TEAM BUILDING TRIP KUNDASANG SABAH



kata kata sarkastik ENCIK KHUZZAN malam tu, ditambah dengan perencah sepatah dua kata dari KARMA untuk malam esoknya buat jiwa menaip aku melonjak lonjak serupa baru lepas makan pil kuda. 



"dulunya branch ni teruk"


"branch ni compliance dia memang out"


"budak budak branch ni semuanya comel comel"


eh?



okey sebenarnya ayat last tu aku tipu. biasa lah, cerita kalau nak best kena banyak tipu yedak? cuma aku dapat rasa la yang diorang cakap dalam hati. ok tu lagi tipu. kahkah.



back to story, seriously malam tu aku rasa loser gila. pandang kiri kanan, mana askar askar aku ni? ainn, zatii, hazrinn, pinjam bahu nak lap hingusss. haha. malu dah jangan cerita, rasa macam nak letak gunung kinabalu tutup muka. kalau ada kudrat, memang lama dah aku renangi laut china selatan tu balik semenanjung nak peluk mak. jaga jaga ni juara kubang parit dulu tau? kahkah.



sebenarnya takde la teruk sangat. eh nak jugak tegakkan benang basah. haha. cumanya time tu aku memang dah takda hati nak kerja. siap dah letak resign letter sebab dapat better offer. biasalahh, ibaratnya macam pakwe korang sekarang muka macam bobo, tetiba aaron aziz datang minang. nahhh, hape nak kataa. memang ke tong sampah la jawabnya ekau boboo. maaflah, terus terang sangat. jujur beb jujur. kahkah.



tapi takpe lah, saja nak buat buat panas line time cuaca sejuk kot. sebenarnya aku tak kisah langsung. bagi aku teruk teruk pon, yang penting branch kami penuh dengan cahaya syurga. bahagia dan harmoni. ewah taknak kalah. haha. 



okey okey, sebenarnya cerita panjang lebar atas ni adalah antara cerita tiga hari di bumi borneo dengan 23 branch staff seluruh malaysia. this is a company first trip since they was born for almost 5 to 6 years around. sebenarnya tak sangka jugak la dapat pergi sana. bukan tak sangka dapat jejak bumi sabah. tapi tak sangka company buat trip macam ni with full support. wakaka. nampak tak permainan dia? eh, malas la nak cerita lebih lebih. haha.





the kiram's village, kundasang sabah. two hours journey from kota kinabalu. nice place to visit !



antara aktiviti kat sana, untuk malam pertama kitorang buat barbeque dengan ice breaking je. then esoknya ada lah sikit sikit sukaneka dan pertandingan masak memasak. selebihnya, kumpul kumpul bincang masalah. what a boringgg. kakaka.





YB Khuzzan. ini kali lah ! haha. time ni baru 6:45 am. sangat sejuk sampai rasa ke tulang pergi dia. fuh.





jalan petang petang dengan staff branch menggatal, kota tinggi, and tanjung malim :D





with son of boss, miss lim teluk intan, and pemuja rahasia, tawau. nama glemer kat facebook ! :D





kanak kanak ribena ! most of them are single okey. sila isi borang. weks :D







and the last one is orang kuat kuat. aku je pencacai. kekeke.



oleh sebab aktiviti dah di plan ikut jadual, so masa berjalan tu sangat la terhadnya pon adoi. petang sabtu tu ada la ronda ronda kampung sebab nak bagi makanan yang kitorang masak tu kat surau. then ahad tu sebelum balik, dapat la jugak pergi pasar phililpine kat kk beli ole ole untuk orang orang semenanjung. okey bercerita pasal pasar philipine ni ada satu je benda yang buat aku sedih. aku nampak banyak anak anak kecik mintak sedekah kat sana. why you're here baby? you should be with your mom ! and ada lah dua tiga yang datang kat aku. first sekali kat kedai baju, owner kedai tu marah diorang and cakap kat aku yang diorang ni sindiket. i just likeee, mem, can you please dont be mad? say nicely la. they are human like us, bukan kucing. aku rasa dia biadap, so even baju dia murah, aku tak beli pon. aku menyesal sebab tak bagi pon duit ke anak anak tu even lepasnya ada jugak yang cuit cuit mintak. apa la sangat takat kena tipu dua tiga posen. kan? kat mana pon budak budak tu sekarang, aku harap diorang senantiasa dibawah lindungan ilahi. insyaallah.sila nangis beramai ramai.



apepon, i'm really happy for that three days. for those yang aku tak tegur tu, mintak maaf banyak banyak. sebab mungkin aku cuma stay empat orang satu rumah dengan staff hq, sedangkan yang lain berkongsi berbelas orang dalam satu cabin. so masa nak beramah mesra duduk atas katil bergossip tu memang tak dapat la. sorry kalau aku nampak sombong dan serius. sobsobs. haha.



seriously best bila dapat jumpa kawan kawan branch lain. nak dekat dua tahun and half kerja, aku memang tak pernah berkawan dengan branch jauh jauh. paling tidak pon dua atau tiga branch je untuk settlekan problem customer. facebook? memang ada tapi tu lah, tak aktif pon. one more, aku sebenarnya tak pandai nak kawan dengan orang yang aku tak pernah jumpa. aku syak ni penyakit sombong. haha. ok, sekarang ni aku baru lepas selak friend request yang lama lama and approvekan satu satu. maaf kawan kawan. kahkah.



untuk team B, korang memang the best ! kita menang tiga game ! and first prize untuk keseluruhannya. terima kasih sebab sama sama masak berbondong bondong macam nak pergi kenduri walaupun sebenarnya aku cuma tolong potong potong je. terima kasih sebab terima idea aku nak masak nasi ambeng walaupon akhirnya aku tak pegang pon senduk tu. comel kan perangai saya? macam dora the explorer kan? kahkah.






nasi ambeng johor di bumi sabah ! nak hias punya pasal, siap petik bunga orang. tsktskkk. haha.









walaupon dia MU, tapi kita tetap JDT. eh pepandai je. kahkah. kalau hasanul isyraf si silent boy ni baca entry ni, saya nak mintak, chewah sayaaa. nampak noo gatalnya pon adoii. haha. key key key, aku. aku nak mintak maaf banyak banyak sebab selalu sangat menyusahkan kau buat SOP untuk branch kitorang, sorry jugak sebab banyak menyakat hari tu. kena mintak maaf oi, kalau tak memang susah la nak mintak tolong lagi. haha.













the gengs !






and lastly we are here ! new zealand malaysia katanyaa. krikkrikk :D



kundasang is one of the best tourism destination la untuk dipergi dan dikunjungi. tempatnya cantik, nampak gunung kinabalu, and dia sejukkk sangat sampai cecah 7 darjah celcius bila malam. first time mulut keluar asap bila cakap. macam jakun je, macam asyik nak main tiup tiup mulut je. haha. ada yang siap pakai tudung time tidur kau dek non. aku pakai baju tiga lapis, blanket tiga lapis baru boleh tidur. kahkah. one more, kat sana jugak tiba tiba boleh jumpa junior time sekolah plus junior uitm melaka dulu kan. what a small world. hehe.



i'm really hope this such of trip akan diadakan lagi for next next next year. kawan kawan, semoga kita jumpa lagi ye, insyaAllah. will miss that moment so much.






dah jom balik. okbai :D













1 comment ♥:

Ayu azmir said...

Wahhh seronok jugak nampaknya






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...