjun je. heheh. finally bot tu berhenti kat halfway jek, kat situ kena ambik bot kecik pulak untuk hantar korang sampai tepi, bayar RM2 sorang. serius bot kecik tu laju gila sampai herot herot mulut. aku dengan mira dah jerit jerit dikkk ko agak la nak laju laju, kitorang ni tak kahwin lagiiii. kuaja betul budak tu. bhahaha.






muka tak mandi sangat.








dah sampai ! cantik kan?


so sampai sana, bermulalah pencarian kitorang untuk chalet. risau jugak la sebab waktu tu cuti sekolah. ni kalau tak dapat memang redha jela jadi gelandangan merempat tidur kat kaki lima chalet orang. gitu. first usya ROCK GARDEN tapi receptionist cakap full. bila kitorang keluar je jumpa sorang brader tu dia tanya, dapat tak? brader ni ala ala lan todak gitu tapi rambut sikat tepi. dia rasa dia handsome kot cenggitu, biarlah. kitorang cakap la tak dapat sambil buat muka tenuk putus cinta. then dia ajak balik pergi kaunter tu, aku perati receptionist tadi kena sound gak aa, dia panggil kitorang balik cakap ada satu bilik kosong RM130 satu malam abang boleh bagi RM70 untuk korang, siap ada air cond lagi. aku ni sekali orang dah taknak memang tak aa aku nak cari cari lagi. cewah kerek. kitorang cakap nak usya dulu tempat lain, haha. finally kitorang decide nak stay kat LEMON GRASS. murah RM60 untuk satu malam tapi bilik ya ALLAH comel sangat, toilet pulak kat luar kena kongsi dengan mat salleh, campur pulak lelaki perempuan, berak kencing kena angkut air weh, gerek siot oldskul punya stail, macam pergi program biro tatanegara. haha. elektrik pon ada masa dia on ada masa dia off, paling tak boleh bla plug dia rosakk. demm, tak memasal kena multitasker jadi technician. panas bak ang. tapi overall boleh la standard rege. kata pailang kampung, pantang undur kecuali operasi. kehkeh.





romantik sangat lampu. bhahaha.



so aktiviti hari first dihabiskan dengan tidur sampai lebam ke tengahari. haha. pukul 3 petang baru keluar cari makanan then petang tu kitorang plan nak naik kincir angin. as advise dari orang orang sana, oleh sebab berdua, so better la naik boat, then naik tangga untuk ke atas. aku pon tak tau la kenapa kitorang kental sangat nak naik atas tu guna jalan yang bukan bukan masuk hutan. padahal ada yang cakap kat situ bahaya, banyak biawak. dah la tak ada sorang manusia pon. seram siot. bhahaha. tapi naik atas tu boleh tahan pancit gak la, tapi oleh sebab si mira ni fit semacam siap boleh berlari, so aku pon acah acah gagah jugak la konon. padahal rabakkkk sistem peranakan. haha. 










sampai atas tu adalah moment paling best kat PERHENTIAN. SUBHANALLAH cantik sangat, biru hijau je pemandangan. pandang lama lama pon tak puas. balik tu kitorang turun guna tangga je sebab bahaya dah dekat malam kalau nak masuk hutan balik. then terjun terus dalam air berkubang di air biru. cenggini ha rasa *tunjuk ibu jari* haha.











kan dah cakap cantik !


















malam pulak tak ada apa sangat la aktiviti melainkan cari makanan then duduk tepi laut. oh ye, burger kosong ada daging, roti, dengan sos je pon harga dia RM6 ye, air tin or mineral RM4, mee goreng pon RM10. memang mahal kaw kaw tapi kitorang bedal je. tapi yang bestnya malam kat LONG BEACH ada fire show sambil ada yang layan shisha. ada yang bercandle light dinner, ada yang layan mabuk. kitorang layan perasaan ajelah. kehkeh. tapi kat sini majoriti memang mat salleh, berapa kerat je orang kita. memang cuci mata la engko sampai berkilat kalau diorang berjemur sepanjang siang. haha.







day two pulak dihabiskan dengan snorkeling ! wahh, seumur hidup ni first time tau so teruja la kan. dulu masa kecik kecik dapat la main selam selam parit sambil belengging je. ni dapat real punya kat laut. RM45 je bayar untuk long trip, then boatman akan bawak kita pergi 6 check point. turtle point, fish point, shark point, fisherman village, choral village dengan turtle beach kalau tak silap. first kat turtle point tu memang gagal habis. dah ler first time, lepas tu tak ada siapa pon ajar macam mana nak pakai menate yang letak kat mata dengan mulut tu, kok ye pon aku datang tak ada pakej, ajar la sikit. ni tak, main syok sendiri je. bila dah terjun tu aku dok terkangkang sana terkangkang sini je macam dugong. penyu kemana aku kemana. air dah la dalam, tak reti berenang. waktu tu aku dah berbayang bayang je muka mak, ampun mak kalau nana ada buat salah dengan mak selama ni, ampun sebab main cabut je pergi sini tak bagitau. bhahaha. aku rasa macam dah jauh je dibawak arus, rasa macam dah kat dunia lain, sekali rupanya terkapai kapai sebelah bot je. ciss. tak ada la segan sangat, tapi hijau jugak la muka menahan malu. mira dah gelak gelak je dari atas, dia tak aci sebab tak turun. nak cover punya pasal, aku acah acah la tanya semorang, "eh korang nampak ke penyu tadi? saya nampak jugak dua tiga ekor" sambil buat muka kerek nak mampos. kahkah.


dugong terapung. lol.



then kat fish point la aku baru belajar snorkeling sorang sorang. kipidap kipidap. mira dah caiyok caiyokkan dari atas sambil gelak gelak. kojak je dia tu. haha. kat situ boleh la slow slow nampak nemo fish sambil ikan ikan ni main gigit kaki. comel sangat ! air dia jernih gila so korang takyah la nak berangan angan kencing dalam tu sebab mesti kantoi punya. kahkah. snorkeling memang best walaupon panas terik cuaca dia. aku dengan tak pakai sunblocknya main redah je, kulit biawak betul. dari pukul 10 pagi sampai 3 petang. tapi tak semua check point pon kitorang turun macam shark point tu. seram weh air sampai 10 meter dalam. then ada sorang mat salleh ni tanya.


"dont you want to looking for a shark?"



"why should I looking for others if you are in front of me?"



#ayatpickupline #siscuba.





sempat lagi jual minyak. kahkah. tapi bila buat long trip ni memang wajib pergi FISHERMAN VILLAGE sebab makanan dia sedap dan murah. lagi lagi lapar lepas main air, serupa naga kitorang membedal macam terror sangat je snorkeling tu. haha.




apapon, memang best la PERHENTIAN. kat sana aku tengok semua orang enjoy their moment je. aku dengan mira pon kalau duduk tepi pantai berdua memasing diam layan perasaan je, fikiran kosong melayang entah kemana. tenang sangat. lepas tu terjun mandi. ha tu jela kerjanya. kehkeh. tapi kitorang kat sana tak macam pergi berdua pon, jumpa FARHAN and the geng lah, AMIR and the geng lah. kira macam farhana jumpa farhan, amir jumpa amira lah. blerghhh. haha. tapi okey la sebab long beach tu tak besar mana pon, balik balik jumpa diorang jugak. then ada sorang akak ni pergi dengan family dia siap bagi stok stok makanan dia ke kitorang, kesian tengok berdua je acah acah backpacker dari jauh. kahkah. 










gasak berseluar tidur










kitorang balik dari sana on third day. Alhamdulillah dapat bas walaupon tiket last ngam ngam tinggal dua je. teksi yang bawak kitorang dari Jeti Kuala Besut ke Jerteh tu cakap nasib kitorang baik sebab everything going smooth je. so aku dari nak suggest korang untuk walk-in jadi takut pulak. kahkah. tapi serius memang best la, bajet pon lagi murah dari pakej kalau main redah je. mungkin dijumpakan dengan orang baik baik kot. owner chalet tu pon baik sangat sebab kitorang takyah ganti gogles yang kitorang hilangkan. dah la snorkeling tak pandai, hilangkan barang orang pulak tu. haha.





sampai BATU PAHAT pukul 6 setengah pagi, then pukul 9 sambung pergi kerja. back to normal.




panjangnya bebel kali ni.
dah bai !










0 comment ♥:






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...