RESEPI : OREO CHEESE CAKE TANPA BAKAR


hari tu ada sorang kawan ni bagi aku rasa oreo cheese cake buatan tangan dia. punya mulia hati, siap hantar kat rumah lagi kauu. and oleh sebab aku antara penggemar makanan berasaskan cheese, so memang terasa sedap sampai ke tekak lah kan. serious sedap. sedap sangat ! aku sebenarnya memang dah lama teringin nak buat sendiri, tapi asyik tak menyempat je. maklum lah, busy banyak. busy sangat kan kalau waktu kerja pon sempat tidur dua jam. wkwkwk :D


haa, lagi satu nak cerita ni, hari tu ada lah kan sorang hamba ALLAH ni cakap,


"lu kerja pegang komputer, tak payah berangan nak pegang senduk"


pehhh. kuajaq dek nonn. kuajaqq. ikut hati nak je aku bagi dia tau rasa batang penyapu tu macam mana. macam lah aku bengap sangat kat dapur. dah pro ni beb. sikit lagi lepas dah kalau nak masuk masterchef. eh? wkwkwk.


so, since tak banyak kerja ni, makanya aku sempatlah nak menggoogle resipi dia. tengok cara nak buat kat youtube macam senang. so apa lagi, dengan gigihnya aku terus print senarai barang. gigih sangat ! sangat ! :D


aku memang sorang yang kurang sifat sabar dalam diri, kalau boleh semua nak cepat. ada peluang bergerak sendiri je, aku jalan. haa mati taknak cepat pulak kan? wkwkw. so malam tu jugak aku pergi cari barang-barang dia. actually bukan apa, aku ni spesis kalau perap lama-lama kelaut la jawabnya. hikhik. 


okey la, since this is my first trial for oreo cheese cake, so i'm soo excited to share the recipe with aLLL you my beloved readers. grammar hancur berangan nak speaking londang konongggg. puiii. haha.


bahan-bahan : 

2 paket biskut oreo.
4 sudu besar / 1/2 cawan marjerin
250 gram cream cheese
200 gram whiping cream
susu segar
gula halus secukup rasa
esen vanilla
dua sudu gelatin / agar-agar




cara-cara :

first sekali hancurkan lebih kurang 1 1/2 paket biskut oreo. tapi jangan lupa asingkan biskut dengan cream dia okey. terpulang la kalau nak pakai blender or pom pam pom pam menumbuk pakai lesung batu. orang kata better pakai lesung sebab tak berapa hancur. tapi aku bantai je sebab malas nak dung dang dung dang  memalam. dengar dek jiran yang dah tidur kat sebelah tu, mau meroyan dia. hikhik.




sebelum dan selepas. sebenarnya aku dah tersalah pilih biskut. terambik brand creamo pulak. tapi macam okey je. hihi. sementara tu, korang panaskanlah marjerin dan gaulkan kedalam biskut yang dah hancur ni. mampatkan dalam tupperware, then masukkanlah dalam peti ais. okey, siap untuk layer yang pertama ! oyehoyehh~hee.


dalam bekas lain, masukkan cream cheese dan pukul sampai dia kombang. pukul jangan ganas-ganas pulak, nanti habis terabur sana sini. then masukkanlah gula halus, whipping cream, esen vanilla, susu segar dan jugak cream biskut oreo tu. dan oleh sebab hancuran oreo tadi aku tinggalkan sikit, so boleh la masukkan jugak. gaul je sekali arong. pukul tu agak-agak jela. toksah la over sangat. tak sedap mana pon kalau over-over ni :D




then dalam bekas lain, bancuhkan gelatin dan sikit air panas, okey, sekali lagi aku langgar syarat sebab gantikan gelatin tu dengan agar-agar. inovasi katanya. puii. haha. gaulkanlah laju-laju sampai dia larut. then campur sekali dalam adunan tadi. 




bila adunan dah sebati, korang siramkan je kat atas biskut oreo yang kita dah mampatkan tadi. wah siram kau ! macam siram pokok bunga. wkwkwkw.




taraaa! hasil gigih duduk dapur malam-malam. oreo cheese cake made by SITI FARHANA and her abah ! kalau nak tau, yang pukul adunan-adunan tu semua abah yang buat. sweet kan abah kita? haha. ala nak buat macam mana, mix bowl aku tak tau letak dia kat mana, mak pulak dah tidur. nampak noooo rajin sangat kan sampai cari barang kat rumah sendiri pon tak jumpa. hahaha. 


okey, bila dah siap, masukkanlah dalam peti ais lama sikit bagi dia sejuk dan keras. kalau korang tengok, colour cheese cake aku lain dari yang lain sikit. selalunya putih tapi versi aku, tercoklat pulak kan? macam yang dah cakap sebelum ni la, tersalah beli biskut. so cream dia coklat. apa lagi, memang semua la coklat. takpe, kreatif katanya *muntahhh* hahaha.


then bila dah molek, boleh la makan. nyumnyummm ! lazat sampai menjilat jari ! senang pulak tu.


selamat mencuba !


kbai :D









1 comment ♥:

SYAHIDA said...

bestnye...dulu penah buat skali (yg xperlu bakar la) punya la excited nk buat, smpena anniversary plak tu...tgk2 blueberry cheesecake jd aiskrim blueberry...haruuu......ntah nape lembik je...lps tu xpenah try buat....kna try resepi ni plak hehhe






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...