RESEPI : PUDING KARAMEL TANPA TELUR


aku memang dah lama sangat nak try resepi PUDING KARAMEL. since ada lah kan sorang kawan post gambar natang ni kat facebook dia dulu. ala tapi lama dahhh. belum baligh lagi kot rasanya time tu. eh? hahaha. okey, tu cerita lama. ceritanya sekarang ni, semalam aku terbaca pulak blog FATIN LIYANA dalam entry baru dia. dia pon buat jugak la weyy. at that time, lagi membuak-buak la nafsu serakah beta ni chek jah oi. pulaknya si patin ni sempat belanja gambar yang gila menyelerakan tuuu. fuhh *kesat-kesat air liur* eee pengotorrr. haha.


salin punya salin dia punya senarai barang, direct je aku tergedik-gedik jalan kaki ke kedai runcit depan nak pergi beli. rakusss sangat rasanya. haha. then punya tak menyabar tu, siap plan nak buat terus kat rumah time rehat tengahari. aww mengular auwww. haha. ala hangat-hangat taik babun je, tak buat pon tengahari tu. malasss :D


then bila dah balik rumah after waktu kerja, lepas mandi siap-siap semua, terus aku kejar dapur tak toleh kiri kanan, pandang tv pon sebelah mata je youuu. semangat tinggi kemain serupa macam nak pergi berperang ke lahad datu. ok over. haha.


so here, i just want to share with all of you the recipe of making CARAMEL PUDDING WITHOUT EGG ! resepi mudah adaptasi dari blog CIK EPAL dan FATIN LIYANA katanya. hikhik.


BAHAN-BAHAN.


untuk puding :


3 sudu besar tepung jagung.
2 sudu besar tepung kastard.
1 tin susu cair.
1/2 tin susu pekat
1 paket serbuk agar-agar.
1 susu esen vanilla,
3 1/2 cawan air kosong.


untuk sos karamel :


2 senduk gula pasir.
1/4 cawan air kosong *nyanyi lagu najwa latif* wkwkw.






bak kata CIK EPAL lah kan, bahan-bahan dia tersangatlah senang nak dapat. kedai runcit NG TER HUA yang daif tu pon senyum bongkak je bila aku tunjuk senarai barang yang aku nak. siap cakap.


"ni je? lagi mau apa?"


cehh, dah hebat sangat lettew. puii. hahaha.


CARA-CARA.


untuk sos karamel :


ambik gula dan kacau dengan api yang kecik. terpulang la korang samada nak guna periuk yang comel saiznya ataupun kuali. gaul la dengan lemah gemalai sampai dia warna perang-perang yee.


bila dah mencair, masukkan pulak air sikit demi sikit. haaa, perlu diingat, masukkan biar pelan-pelan taw. risau je kalau terpercik. serious panas ! aku dah rasa semalam. pehhh, macam kena ejos je panas dia. kahkah.


lagi satu tips, jangan masak gula tu terlalu lama, nanti hangus dan pahit. untuk pengetahuan. my first sos tak jadi semalam, pahit mengalahkan panadol. haha. terpaksa buang, then kena buat baru. hai la dugaannn :D






haa, ni sos karamel cubaan kedua. periuk dah kotor so sauk jela kuali hitam ponn. gasak asal jadi. haha.


untuk puding :


ambik satu mangkuk, then campurkan tepung jagung dengan tepung kastard. gaulkan sekali dengan sikit air sampai jadi bentuk larutan. ikutkan, kena tapis larutan tadi kalau nak puding kita licin berkilat, tapi aku tak buat pon. sebab tu aku punya hodoh sikit. hikhik.


lepas tu, masukkan larutan tadi dalam periuk dan masak. masukkanlah sekali dengan agar-agar dan air. kacau dengan api yang perlahan sammmpai dia mendidih. sentiasa kacau taw. takut ketul-ketul pulak nanti. hihi.


bila dah mendidih, masukkan pulak susu cair, susu pekat, dan sekali dengan esen vanilla. kacau kejap. then matikan api ! angkat dari periuk dan tuang ke dalam bekas yang korang suka. kalau nak cantik, letak la dalam bekas yang bunga-bunga ke, strawberry ke, haa baru la feeling-feeling tak sampai hati nak makan sebab cantik sangat. haha.


tunggu sampai pudding dah mengeras, tuangkanlah pulak ke dalam sos karamel tadi okeyy. 






nyumnyummm ! walaupun tak secantik CIK EPAL dan FATINGG LIYANA punya, tapi rasa dia memang puas hati. belanja cap jari sebijik. sedappp. lebih sedap kalau dibaham lepas disejukkan dalam peti ais *ayat nak buas je* :D


sangat nyaman terasa kalau dapat makan diwaktu yang panas-panas macam cuaca sekarang ni kan. hihi


so apa lagi. selamat mencuba ye kawan-kawan. sangat mudah, sangat jimat, dan sangat sedap. pakej !


okbai :D







9 comment ♥:

Anonymous said...

blog awak buat saya lapar....huk3...

Anonymous said...

sorry sorry sorry sorry sorry sorry sorry sorry sorry sorry sorry sorry......

luqman zakaria said...

cutenye yg dh siap tuh..hheehe..nak spotong...!!

huda jamil said...

alahai, tunggu peti ais rumah aku sejuk dulu baru boleh buat. karang aku juga yg mengamuk bila buat x jadi. haha

Hasrina said...

eh confius jap tak payah kukus eh

♥ sitifarhana ♥ said...

Hasrina : aah,tak payah kukus pon. Senang sgt. Hehe

J.Syazwana said...

kenape semua orang suke makan puding caramel ni? sedap sangat eh?

pernah makan sekali kat rumah member. rasa telur gile terus tak makan. hahahaha

♥ sitifarhana ♥ said...

J.Syazwana : yg telur mmg tak layan jugak sbb bau die kuat. tapi yg ni takde telur. hihi

Mizz ErMa said...

wah, menjadi jgk puding awk ek..hihihi ritu sy penah pkai resipi yg diambik dr resipi.com tu,xmenjadi lgsung..membazir aje..lepas tu da serik nak buat..hihihi lepas nie nk try resipi yg nie la pulakkk..=D






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...