JJCM : MEDAN ASAM PEDAS PARIT JAWA


misi mencari makanan diteruskan lagi. tiba-tiba teringin pulak nak makan asam pedas. ajak si dia yang rajin ikut cakap aku tu, tiba-tiba ada hal family kat JB pulak, sampai sekarang tak balik-balik. huhu. nak ajak kawan-kawan? ok fine, aku takde kawan pon. bhahaha. so, ajak lah emak. well, emak aku kan free sentiasanun. adik pulak memang taknak ikot. takut aku pow duit RM250 BR1M dia lettew. elehh, tak kebulur pon. *nada sakit hati*. HAHA.


kalau kat batu pahat, ASAM PEDAS yang boleh dikategorikan sedap macam kat JALAN RAHMAT, ASAM PEDAS MAK LIMAH, and satu lagi gerai asam pedas kat SIMPANG 5. tapi kali ni nak tukar selera kat daerah lain pulak. ASAM PEDAS PARIT JAWA here i comeee ! hehe.


gerak dari batu pahat lebih kurang pukul 12 and sampai sana dalam sejam, perut dah mula lapar. sejam tak boleh bla kan? well, wa bawak big boss kat sebelah kot. so kena la behave. plastikk sangat aku rasa. haha.


lunch hour kat sana sememangnya pack. apa semua tak reti masak kat rumah ke apa ni? hahaha. apapon, medan asam pedas parit jawa ni takde la besar mana. lebih kurang dalam 5 or 6 gerai je. so, aku pilih la yang paling ramai sekali. biasaaa, pattern kalau makan mesti nak pilih tempat yang ramai orang, dengan alasan, sedap kot. hehe.




ASAM PEDAS MAK PON ! gerai dia kat hujunggg sekali. paling power katanya.


antara ikan yang ada semalam. jenahak, mayong bukan moyang, kerapu, and ikan merah. sayur pulak cuma ada dua pilihan. dan macam biasa lah untuk asam pedas mestilah tauge dan kobis. then kalau yang nak tambah ulam timun, telur or sambal belacan pon boleh. hee.




taraaa. menu lunch untuk kami berdua semalam ! aku pilih asam pedas ikan merah, sayur kobis dan telur je. ikan ambik sepotong je sebab dan cukup makan untuk berdua. besarrr you allsss. banyak isi. hee.




so untuk penilaian, rasa asam pedas dia quite okay la. tak pekat tak cair, masam-masam dan tak berapa pedas. beza la dengan asam pedas JALAN RAHMAT BATU PAHAT. wa berpeluh je lebih, pedasss sangat. haha. so kat sini sesuai la untuk spesis yang tak tahan pedas macam aku. jugak untuk budak-budak kecik bagi yang dah berkeluarga tu.


dari segi harga pulak, takde la murah pon. standard harga pasaran. alaa, biasa la. dah famousss. hihi.


okey last, bagi yang tak pernah makan kat sini, ataupun untuk yang memang penggemar asam pedas melayu asli, apa lagi. jom ke medan asam pedas parit jawa muar ! not bad laa. oyehoyehhh~


sekian. kbai XD








7 comment ♥:

jaakechik said...

wahh asam pedas tu... sedapnya... febret jaa tuh!

Aisya Ulala said...

atoto..entry ni buat tummy ecah meronta-ronta nak melahap asam pedas tu ~

~cik atin~ said...

wah3. bergendang perut bace entry nih. nak nak perut tengah mintak diisi nih. kih3

Telor Power said...

Rasa asam pedas pt.jawa agak2 boleh beat asam pedas melaka tak sis

Hasrina said...

yummy mummy lama dah xmakan niii jauhlaaa

Telor Power said...

Asam pedas johor boleh beat asam pedas melaka tak

tirahzairi said...

dh bleh gnti jln2 cri mkn la kan






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...