CURANG



aku ni nak cerita bab bab cinta, sedih, sakit hati, kecewa ni sebenarnya geli geli sangat rasa. macam poyo pon ada. aku rasa dah cukup tua untuk layan cerita euw euw macam ni. cewah. tapi since iols ni kaki gosip cot cet cot cet mulut, so layan la jugak cerita cerita viral laman sosial yang takde pekdah ni. so gais, ada dengar kes sorang wife ni luah perasaan kat instagram pasal laki dia? yang baru kahwin 6 minggu tapi dah curang even relationship diorang before tu dah jejak almost 8 years? 




kalau tak tau, bagus. bulan bulan puasa ni tak elok gossip. aku ni pon sebab terbaca, kalau tak busy bertadarus je. gelak tutup mulut. bhahaha.




actually cerita ni sedih jugak la, tapi tak ada la sadis sangat sebab kes CURANG is toooo mainstream. nothing surprise because in real life pon berlambak kes macam ni, aku bet korang yang baca entry ni pon mesti pernah je kan kena tipu, kena dump, kena duakan? kan? see? dah cakap dah. cumanya dalam kes ELECTRICTOMATO ni dia kahwin baru six weeks and this is happen. paling sedih bila that guy finally choose orang ketiga tu siap cakap before kahwin lagi dia dah rasa terpaksa sebab family. perghhhh bergetar bontot dengar. i feel you electric. but you dont worry lah, you electric kan, sekali you renjat confirm terkondensasi hati jejaka jejaka malaya lain nanti. kan? kan? eh tak kelakar ke? ok sorry gais. haha.




most of relationship ni kalau korang perasan mesti over sebab kes curang. jalan cerita maybe tak sama, tapi puncanya mesti tu lah dia. tahi ah kalau partner korang cakap nak putus sebab tak serasi or nak focus on something something. melainkan, perangai kau memang betul betul serupa laknatullah dimukabumi tuhan ni. your partner found someone better yang lagi bekerjaya, pandai, cantik manis sopan santun macam neelopa, ha mesti la dia rasa kau tu tak serasi. kau nak dibandingkan neelopa?? hmm malas la cakap nanti nangis pulak. dah la hitam, busuk. eh? hahaha. one more, benda baru ni mesti la lagi seronok, bahagia, adventure, best best best ah. haa dan dan ni la nak cakap partner tak appear dalam istiharah lah apa lah kan. pi mereput.







tapi kenapa most of us prefer to curang rather than telling the truth yang dia dah jelak or bosan dengan girlfriend or boyfriend dia? ok in this case husband and wife lah. biasa lah, manusia ni tamak, kalau boleh sauk dua dua kenapa mesti nak lepaskan satu? takut pon ye, yedak? oh ye, zaman sekarang ni tak kira la lelaki or perempuan, dua dua sama sama tak boleh percaya. sekarang ni bukan lagi zaman lelaki sorang jela yang jahat, lelaki itu lah, lelaki ini lah, asyik asyik lelaki. lelaki je salah. kesian diorang, diorang makhluk terindah ciptaan tuhan tau. aku paham perasaan diorang. gitu. perempuan pon kalau ada lelaki lain yang lagi manis ayat dia, lagi care or lagi kelakar, ha kesana la dia pergi. hari tu lepak lepak dengan maher zain, dia ada la cakap "when you are in love with two person, choose the second one. because if you really love the first, you wont fall for the second". actually bukan pasal really love the first one ke apa, tapi hati manusia ni memang senang berubah. hari ni nak makan kambing golek, esok rasa nak makan ayam penyet pulak. macam selera. lagi lagi lelaki, time dia nak, kemahin dia kejar sebab mencabar. tapi bila dah dapat, boringgg. tak adventure lagi dah. habis madu sepah disepah sepahkan. sebab tu dia curang.



sebenarnya curang ni tak ada la jahat sangat. semua orang kalau boleh nak cari yang terbaik kan? everyone ada hak nak tentukan jalan hidup masing masing. tapi hakikatnya curang tu kejam gila kat perasaan someone. soal hati dan perasaan jangan la buat main main. nak cari yang terbaik sampai bila bila pon tak akan ada yang terbaik. 




"lapan tahun sembilan tahun sepuluh tahun you know him/her is not the issue"



terasa? mana ada terasa. tak terasa tak terasa *nangis tepi balang kuih* haha.




apepon, nothing is secure dalam dunia ni. even dah dalam genggaman pon boleh senang senang terlepas. so at the end, kita kena berserah pada Tuhan. cliche sangat doa doa. tapi dah kenyataan since kita ni cuma manusia biasa tak boleh nak control benda benda macam ni. but dont worry, ALLAH has created the best story for you.




to all girls, dont simply give your heart to someone who dont deserve it. and to all boys, never trust girls ok? they are suck. trust me, i'm a loyal girl. ehem.




*lari masuk bilik*




okbai.








4 comment ♥:

Myra Azraff said...

haha i agree yang "lapan tahun sembilan tahun sepuluh tahun you know him/her is not the issue"

kamonla, tak perlu banggakan sangat kot berapa tahun dah bersama walau time bercinta je pun. manusia pun boleh berubah sekelip mata, sama macam musim. kadang ada je yang dah 35 tahun kawin, but ended up, cerai. right

hee kes curang yang viral tu sentiasa terngiang kat kepala. idk why !

Najmi Nawawi said...

kenapa banyak sangat post post curang ni. blogwalking. haha

NAL said...

rumit kan isu mcm ni ? hurmmm

hasliana kordik said...

Interesting.... Topic y sgt bgs diketengahkan






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...