LELAKI EKSISTENSIAL~



selalunya bila balik dari kerja, aktiviti pertama lepas bersihkan diri dan bla bla bla aku is, masuk bilik mengadap cik ipad dan terus layan candy crush. takpon, layan game-game bodoh macam susun-susun batu, angry bird, or spongebob. okey, aku ni actually spesies yang tak suka bermain dengan cabaran. prinsip aku senang, buat apa susah-susah nak berjuang, sedangkan ada benda lain yang lebih mudah and at the same time, menyeronokkan. loser? no, i call it SIMPLE. hahaha.


but one day, focus dah lari. gua boleh layan novel der. novel tebal ! tebal ke? omaigod omaigoddd~ haha. seingat aku rasanya makan 9 tahun jugaklah tak layan benda-benda macam ni. the last one is OMBAK RINDU on 2004 plus minus. lama tak lama wa cakap luuu. haha.


ceritanya macam ni, ada kawan tempat kerja yang sorang ni baru balik dari festival buku kat keyel tu. dah festival buku mestilah beli buku ye tak? so tak tau la samaada nak membongkak atau apa dengan aku, maka dia bawaklah salah satu novel tu dan baca dengan muka yang agak kerek sambil jeling tajam sebelah aku. budget nak ajak terpengaruh lettew. eh pleaseee. koseee sangat. *tangan dibahu* :D


tapi aku ni mulut je lebih, sebenarnya usya-usya la jugak natang tu. belek-belek, then aku tanya apa ceritanya, best tak, ending dan bla bla bla. dasar tak tau malu :D


"kau baca satu dua bab dulu lahanat. kalau layan, teruskan. kalau tak, tak la"


okfine. aku jela yang lahanat :D


so baca punya baca, baca lagi dan lagi, makan ber bab-bab jugak la layan satu hari tu. hampir separuh rasanya. aku jadi terlajak-lajak lunch, terlajak-lajak jugak waktu kerja. sampai OT cik jah oii. haha. balik rumah sambung, sammmpai pukul 1 pagi akhirnya selesaiii. fuhhh *lap-lap peluh* wkwkw :D


ohmaigodd. how can i finish that stupid novel for only one day?? sampai sanggup gadaikan masa tidur and my lovely game?? for me, it so amazing la because i'm really really not interested on book. really. but blog, maybe :D


so, for this entry, i just want to share this book with all of you my beloved readers. especially for those who in the category of book's lover. i'm sure, it can be one of your best novel collection ever~trust me. ecehhh. haha.





this is real "don't judge book by its cover". at first i thought it as porno novel sambil istighfar laju-laju dalam hati. hahaha. such a bad cover la actually. :D


LELAKI EKSISTENSIAL~


buku ni kisah seorang lelaki yang tak dicakapkan nama, cuma bahasakan diri dia as "aku". hidupnya bermula dari bawah, seorang lelaki biasa yang takde apa-apa, sampailah berjayanya dia jadi seorang editor kat syarikat buku dan tutor kat satu universiti ni. tapi yang tak bestnya dia ni kasanova, ada raaamai awek okeyy. so let me introduce one by one. gituww. haha. first, TENGKU ADLINA. anak seorang kaya yang ada bisnes publish buku sendiri. LIN ni la yang bertanggungjawab bawak lelaki ni jadi manusia. yang kutip dia masa dia susah, dan jadikan dia mewah macam yang sekarang ni. second, PUSPA. gadis hipster yang tak suka benda-benda mainstream or ikut arus perdana in malay. puspa ni for me seorang yang rock dan gamble, siap boleh rokok lagi kauuu, but at the same time bijak sebab dia boleh berdebat macam-macam benda. puspa ni jugak actually student si lelaki ni. third, MAISARA. maisara kat sini diwatakkan sebagai sorang muslimah yang cantik dan bertudung, sopan, dan ayah dia orang yang kuat berpolitik. tapi as manusia, dia pon ada sejarah hitam which is dulu pernah jadi lesbian bila dikecewakan dengan ex-boyfriend dia. and the last one is, FITRANA. sorang pelakon sinetron indonesia yang hot dan up-to-date serta cenderung ke arah fashion dan kecantikan. 


this novel show how hebatnya seorang lelaki ni in the art of lying. macam mana dia boleh uruskan empat orang perempuan at the same time. macam mana jugak lelaki ni boleh dapat macam-macam benda from cableisme. pengaruh politik ayah MAISARA dan kekayaan LIN for example. lelaki ni jugak boleh dikategorikan as jahat la. islamic lifestyle memang out. tapai gandum peram or what we call as carlsberg dia taram, and paling tak boleh bla, seks bebas dah jadi amalan. keempat-empat perempuan ni termasuk sorang lagi yang taklah sampai tahap awek bernama ZAFIRA pernah dibawak dalam tidur. how cool~homaigod. 


but but but, ada reason why dia jadi macam tu. first, kecewa dengan sorang perempuan ni yang tolak cinta dia mentah-mentah zaman sekolah dulu, SOFEA namanya. second, dia pernah jadi mangsa liwat berbelas tahun dengan pakcik sendiri, and third, he has no parent. and last, maybe dia berduit, berkereta besar, pandai ambik hati dan pandai memasak. he has everything. so dia boleh ambik kesempatan untuk tarik perhatian dan kaburkan mata orang, termasuk makbapak. 


this story bring you to kasanova's life yang always bermonolog dan berfikir. menariknya, novel ni boleh buat kita adore the writer or in a simple word, watak utama. dia ada pengetahuan yang sangat luas dalam banyak benda. bola? sejarah luar dan dalam negara? ketuanan melayu? politik? art of women? seks? music? education? dapur? everything. eeeverything. a lot of things and fact that i learn on that book la. seriously. but, jangan terkejut kalau ada part-part atas katil yang maybe buat readers tak selesa. for me, its not too much, but too open. bukan nak tunjuk baik, but i skip it. kalau spesis tak berani, you should skip. scary okey. haha.


ending dia macam going smooth. no fighting, no war, no kantoi. and i think its impossible. hahaha. but of course la dia choose salah seorang yang terbaik. alhamdulillah. hihi.


i don't know how to get this book. maybe online boleh kot because dah lama dia publish. lagipon, i'm not familiar with that. well, newbie katanya. hehe. but if you get it, jangan lupa layan ye. remember, dont judge book by its cover. :D


since aku dah start minat, so kawan yang sorang ni kemain lagi instruct whats next, whats next and whats next. now, i'm on my way to finish AWEK CHUCK TAYLOR and KITAB TERFAKTAB. after that, insyaallah, turn ROKOK NAN SEBATANG and bla bla bla pulak. ada kaitan katanya semua buku-buku tulisan NAMI COB NOBBLER. 





from short reading material on blog like THE OTHER KHAIRUL, LORD ZARA, TERFAKTAB, AKU LINGLUNG, LENSA ROSAK, and HIKAYATPROLETARIAT, saya kini selangkah lagi ke bahan bacaan yang lebih panjang. 


selamat mencari LELAKI EKSISTENSIAL ~


okbai :D








2 comment ♥:

boni kacak said...

tapi.... perlu ke cover buku macam tu???? adeh..

YattAkasah said...

nak beli! yatt skrg nk kmpul buku fixi he






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...