REVIEW FILEM : PACIFIC RIM



khamis malam jumaat. bulan ramadhan.


aduhhh. rasa macam tak manis je kalau nak berjimba-jimba tak ketahuan kan? tapi PACIFIC RIM baru keluar leyyy.


hati dah jadi gundah gulana. 


okey, nak taknak, keluar rumah start kereta bawak barang-barang sembahyang. then tengah jalan tukar baju. kahkah.


bapak biadap punya perbuatan. tapi no choice maa. hati orang tua kena jaga jugak ye tak? haa, niat tu penting. haha.


by the way, bukan aku tuu. orang lain. ehhh? :D


okey la, siapa kat sini dah tengok PACIFIC RIM ? haaa, beronok ronok engko ye dek nonn. filem yang sunatunasuhah untuk di tonton. bestttt. oyehoyehh~







oleh sebab 3D awal sangat pukul 8 suku, so aku pilih nak tengok yang 2D je. jaaadilah. kang kalau awal sangat macam melampau pulak. nak pergi terawih katanya kann. eh ehhh? rosak, rosak. wkwkw :D






PACIFIC RIM ni mengisahkan tentang misi melawan raksasa bernama KAIJU yang datang dari dasar laut untuk menyerang bumi. so demi nak selamatkan dunia dan jutaan ribu nyawa, robot yang dinamakan sebagai JAEGERS dicipta untuk jalankan misi ni. RALEIGH BECKET dan abangnya, YANCY BECKET ditugaskan untuk kendalikan JAEGER tapi akhirnya kalah dan YANCY mati.



then lima tahun lepas tu, JAEGERS ni akhirnya tak lagi dapat dana kerajaan. dia diletakkan dibawah kendalian PAN PACIFIC DEFENSE CORP and diketuai oleh MARSHALL. PAN PACIFIC DEFENSE CORP ni kira satu organisasi untuk melawan KAIJU la. at last, RALEIGH BECKET dipanggil balik untuk mengemudikan JAEGER, dan MAKO MORI dipilih untuk jadi co-pilotnya. dua-dua ni kira harapan dunia la untuk selamatkan bumi atau ayat poyonya dalam filem ni, mematikan kiamat. sesuka hati kiamat. zzz.





hero dan heroin. handsome betul omputih sorang ni *lap-lap peluh* :D



bagi aku filem ni bukan takat filem aksi semata. tapi kombinasi filem aksi and ilmiah. PAN PACIFIC DEFENSE CORP ni kerja dia buat robot and rekrut pilot, so memang banyak la part-part yang kita rasa, pehhh. gila berteknologi, gila power. haha. tambah kagum bila diorang dok analyse satu-satu pasal KAIJU ni. siap masuk sistem otak natang tu lagi bhai. gila. well, nak kalahkan musuh mesti lah kena tau kelebihan and kekurangan dia kan? baru lah boleh cipta strategi. giiituwww :D







walaupun aku just tengok yang 2D, tapi visual effect dia not bad laa. sound effect pon okey, best dengar dia punya tumbuk-tumbuk, dengar dia punya bandar tu hancur-hancur. pehh, macam real. wkwkw. dari segi jalan cerita pulak, terbaik boss. senang nak paham and tak meleweh sangat. yang penting part JAEGER lawan KAIJU memang tak mengecewakan. rasa macam nak jadi pilot JAEGER je. :D



apepon, PACIFIC RIM adalah filem yang sangat tak mengecewakan. boleh la kan buat feeling-feeling poyo nak cipta strategi lawan musuh. berangan konon-konon aku la yang berjuang demi bumi tercinta. hahaha.



sesiapa yang tak tengok lagi, jangan lupa tengok taw !



3.95/5



dah. babai :D







4 comment ♥:

NAL said...

Asalamualaikum..
Akhirnya dapat jugak bw blog ni. Salam Ramadhan NAL ucapkan.

Unknown said...

Siapalah insan cemerlang yang tukar baju bagai nak tengok cerita tu..kah3...

boni kacak said...

adeh... ni yang nak kena tengok ni.. mak aih..

J.Syazwana said...

benci ah asyik tengok wayang jek. bye.

hahahaha!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...