REVIEW : ROKOK NAN SEBATANG



siapa kat sini peminat tulisan nami cob nobbler?



kalau ye, sila angkat tangan tinggi-tinggi gunung kinabalu ! wkwkw.



bermula dari LELAKI EKSISTENSIAL, aku dah mula jatuh cinta pandang pertama dengan novel si NAMI ni. then diperkenalkan pulak ke AWEK CHUCK TAYLOR, dan yang terkini, ROKOK NAN SEBATANG, wahhh, wa dah superb cair leburrr ni derr. saaayang NAMI ! ehh? kahkah :D



okey la. for this entry, i just want to share with all of you about ROKOK NAN SEBATANG !






novel ni berkisahkan tentang seorang lelaki bernama ROMI yang bekerja as agent insurans kat sebuah syarikat kat keyel. tiap hari dia akan buat benda yang sama contohnya makan nasi goreng tamil nadu sampai dia sendiri dah rasa bosan dengan rutin yang macam tu. satu hari ni dia jumpa dengan sorang lelaki bernama WAN, yang mana lelaki ni boleh dikatakan as a mysterious guy. full of misteri. WAN ajak dia mengembara dan pusing satu MALAYA untuk keluar dari rutin hidup yang bosan dan mencari makna kehidupan.



so dalam misi ni, banyak la orang-orang yang ROMI jumpa dan akhirnya ikut sama join pengembaraan ni. contohnya RUDI, seorang remaja dari TEMERLOH yang memang nak keluar dari kepompong hidup dengan mak ayah, juga untuk mencari makna hidup macam ROMI. then PAKCIK AZMI yang wataknya boleh dikatakan as beriman or serbanistas. pandangan dan gaya pemikiran PAKCIK AZMI dan WAN adalah saaangat berbeza sampai hampir tiap masa diorang nak berdebat bergaduh. watak seterusnya BUNGA RAMONA. dia ni pulak sorang perempuan cantik yang sedang menempuh pengembaraan dari IPOH ke SINGAPURA sebab nak jumpa boyfriend sibernya, TAUFIK GUNTUR. ada jugak watak-watak lain macam PUSPA, scandal si WAN yang vegetarian dan TENGKU ADLINA, wan's wife :)



ROKOK NAN SEBATANG menceritakan segala apa yang terjadi dalam pengembaraan ni, macam mana setiap satu watak diorang jumpa sorang demi sorang, and it shows readers lokasi-lokasi or nama tempat yang diorang pergi dan singgah. ilmu-ilmu geografi banyak diturunkan okey dalam novel ni. then diceritakan jugak moment-moment gembira, sedih, marah, ketawa, and masalah dalam perjalanan tu. paling legend, dia tunjuk tempat makan yang best-besttt ! siap belanja gambar lagi you allsssss. bapak terliur :D



macam jugak LELAKI EKSISTENSIAL, ROKOK NAN SEBATANG banyak bagi kita ilmu dan fakta. dia bukan novel biasa yang kosong input or just for fun, it give you moreee than that ! dalam novel ni, i'm really adore with WAN as a leader of that team. he teach us about life. life is not about money. yes. and watak yang paling aku benci is PAKCIK AZMI. dia ni even sorang cikgu agama yang cukup ilmu agama di dadaaa, my respect for him is totally out. why? find this book laa. you'll find my reason. :D



then dalam novel ni jugak ada scene-scene bibit-bibit percintaan, ada khianat mengkhianati, ada setia kawan, cinta diam-diam, kecewa and baaanyak lagi part yang boleh bagi kita ilmu dan pengajaran. aku tertarik dengan part yang dia sampai ke BATU PAHAT, and makan kat MARKAS PAS kat SRI GADING. macam yang dalam novel ni cakap, sup kambing dia memang best. tapi based on my experience, maybe dia sikit rasist bila mana kalau kau datang pakai serban, then service will be tiptop. but when you comes with freehair for girl and pakai short for man, kau sampai ngantok-ngantok tunggu makanan :D



ending ROKOK NAN SEBATANG is really surprise. aku tak jangka pon yang ending dia akan sedih macam tu. memang macam-macam perasaan doh bila sampai ending dia. marah, geram, sedih. semua hadoooo. gerammmm je dengan WAN. errr. haha.



apepon, this novel is really really fun. lebih ringan dari LELAKI EKSISTENSIAL, tapi still serius sikit dari AWEK CHUCK TAYLOR. bila dah sampai novel yang ketiga ni, baru la paham yang tiap tulisan NAMI memang ada berkait dan berkait. lepas ni nak cari BAU SEMANGAT ANAK MUDA and BAYANG ! hee.



someone told me, 



"kasarnya bahasa novel ni"



then tenang bro, be open minded. yang baik kita ambik, yang tak berapa nak baik, tengok jela. well, we are not a small kids anymore right ? yang perlu di guide untuk setiap apa yang dia tengok dan dengar. be positive okey.







"true friends will always forgives even though without an apology. True friends never judge, and true friends will never regret for everything with his friend" 


- rokok nan sebatang -



EZREEN EMIRA SULAIMAN dan SHERINA ELLYANA SULAIMAN must be a special woman for nami is it? ALFATIHAH for both of them.


nami, you're such a great story teller !



happy reading !









1 comment ♥:

kim said...

is this an indie book? if yes,kat mana u beli..? ^^






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...