REVIEW FILEM : WORLD WAR Z



aku tengok filem ni tanpa sebarang review or trailer before tu. main redahhh je. so rasa memang silap besar sangat, lebih besar dari jerawat yang tumbuh time bendera merah datang. huarggghh. aku memang totally ingat ni filem-filem perang. kata world war z kann, dah kenapa mesti cerita zombiiiii? *tonjol-tonjol kepala* :D





tapi nasib baik dapat rege student. kurang sikit tekanan ni :D





thanks la ye pada mereka-mereka yang berkenaan sebab bagi kita pinjam kad diskaun awak. aukaukkk. hahaha.






ok. lets proceed to simple review yaa. WORLD WAR Z ni mengisahkan tentang keadaan dunia yang dijangkiti oleh satu wabak penyakit yang mana wabak ni boleh buat someone tu jadi zombi or mayat hidup cuma melalui gigitan je. so GERRY LANE yang merupakan bekas askar yang memang hebat dalam siasat-menyiasat ni diarahkan oleh sahabat sekerja dia dulu, THIERRY untuk join misi selamatkan dunia dan cari apa sebenarnya punca dan penawar untuk virus tu.



filem ni bawak kita ke amerika, korea, dan palestine dalam misi mencari jawapan tu. banyak halangan yang terpaksa GERRY hadap sampai hampir-hampir je kena bunuh dengan zombi, siap jatuh terhempas dari kapal terbang lagi, tapi tatappp boleh hidup. bapak fantasi cerita dia :D



and pengakhiran world war z bila mana GERRY berjaya dapatkan vaksin untuk pulihkan keadaan. sadis gila tengok saintis-saintis pencetus virus ni jadi zombi. belajar penat-penat nak jadi doktor, sekali jadi zommmbi daa. ptptn pon konpom tak habis bayar. kahkah.



apepon, filem ni terlalu banyak motif kasih sayang. GERRY tersangat sayang pada family dia sampai dalam waktu-waktu genting pon dia tetap ingat dan cuba contact wife dia. and paling tacing sekali part klimaks, scene yang mana dia nak cucuk vaksin kat diri dia sendiri. haa, time tu antara hidup dengan mati jela gamaknya. at that time, dia sempat tulis something kat board dan tunjuk pada kawan-kawan lain by CCTV. 



"tell my family that i love them so much"



omaigoddd ! nak nangiss ghasernyaaaaaa :D







tapi ada jugak part yang agak sensitif tang isu agama. apa seyhh buat scene muslimah bernyanyi-nyanyi dengan yahudi ?  and one more, kat filem tu dia state,



JERUSELAM, ISRAEL.



eh ? ISRAEL ? PALESTINE? 



okey, part tu je dah cukup buat aku malassss dengan filem ni. spoil.



overall, world war z ni takde la teruk sangat. still boleh layan la. ada part seram, part memang menakutkan gilaaa, part suspen, part mencemaskan. semua hade. quite perfect. cuma tak sampai tahap expectation aku jela. jalan cerita terlalu simple, dari mula sampai habis bergelumang dengan zombi. how bosan? actually zombi tu macam bodoh. hahaha.



okey la, bagi sesiapa yang tak tengok lagi, anda boleh cuba try test world war z ni. maklum la, lain orang lain penilaian dia. apapon, BRAD PITT herooo filem ni hokayyy. haa haaa. :D



3/5



dah, tu je nak membebel. okbai :D







JJCM : RESTORAN MOHAMED LONG, PARIT RAJA




actually dah lama dah makan kat sini. dan kenapa baru sekarang nak update pon aku tak sure. maybe untuk menyiapkan satu entry mempromote makanan memerlukan mood yang betul-betul dalam kot. dalam sangat engkoo :D



kalau makanan style chinese memang aku dah terbiasa pergi kat satu kedai ni. JENG KUAN nama glamournya. seriously this is totally lagenda sebab memang dari kecik sampai ke besar, ni la restoran wajib mak dengan abah bawak makan. pergi la kemana pon, yang ni tetap unggul di hati. most of their food is soooo very the marvelous. INSYAALLAH, next-next time aku review ye.



ok back to story, ada la kan kawan ni belikan aku dim sum, alaaa, lama dah. then makan punya makan, ishh sedapnya. so mula la aku tanya beli kat mana bla bla bla semua. well, aku kan penyibuk. sepatutnya orang dah belanja tu senyap-senyap jela makan. tak gitu? :D



then dia tanya balik.



"kau dah try RESTORAN MOHAMED LONG ? alaa, restoran chinese muslim tu ? kat situ la aku beli. boleh tahan la makanan dia"



apa ? restoran along dan angah bersatu ? kat mana tu ? haha. so dipendekkan cerita, at last aku pergi. ala, tempat dia tak jauh mana pon. area-area tempat bermain jugak. tapi oleh sebab restoran dia agak tersorok, so aku memang tak perasan selama ni. sungguh.  :D







okey, ni la rupa RESTORAN MOHAMED LONG PARIT RAJA BATU PAHAT ! senang je nak jumpa, cari MAYBANK PARIT RAJA atau UTHM CITY CAMPUS, then area-area situ jee :D




   


oleh sebab namanya restoran, so tempat dia memang agak teratur dan best. ada air-cond, dan tv sekali bagi tahap keselesaan tu bertambah padu. haha. tapi meja dia terhad sikit la. tak silap aku dalam tu cuma ada 5 meja je kot. tapi kat belakang ada disediakan bilik VIP. kalau nak feeling-feeling mewah boleh la request. tu pon kalau rasa tak poyo la :D



yang bestnya kat sini, disediakan pakej untuk makan sekian berapa orang. sesuai sangat la untuk golongan-golongan tak berapa nak ada macam aku ni. haa, nampak tak permainan dia disitu? haha. so lets order ! :D



proceed to their food okey.








this is menu tersedap untuk malam tu. PRAWN BUTTER namanya. maybe sebab aku memang suka makan udang kot. rasa dia manis-manis dan udang dia besaaaaa. menu wajib ni kalau korang datang. nyumnyummm !









yang ni pulak AYAM LEMON. rasa dia manis sebab disalut dengan madu. menu sihat katanya.








yang ni SIZZLING TOUFU. dia ni egg toufu dimasak dengan masakan hailam. pekat macam hot plate mee. waalah !








dan menu tipikal malay. TOMYAM SUP ! tomyam dia besar hokayy. confirm tak bergaduh la nak berebut makan even untuk 4 orang pon. less pedas, then ada jugak rasa manis. tang manis tu aku rasa spoil sikit la sebab semua dah manis kott. lagipon this is tomyam. tomyam. aku pon tak paham kenapa semua nak manis. nak bagi orang darah manis ke camne? darah manis takpe, jangan kencing manis. tapi still lagi boleh layan la. bukan manis sangat pon. eh? berapa banyak perkataan maaanis daaa :D








but for the kangkung belacan, no special element that make you differ from other. sama jugak macam tempat-tempat lain. gila kejam komen :D



apepon, bagi sesiapa yang belum lagi try makanan kat sini, come on wey, come on. bangkit ! the food, nice. then service okey. tempat selesa. harga pon berpatutan. yes, hampir perfect ! soo, sila lah pergi :D






orang kata dia punya siakap stim hong kong best. nak cuba la next time.



dah, tu ja nak cakap. okbai :D









REVIEW : ROKOK NAN SEBATANG



siapa kat sini peminat tulisan nami cob nobbler?



kalau ye, sila angkat tangan tinggi-tinggi gunung kinabalu ! wkwkw.



bermula dari LELAKI EKSISTENSIAL, aku dah mula jatuh cinta pandang pertama dengan novel si NAMI ni. then diperkenalkan pulak ke AWEK CHUCK TAYLOR, dan yang terkini, ROKOK NAN SEBATANG, wahhh, wa dah superb cair leburrr ni derr. saaayang NAMI ! ehh? kahkah :D



okey la. for this entry, i just want to share with all of you about ROKOK NAN SEBATANG !






novel ni berkisahkan tentang seorang lelaki bernama ROMI yang bekerja as agent insurans kat sebuah syarikat kat keyel. tiap hari dia akan buat benda yang sama contohnya makan nasi goreng tamil nadu sampai dia sendiri dah rasa bosan dengan rutin yang macam tu. satu hari ni dia jumpa dengan sorang lelaki bernama WAN, yang mana lelaki ni boleh dikatakan as a mysterious guy. full of misteri. WAN ajak dia mengembara dan pusing satu MALAYA untuk keluar dari rutin hidup yang bosan dan mencari makna kehidupan.



so dalam misi ni, banyak la orang-orang yang ROMI jumpa dan akhirnya ikut sama join pengembaraan ni. contohnya RUDI, seorang remaja dari TEMERLOH yang memang nak keluar dari kepompong hidup dengan mak ayah, juga untuk mencari makna hidup macam ROMI. then PAKCIK AZMI yang wataknya boleh dikatakan as beriman or serbanistas. pandangan dan gaya pemikiran PAKCIK AZMI dan WAN adalah saaangat berbeza sampai hampir tiap masa diorang nak berdebat bergaduh. watak seterusnya BUNGA RAMONA. dia ni pulak sorang perempuan cantik yang sedang menempuh pengembaraan dari IPOH ke SINGAPURA sebab nak jumpa boyfriend sibernya, TAUFIK GUNTUR. ada jugak watak-watak lain macam PUSPA, scandal si WAN yang vegetarian dan TENGKU ADLINA, wan's wife :)



ROKOK NAN SEBATANG menceritakan segala apa yang terjadi dalam pengembaraan ni, macam mana setiap satu watak diorang jumpa sorang demi sorang, and it shows readers lokasi-lokasi or nama tempat yang diorang pergi dan singgah. ilmu-ilmu geografi banyak diturunkan okey dalam novel ni. then diceritakan jugak moment-moment gembira, sedih, marah, ketawa, and masalah dalam perjalanan tu. paling legend, dia tunjuk tempat makan yang best-besttt ! siap belanja gambar lagi you allsssss. bapak terliur :D



macam jugak LELAKI EKSISTENSIAL, ROKOK NAN SEBATANG banyak bagi kita ilmu dan fakta. dia bukan novel biasa yang kosong input or just for fun, it give you moreee than that ! dalam novel ni, i'm really adore with WAN as a leader of that team. he teach us about life. life is not about money. yes. and watak yang paling aku benci is PAKCIK AZMI. dia ni even sorang cikgu agama yang cukup ilmu agama di dadaaa, my respect for him is totally out. why? find this book laa. you'll find my reason. :D



then dalam novel ni jugak ada scene-scene bibit-bibit percintaan, ada khianat mengkhianati, ada setia kawan, cinta diam-diam, kecewa and baaanyak lagi part yang boleh bagi kita ilmu dan pengajaran. aku tertarik dengan part yang dia sampai ke BATU PAHAT, and makan kat MARKAS PAS kat SRI GADING. macam yang dalam novel ni cakap, sup kambing dia memang best. tapi based on my experience, maybe dia sikit rasist bila mana kalau kau datang pakai serban, then service will be tiptop. but when you comes with freehair for girl and pakai short for man, kau sampai ngantok-ngantok tunggu makanan :D



ending ROKOK NAN SEBATANG is really surprise. aku tak jangka pon yang ending dia akan sedih macam tu. memang macam-macam perasaan doh bila sampai ending dia. marah, geram, sedih. semua hadoooo. gerammmm je dengan WAN. errr. haha.



apepon, this novel is really really fun. lebih ringan dari LELAKI EKSISTENSIAL, tapi still serius sikit dari AWEK CHUCK TAYLOR. bila dah sampai novel yang ketiga ni, baru la paham yang tiap tulisan NAMI memang ada berkait dan berkait. lepas ni nak cari BAU SEMANGAT ANAK MUDA and BAYANG ! hee.



someone told me, 



"kasarnya bahasa novel ni"



then tenang bro, be open minded. yang baik kita ambik, yang tak berapa nak baik, tengok jela. well, we are not a small kids anymore right ? yang perlu di guide untuk setiap apa yang dia tengok dan dengar. be positive okey.







"true friends will always forgives even though without an apology. True friends never judge, and true friends will never regret for everything with his friend" 


- rokok nan sebatang -



EZREEN EMIRA SULAIMAN dan SHERINA ELLYANA SULAIMAN must be a special woman for nami is it? ALFATIHAH for both of them.


nami, you're such a great story teller !



happy reading !









REVIEW FILEM : MAN OF STEEL




filem superhero kembali lagi !



kalau yang the latest, IRONMAN 3 dah boleh dikategorikan as A class, rasanya MAN OF STEEL pon tak kurang jugak hebat dia. 



aku dengar je SUPERMAN keluar, terus menggelupur nak pergi tengok. okey, sila jangan salah paham key. gua teruja bukan sebab nak tengok dia pakai spender kat luar. ni stok naif ni der. kahkah. excited because i love action film laa. so, apa lagi, fungsi google memang sangat diperlukan untuk trailer dan review. maklum la jaman siber ni, nak buat apa sekalipon, memang confirm akan refer dia dulu. fully depends kan? bahasa kasarnya, kita bertuhankan sistem ciptaan manusia. GOOGLE, yes GOOGLE. 



okey, forget it.



so semalam, planning hangout dengan ASNI and MIRA, aku ambik la kesempatan ajak diorang tengok new movie ni. guess what? the answer is YESSSSS. okeyy, yes ! dapat tengokkk. hahaha. 








finally, 3 ticket for us ! so very the jealous dengan diorang sebab dapat harga tiket less 5 ringgit. why must rasist? kami sebayaaa. okey lupa saya bukan orang universitas. sobsobssss.







jelas ada gaya bongkak cuba ditunjukkan disitu. maaf, ni bukan bongkak, ni bahagia :D









happy to see both of you happy my dear friend. amboi ayatt, geli bulu dada mak ni mendengarnya cik jemah oi. garukkan pakai penyapu boleh? :D







okey, MAN OF STEEL ni cerita dia berkisar tentang CLARK KENT atau nama asalnya KAL-EL yang mana dia ni dilahirkan di planet KRYPTONE tapi dihantar ke bumi oleh ayahnya, JOR-EL dan mak dia, LARA. kat krypton time tu ada guna sistem tabung uji bayi untuk tentukan cita-cita baby tu sejak kecik samaada jadi buruh atau askar perajurit taw, so disebabkan JOR-EL dan LARA tak terima benda tu la diorang ambik keputusan untuk hantar KAL-EL ke bumi, diorang nak anak tu ada pilihan untuk tentukan masa depan dia sendiri. apepon, akhirnya krypton musnah sebab salahguna sumber dana alamnya.



so bila sampai bumi, CLARK ni jadi lain dari manusia biasa. contohnya tak boleh nak adapt and fokus kat kelas when he still small. tapi ada kekuatan pelik contohnya bila bas yang dia naik accident dan jatuh dalam sungai, dia boleh tolak bas tu dari dalam air ke darat untuk selamatkan orang-orang yang ada dalam tu. walau macam mana pon, ayah angkat dia paksa CLARK untuk rahsiakan kelebihan ni sampai satu tahap ayah dia tu mati depan mata sendiri sedangkan dia boleh je nak selamatkan. sumpah, scene tu memang sedih gaban ! sobsobsss.



keadaan sampai kemuncak bila GENERAL ZOD datang ke bumi dan warn KAL-EL serah diri atau seluruh warga bumi akan musnah. tujuan utama GENERAL ZOD ni actually nak jadikan bumi sebagai kryptone yang baru untuk menggantikan planetnya yang dah musnah. haa, lepas tu memang penuh dengan aksi pertempuran antara CLARK dengan ZOD. teruk bumi ni kena hentam. so, untuk bagi surprise, korang kena tengok sendiri kalau nak tau sampai ke ending dia :D







ni part CLARK nak serah diri pada GENERAL ZOD. at that time jugak, LOIS pon akan ikut sama.








and ni pulak part CLARK masa remaja dia. and dari scene ni, we can see how much that old man love his son sooo much even not a real one. sesuai sempena hari bapa. hee.



MAN OF STEEL ni walau macam mana pon tersangat kurang elemen superhero. well, kita kalau dengar je superman, mind semua dah set, selamatkan orang, selamatkan dunia. ye tak? tapi filem ni cuma berkisahkan tentang kehidupan dan sejarah CLARK dan misi nak halang kekuasaan GENERAL ZOD. 



first half filem ni full of drama. means action cuma wujud on the second half. macam jugak banyak filem-filem lain, unsur kasih sayang tak lupa diterapkan. contohnya CLARK sangat disayangi oleh parents dia. even yang real, juga family angkat dia. other than that, watak LOIS LANE ditimbulkan untuk ambik alih tugas heroin. LOIS LANE ni wartawan dan diorang start jumpa bila CLARK cuba sembuhkan luka dia lepas diserang oleh something yang aku sendiri tak pasti apa. tapi sure dari krypton. walau apa pon, still lagi ada scene yang sungguh tak logik. ah, tapi layan la. fun, fun ! haha. apepon, grafik dia cukup cantik. puas tengok der. lagi menarik sebab SUPERMAN handsome gilaaaaaaaaaaa *gigil-gigil*. kahkah.



so, bagi yang tak tengok lagi. ayuh serbu panggung. weekend mesti meriah confirm. heee.






comel tak? kahkah.


rating : 3.7/5


"i was born to be a warrior" - man of steel -


dah, bye :D









JJCM : MEE BANDUNG SPECIAL ABU BAKAR HANIPAH, MUAR



dapat bercuti dikala semua sedang ber 'monday sick' memang tersangat ohsem rasanya. so apa lagi, ayuh beraktiviti untuk menjelouskan mereka yang sedang bekerja. oyehoyehhh~ hahaha.



dipendekkan cerita, akhirnya aku berplan nak meneruskan misi mencari makanan-makanan sedap di bumi MALAYSIA kita yang tercinta ni. so untuk kali ni, tekak rasa macam nak makan mee bandung muar lah pulak. actually dah lama pasang niat nak makan natang ni kat sana, tapi si peneman setia tak makan mee kuning, so terpaksalah hold dulu. dan oleh sebab hari ni aku keluar dengan kawan, so mood mee bandung kembali turn on. oyeahhh. hee.



google punya google, akhirnya GERAI ABU BAKAR HANIPAH kat BANDAR MUAR jadi pilihan. paling popular seantero malaya katanya. okey kalau pasal melayan tekak, gua folow. jom cari ! makannn. makannn. *merintih dalam hati* haha.






berbowling dulu sebelum pergi. warm up perut katanya. eh? kaitan? :D



sampai sana lebih kurang pukul 5.30 petang. alangkah kecewanya bila tengok-tengok kedai dia kat JALAN ABDULLAH tutup. tutup rapat bro, rapat. pehhh. rasa macam nak nangis masuk bilik je. pastu hentak-hentak kepala kat dinding. okey fineee, jom sembahyang dulu. kita kena sabarkan diri dan cari petunjuk ni. haha. then after tu, memang betul-betul dapat anak panah. aku lupa yang dia ada branch kat MEDAN SELERA TANJUNG EMAS. yes! harapan untuk perut still ada *lompat-lompat* :D






my second bodyguard sedang berposing. hee. and this is tanjung emas, santai sangat-sangat pemandangan dia lebih-lebih lagi waktu petang. last aku datang and makan kat sini, dua tahun lepas. time tu singgah kejap je sebab ada marketing dengan lecturer KPTM kat SMK JALAN JUNID. gitu cerita dia :D



okey back to our story, akhirnya memang branch kat sana bukak. and me? of course happyyy. makan time ! *buat muka angkuh* :D






taraaa~mee bandung muar special from gerai ABU BAKAR HANIPAH. satu untuk saya. satu untuk cik ASNI REHAN. pekat. padat. padu. woooo ! hahaha. 






laici kang ni untuk tambah kepaduan dan kelengkapan mee bandung. nyaman je rasa :D






okey, this is real mee bandung. seriously umphh habis. pekat. pes dia terangkat, kurang rasa garam, udang kering pulak tersangatlah rasanya pon adoii. and for me, its legend. tiptop ! tak sia-sia datang dari jauh semata-mata nak makan mee bandung ni. heheh.






senarai harga makanan. mee bandung cuma RM 4.50 ye kawan-kawan. murah tu, murah. :D






time aku snap gambar-gambar ni, ada satu pakcik ni alahai peramahhh sangat-sangat, dok tegur dan gurau-gurau mintak aku ambik gambar dia pulak. aku syak dia owner gerai ni. based from the muka on that banner lah kan. haha. haa, aku kalau dengan orang peramah, memang suka nak ber mak jemah jugak. kepoh ala makcik-makcik gitu. so? layannn. gua layan baikkk punya. haha.



dari borak-borak tu, baru lah aku tau yang gerai dia yang kat bandar tu bukak dari 6.30 pagi sampai 5.00 petang je. tapi untuk TANJUNG EMAS, sampai pukul 7.00 petang. or sampai takde orang. kira kitorang customer last kopek untuk hari ni lah kan. hee.



and if korang nak tau, gerai ni pernah masuk newspaper sebab kesedapannya hokeyyy. then MUHYIDDIN YASSIN and GHANI OTHMAN pon pernah makan kat sini jugak. eh suka-suka panggil nama, bajet-bajet macam diorang kawan aku lak. kahkah.






dah macam jalan-jalan cari makan. rasa macam nak terajang diri sendiri sebab bergambar macam ni. poyo tahap gabann. haha. actually aku segan kot. sangat-sangat. tapi pakcik ni yang beriye nak sangat ambik gambar sambil pegang pes mee bandung dia tu dengan aku. lagi malu sebab dia jerit-jerit sambil cakap kat orang ramai,



"ni orang jauh datang sini sebab nak makan mee bandung"



jauh la sangattt. *cakap dalam hati* :D



sumpah aku malu tahap rasa macam nak masukkan muka dalam lubang najis. pakcik please jangan macam nii. hahaha



tapi sorry, gambar loser habis. cik photographer tangan tak bedong. ambik takat buat sedap hati orang je :D


but, pakcik ni memang peramah gila. good for customer la. memang INSYAALLAH panjang umur murah rezeki, nak datang lagi. heee.






jajan untuk mak dengan abah ! aku ni bukanlah jenis yang suka belikan makanan bawak balik rumah, but once i bring it, means, its delicious. and today, yes i'm do it. :)






last, untuk sesiapa lagi yang belum cuba mee bandung special ABU BAKAR HANIPAH kat MUAR JOHOR, apa kata, try. makanan best, service best. pasti takkan mengecewakan customer dia. gua berani jamin 90% :D



rating : 4/5



dah, tu je nak cakap.



okbai :D













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...