NASI GORENG B*** SPECIAL BATU PAHAT


tak tau macam mana nak mulakan entry ni. bukan apa, risau macam macam bad perception orang pulak timbul kat aku yang suci mulus dan naif ni. malas la nak buat kontroversi, letih taw jadi retisss. kahkah. okey okey nope, actually aku lagi risau kalau stok stok mak mertua yang dok baca entry ni. haa nayaa mak jemah. confirm sampai mati kempunan nak kawin dengan anak dia. kahkah.



ceritanya macam ni, hari tu ada lah kan dua ekor mala'un ni dok berwechat kat group. aku okey lagi dengan bunyi klinting klinting phone yang tak berhenti kat sebelah walaupun gegendang telinga ni dah bingit sipi sipi lagi nak pecah. nak ditegur kang, takut merajuk seumur hidup pulak. takpe member punya pasal, sekalipon annoying, gua tahankan. gua chill gua tengok tv. aku perati diorang tengah deal nak lepak. motif berwechat kat group?? budget aku teringin nak followbudget aku nak jealous?? eh hello, dah memalam cenggini tidur bawah ketiak mak lagi nyaman la derr. haha.



esoknya, salah sorang dari diorang ni call nak bergossip. biasa la jaafar onn. luar kental muka ah chai macai, tapi mulut? haihh, malas nak terangkan la kecoh dia. kahkah. tau apa benda pertama dia cakap? dia kata malam semalam diorang makan nasi goreng babi bhaiinak lagi kurang hajar siap cakap dapat payung belanja ! aku pura pura watlek watcool, suara maintain wanita melayu terakhir. hakikatnya bergenang air mata menitis. carutan dalam hati melimpah limpah ke ladang gandum. durjana. tinggalkan aku.



aku mula meroyan kat twitter. well, tak legend la kalau retis tak update segala perasaan kat laman sosial ye tak? kahkah. dasar poseur. 









NASI GORENG BABI? 



omg mohon jangan bash saya. cehhh, bahasa legend 2013, bash. power la kononnya sesiapa yang pandai cakap 'bash'. kahkah. cacat.



then one of my lil sis terperasan tweet ni lalu dia dengan laju dan penuh semangat nak taunya dok reply balik. paling tak boleh bla sampai esok esoknya pon dia still termengigau ngigau sampai dok tweet tweet tweet benda sama. punya lah tertanya tanya kenapa nama dia cenggitu. kahkah. kesian gila. :D








iefaa, berdosakah kakak sampai buat adik sengsara macam ni?



haha !



aku janji dengan dia nak buat entry pasal nasi goreng babi ni. bukti sayang dan kasih aku pada dia. sebagai tanda tebus dosa sebab buat dia huru hara jugak. cehhh. haha. so this entry specially dedicated this for her ! makkkk aih, nampak tak mukadimah aku bapak panjang? mohon sabar :D



actually nasi goreng babi ni takde la jijik semacam namanya. and sebenarnya pemilik nasi goreng ni pon tak tau yang nasi hasil tangan dia tu namanya 'babi'. kahkah.




kat BATU PAHAT ni kalau korang nak tau ada satu gerai makan yang saaangat istimewa. kecik cenonet je kat tepi longkang besar. jangan kata nak dapat aircond, dinding batu bata pon takde la wa cakap lu. dia ni rupa rupa gerai goreng pisang je. gerai pasang siap boleh alih sesuka hati. boleh je kalau sekejap bukak kat sini, sekejap bukak kat situ. sekejap bukak kat sana. boleh jadi jugak hari ni bukak kat johor, esok bukak kat sarawak. kahkah.



business operation? ikot sesuka hati diorang. agak agak nak bukak, diorang bukak. agak agak nak tutup, tutup la. dalam seminggu tu rasanya tiga atau empat hari je bukak. sesuka hati. haa, ni memang betul betul sesuka hati sampai menyusahkan orang. aku sendiri sampai berpusing pusing lima kali nak makan sana, tapi sentiasa tutup. punya la susah nak dapat. but, i like something challenge. makin mencabar, makin best. gituwww :D



ok business hour pulak, starting pukul 10 p.m, sampai around 1.00 am je. tiga jam sahaja ye. ye, tiga jam. okey, memang tiga jam. legend tak legend? gua syak diorang ni sebenarnya dah kaya raya. saja isi masa lapang berniaga. kahkah.



atas kepelikan tu, maka timbul lah satu nasi goreng yang sangat sedap dan power. raaaamai sangat manusia berebut nak makan sini hokayy.



and untuk cik iefa saya yang cantik, nama nasi goreng babi tu terhasil sebab dia pelik gila babi, servis lambat gila babi, mahal gila babi, banyak gila babi dan seeeeeeeeedap gila babi. bukan ada unsur babi ye. jangan risau, halal, dan takkan sondol sondol meja lepas makan. grok grok grokk. ehhh? kahkah.



datang BATU PAHAT eh kalau nak rasa. hee.








nasi goreng penuh kontroversi. haha.



bagi sesiapa yang nak rasa kesedapannya, lokasi gerai dia kat sekitar hotel pine tree kat bandar BATU PAHAT ye. gambar takde sebab nak bagi excited. kalau tak jumpa, dialu alukan pm saya. cehhh. hahaha.



sedap, banyak dan pasti tak menyesal kalau datang !



psttt, kalau nak order, jangan cakap nak order nak goreng b*** ye, tak memasal terperanjat dia nanti. order lah dengan nama nasi goreng kampung. nama dia memang itu. bhaha.



haihh, dah berapa banyak kali mencarut dalam entry ni. YAALLAH, ampunkanlah dosa dosa hambaMu ini. 



credit :





selamat mencari dan mencuba allsss ! mesti ! dah babai :D








0 comment ♥:






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...