AIDILADHA YANG PENUH BERMAKNA


aidiladha tahun ni adalah antara aidiladha yang penuh bermakna..well well well, seronok kuasa dua puluh tiga bila semua ahli keluarga yang besar dapat berkumpul dalam satu majlis yang riang dan hapeningggg sangat ! untuk pengetahuan semua, ni first time my family buat "HARI KELUARGA" dan ternyata ia sangat ohsem dan berbaloi-baloi..bukan nak membongkak, tapi memang meriah gila wa cakap luuuu~HAHA


majlis bermula sehari sebelum raya..balik kerja je, rumah dah ramai..aku hampir terlupa yang malam tu ada majlis bacaan yassin dan tahlil keluarga..tapi oleh sebab dah petang dan semua dah hampir siap, aku cuma sempat tolong potong serai je..okey what dari takde terus..kan? HAHA




esok paginya, awal-awal lagi dah bangun..banyak kerja yang harus diselesaikan..majlis kat rumah sendiri katanya, takkan nak bergolek-golek atas katil selamba macam takde pape..buat-buat ada kerja habis cerita..HAHA..tapi pagi tu jugak, rumah makcik yang terletak tak jauh dari rumah aku buat "KORBAN" tahun ni..so, curi-curi keluar sebab nak tengok lembu kena potong..auww, macam budak tecikk..KAHKAH ! okey okeyy, aku memang suka menyibuk kalau ada benda yang geli-geli macam ni :D





ambik gambar kejap, bukti melapah daging tahun ni~HAHA




anak-anak tersayang penceria suasana..semua pon tak boleh tengok kamera, semua pon nak posing-posing..like aunty like nephews and nieces~*tang comelss tu* eh, tiba-tiba..HAHA


dah penat berpanas, aktiviti seterusnya balik rumah dan sambung rewang..busy sangat, macam-macam nak kena buat ni..*mata keatas*..HAHA




suasana rewang yang sangat meriah..budak-budak berlari pijak-pijak sayur, mak budak pulak menjerit-jerit macam orang kena sawan..suara masing-masing dah ler macam guruh kuatnya..bledek orang jawa cakap..HAHA




persiapan untuk majlis..seriously bila khemah sampai terpacak depan rumah, siap ada renda-renda bagai, orang ingat aku nak tunang, takpon kawin..okey, bagi sesiapa yang aku dah bagi harapan tu, boleh la nyanyi lagu TENDA BIRU ye..hahaha


then sempat pergi parit raja lagi, barang banyak tak cukup..*sebenarnya saja nak mengelak dari kena potong bawang..whoppsss~HAHA*




lepas habis sembahyang jumaat, majlis bermula..okeyy, get ready allsss~jantung sayaaa, dup dappp dup dappp..HAHA..overrr~




masuk hutan kejap sambil buat muka mandor, tengok ayam dah siap belum *angkat-angkat kening* :D





majlis bermula, sepupu taiko tengah bagi ucapan..entah apa dia bebel pon aku tak tau *buat muka bosan*..HAHA..kuajaq gilerrr~ :D



okeyyy, masa yang paling dinanti-nanti~mencekik timee ! paling aku suka..paling paling :D




majlis diseri dan diseronokkan lagi bila ada karaoke set sekali..masing-masing berebut-rebut nak nyanyi..tak ketinggalan yang sedang menaip entry ni..aku dapat senggol-senggolan cubit-cubitan dengan robek hatiku..tapi masih lagi frust sebab tak dapat nyanyi GOYANG INUL..gua nak joget gerudi..uwaa~menci menciii..*hentak-hentak kaki* HAHA



happening sangat~




acara sukaneka pon ada sekali..budak-budak main kerusi beracun dengan bawak bola ping pong dalam sudu..untuk yang besar-besar pulak, kitorang main kerusi beracun..aku sampai terjatuh-jatuh sebab berlaga punggung..fine, hopefully sistem peranakan aku masih berfungsi dengan baik..HAHAHA




acara seterusnya, penyampaian hadiah untuk para pemenang sukaneka, juga untuk golongan makcik-makcik..aku pulang dengan tangan kosong *hentak-hentak kaki lagi* HAHA




yang first tu nenek cerewet..yang kedua, nenek gangster..ketiga, nenek sporting gila..yang keempat merangkap mak aku, nenek ramping..dan yang last, nenek seksi..HAHA..alahai anak-anak sedara, pandai korang bagi gelaran kat orang-orang tua semua ni eh :D




posing lagiii..yeah yeahh~suka suka sukaaaa..hee




anak sedara aku sorang ni bersama nenek tersayangnya ! aku pulak dengan emak paling sporting dalam dunia ~i love both of them..heee


dan terakhir sekali, sebelum semua berkemas-kemas..acara kenang-kenangan pulak ambik bahagian..bergambau duluuu..hee




dimulakan dengan gambar adik beradik emak..sepatutnya ada tujuh, tapi pakcik aku sorang tu dengan family dia cuma dapat datang awal-awal majlis je..ada hal sikit..then kedua, gambar bersama suami dan isteri..okeyy, sorang pakcik jugak tak dapat datang..sian makwe, jeles orang lain ada laki..kahkah




then gambar family pakcik sulung dengan makcik nombor dua..
INDRA, ANDHIKA, dengan BAYU comeLL..hee




ni pulak family makcik nombor tiga dan terus lompat nombor lima..red warrior kau jahhh..alahai meriah sangat-sangat..hee




last, dua keluarga tercomel..masing-masing dua beradik dan masing-masing sepasang..yang atas tu family aku, emak anak nombor enam..dan yang last tu, family mak usu..ni la cucu-cucu BUJANG JAIMAN generasi akhir..rakan sepermainan masa kecik-kecik dulu..heee




dan last sekali, a big family of LATE HJ BUJANG BIN JAIMAN dan HJH ZAINAB BINTI HJ ABU NAIM~besarrrr punyaaa !


apepon, walaupun letih..tapi seriously rasa happy sangat-sangat !  memang berkumpul ramai-ramai dalam keluarga yang besar tu sangat menyeronokkan..semoga aktiviti macam ni akan terus dikekalkan dan dijadikan tradisi..insyaALLAH..i love my family ! salam aidiladha semua.


alfatihah buat arwah atok dan nenek~








19 comment ♥:

♥ Nana BamBam ♥ said...

wahhhhh...seronoknyee..mmg happening habessss sehhh :)

cik mun said...

we are family..hehehe
sronok klu dpt buat mcm ni..berkumpul rmai2..

fatin amalina husna said...

meriahnyaa..
jeles tgk..huhu..

Sayidah Nafisah Ruslan said...

meriahnya! selamat hari raya awak :)

boni kacak said...

wah..bestnya....

shar90 said...

meriah sakan nih... slamat hari raye aidil adha :D

Cik Yatt said...

wah meriah sangat..best

::yartHaryati:: said...

beshhhhh gilerrrr...
asal x invite aku selaku family angkat ko cikaa..
hikhik...
senyum simpul aku tgk.. happening dear!

Kakzakie said...

Huuuiii... meriahnya. Seronok kakak tengok memang macam ada majlis tunang/nikah sebab ramai yg meraikannya. Syukurlah...

tirahzairi said...

nak sate!!!

CekbOlat-bOlat said...

pehhh baru family gath . blum kenduri . gila ramai dan meriah . srnoklah :))

Hasrina said...

wahh meriahnya....best2222

~AmyLiana86~ said...

wah bestnyer..merioh giler tu..wah sedaspnya satay..

NisaAdnan said...

seronoknyaaa meghiahnyaaa :D

Izara4eva™ said...

wah big family.. bestnye.. meriah sgt ye..

TiranaAduka said...

salam.
Seronok dan meriahnya...

chemay said...

meriahnyaaa rayaa.
chemay raya haji haritu tak balik kmpung punn
:9

Mizz ErMa said...

wow, memang terbaik lah..ingatkan ada majlis kenduri tuan belog..kemaen lagi besar besaran..hik3,

Edy Fee said...

meriahnya sambutan kat sana..bestnye..edy sangat bosan..takde makne pon ase






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...