JJCM : RESTORAN MOHAMED LONG, PARIT RAJA




actually dah lama dah makan kat sini. dan kenapa baru sekarang nak update pon aku tak sure. maybe untuk menyiapkan satu entry mempromote makanan memerlukan mood yang betul-betul dalam kot. dalam sangat engkoo :D



kalau makanan style chinese memang aku dah terbiasa pergi kat satu kedai ni. JENG KUAN nama glamournya. seriously this is totally lagenda sebab memang dari kecik sampai ke besar, ni la restoran wajib mak dengan abah bawak makan. pergi la kemana pon, yang ni tetap unggul di hati. most of their food is soooo very the marvelous. INSYAALLAH, next-next time aku review ye.



ok back to story, ada la kan kawan ni belikan aku dim sum, alaaa, lama dah. then makan punya makan, ishh sedapnya. so mula la aku tanya beli kat mana bla bla bla semua. well, aku kan penyibuk. sepatutnya orang dah belanja tu senyap-senyap jela makan. tak gitu? :D



then dia tanya balik.



"kau dah try RESTORAN MOHAMED LONG ? alaa, restoran chinese muslim tu ? kat situ la aku beli. boleh tahan la makanan dia"



apa ? restoran along dan angah bersatu ? kat mana tu ? haha. so dipendekkan cerita, at last aku pergi. ala, tempat dia tak jauh mana pon. area-area tempat bermain jugak. tapi oleh sebab restoran dia agak tersorok, so aku memang tak perasan selama ni. sungguh.  :D







okey, ni la rupa RESTORAN MOHAMED LONG PARIT RAJA BATU PAHAT ! senang je nak jumpa, cari MAYBANK PARIT RAJA atau UTHM CITY CAMPUS, then area-area situ jee :D




   


oleh sebab namanya restoran, so tempat dia memang agak teratur dan best. ada air-cond, dan tv sekali bagi tahap keselesaan tu bertambah padu. haha. tapi meja dia terhad sikit la. tak silap aku dalam tu cuma ada 5 meja je kot. tapi kat belakang ada disediakan bilik VIP. kalau nak feeling-feeling mewah boleh la request. tu pon kalau rasa tak poyo la :D



yang bestnya kat sini, disediakan pakej untuk makan sekian berapa orang. sesuai sangat la untuk golongan-golongan tak berapa nak ada macam aku ni. haa, nampak tak permainan dia disitu? haha. so lets order ! :D



proceed to their food okey.








this is menu tersedap untuk malam tu. PRAWN BUTTER namanya. maybe sebab aku memang suka makan udang kot. rasa dia manis-manis dan udang dia besaaaaa. menu wajib ni kalau korang datang. nyumnyummm !









yang ni pulak AYAM LEMON. rasa dia manis sebab disalut dengan madu. menu sihat katanya.








yang ni SIZZLING TOUFU. dia ni egg toufu dimasak dengan masakan hailam. pekat macam hot plate mee. waalah !








dan menu tipikal malay. TOMYAM SUP ! tomyam dia besar hokayy. confirm tak bergaduh la nak berebut makan even untuk 4 orang pon. less pedas, then ada jugak rasa manis. tang manis tu aku rasa spoil sikit la sebab semua dah manis kott. lagipon this is tomyam. tomyam. aku pon tak paham kenapa semua nak manis. nak bagi orang darah manis ke camne? darah manis takpe, jangan kencing manis. tapi still lagi boleh layan la. bukan manis sangat pon. eh? berapa banyak perkataan maaanis daaa :D








but for the kangkung belacan, no special element that make you differ from other. sama jugak macam tempat-tempat lain. gila kejam komen :D



apepon, bagi sesiapa yang belum lagi try makanan kat sini, come on wey, come on. bangkit ! the food, nice. then service okey. tempat selesa. harga pon berpatutan. yes, hampir perfect ! soo, sila lah pergi :D






orang kata dia punya siakap stim hong kong best. nak cuba la next time.



dah, tu ja nak cakap. okbai :D









5 comment ♥:

amir aizat said...

Ambui menariknya gmbr mknn tuuu, msti sedap lah kan

Mizz ErMa said...

wah, banyaknya menu ygv sedap2..nie utk bape org makan nie? xkan berdua je kot? tett..hehehe

inspirasiizra said...

mana lagi kedai makan sedap area parit raja ataupon area dekat2 sekitar uthm ?
susah benor nak jumpa kedai makan sedap,, hahaa :)

ibn-salbi said...

Citer skit waktu operasinya. Takut bila gi x kena waktu.... kempunan pulak sebab restoren tutup!

ibn-salbi said...

Citer lah skit waktu operasinya sebab takut bila gi x kena waktu kempunan pulak sebab restoren tutup.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...