#MH370



aku dah lupa bila last aku rasa betul betul sedih. mungkin berapa tahun lepas sebab terlayan movie titanic, mungkin jugak beberapa bulan lepas bila tengok depan mata JDT kena rogol dengan kelantan untuk final piala FA, atau mungkin jugak baru malam semalam sebab MU kalah. ok tu ayat cari pasal. kahkah.



dalam hidup aku ni rasanya benda yang paling sedih cuma takat kena dumped dengan boyfriend je kot. tu dah cukup fucked up la tu. yang paling extreme aku buat time tu, aku tekup muka dengan bantal busuk lepas tu jerit kuat kuat sambil sumpah seranah bodoh bodohkan diri. lagu jiwang karat pulak menjadi backgroundnya. yelah, kata acah acah sedih. tapi bila mak panggil suruh makan, automatik boleh lupa. selamba katak bangun pergi dapur melantak. ala lapar la wey. tak payah la nak buthurt sangat. cukup cukup la tu. kahkah.



tapi bagi aku tragedi MH370 ni adalah benda yang jauh lebih sedih daripada meroyan kena tinggal dengan lelaki. jauh lebih pilu dari benda benda mengarut macam yang aku cerita tadi. entah, even tak jadi kat family sendiri, atau mungkin aku belum pernah lagi rasa kehilangan orang yang betul betul aku sayang, tapi rasa sebak tetap menyelubungi diri. jiwa seorang anak, seorang kakak, seorang perempuan, dan seorang manusia.



update berita MH370 ni selalu aku dapat dari reporter sukarela CNN, baru sign kontrak awal bulan ni. AIN namanya, AINUN MATA nama pena nya. dia memang kerja dengan aku, tapi buat part time jadi penyiasat, wartawan, pemberita sekali. pakej. kahkah.



kau bayangkan lah. aku baru nak feeling feeling beribadah tengah tengah maghrib, klentang klentung phone bunyi. apa la wey yang penting sangat ni sampai bertingkek tingkek bunyi. nasib baik iman kuat boleh teruskan sampai tahiyat akhir, kalau tak memang time sujud tu jugak aku tengok. cewah. haha. 



"naa, aku rasa mongolia la yang rampas kapal terbang tu. yelah, kan ada kes najib bunuh altantuya. ni nak balas dendam kot"



tengok messege dia, menjengkelkan tak menjengkelkan? kenapa dia tak cakap, nigeria ke, ghana ke, laos sekali terlibat? takpon JDT? #eh. pergi layan berita tamil maghrib maghrib tu dah kenapa ain? haduhh. haha. ain ni walaupun luarannya blur blur. walaupon aku suruh hantar complaint register kat AZNIDAR, dia pergi hantar kat AZIDAH. dan walaupun aku suruh dia hantar inward resit kat MISS WONG, dia pergi hantar kat MR WONG. tapi sebenarnya dia bijak bestari. aku syak budak unimas memang gini. haha. tapi kalau kena lempang sekali dengan aku jangan tanya kenapa la kan. so malam tu, untuk tenangkan dia aku balas dengan ayat sarkastik versi islamic. aku syak dia sentap sebab ayat dia mula nampak kurang cantik. gasak engko la nak merajuk, esok lusa bagi se kiss dua elok la tu. dia sayang aku tu, aku tau. trololol. haha.



apepon, kalau ikut perkembangan MH370 ni sejak dari mula dulu memang macam macam cerita keluar. aku kalau online pon menyampah nak bukak facebook sebab banyak sangat keyboard warrior. ada yang mimpi itu lah, jumpa ini lah. ada yang macam betul, ada yang macam tak patut, macam kelakar pon ada. part raja bomoh gaduh dengan khairy jamaluddin tu paling win bagi aku. ingat kita kita je yang bash membash kat laman sosial, rupanya pak menteri pon sama je. takpe la KJ, you'll never walk alone. eh marah KJ, die hard fans MU tuu. haha.




siapa tak sedih ye dak? benda babitkan negara kita. paling sedih bila najib umumkan yang MH370 ended in southern indian ocean. masa tu rasa memang dah takde harapan lagi dah. rasa simpati yang teramat sangat pada all family passengers. ada anak hilang ibu or ayah dia, ada mak ayah yang hilang anak, dan ada wife yang hilang her husband. sedih sangat bila satu dunia cakap malaysia terrorist. kutuk sana, spekulasi sini. china mula buat rusuhan kat depan kedutaan malaysia kat sana, boikot barang buatan malaysia. cakap kita murderer. sedangkan tragedi ni takde siapa pon mintak, takde siapa pon nak.




sebenarnya banyak sangat persoalan dibalik tragedi MH370 yang kita tak tau sampai saat ni, yang masih tak dapat nak kita rungkai. macam mana pesawat tu boleh sampai ke lautan hindi yang sunyi dan sepi tu sedangkan laluan tu jauh sangat dari beijing, macam mana pesawat tu boleh hilang dari radar, wujud ke kes hijack atau sabotaj. semua still lagi belum ada jawapan. masa ni, tak kisah la kita fahaman politik apa sekalipon, agama dan bangsa apa pon, ni lah masanya untuk kita sama sama satu hati, satu jiwa. tak perlu lah rasanya nak politikkan semua benda.



dalam tempoh sebulan ni, kita didatangi pelbagai cubaan dan dugaan dalam negara. dalam tempoh ini juga kebanyakan kita mula merasa ALLAH itu lebih besar dari yang biasa kita rasa. tempoh ini juga sebahagian dari kita yang sering melupakan ALLAH mula kembali mengingatinya. tatkala ramai manusia sudah tiada apa lagi untuk diharap, barulah wajah dihadap ke kiblat, tangan ditadah ke langit, air mata jatuh merayu rahmat ALLAH dan barulah ALLAH itu dirasakan sangat berkuasa dan kita kelihatan sangat kerdil. malaysia bersedih, malaysia berkabung dengan suara doa doa mula menjadi sinar. hanya mengharap keajaiban yang semakin malap, semalap pelita minyak ditengah hujan lebat -copypaste-








apepon, perancangan ALLAH adalah sebaik baik perancangan. Dia yang jauh lebih tau apa yang terbaik untuk kita semua dan hanya Dia yang dapat bagi jawapan untuk segala galanya. Dia yang menjadikan, dan Dia juga lah jalan penyelesaian. semoga keluarga mangsa terlibat kuat dan terus tabah. andai kata ini benar, mudahkanlah kami mencari serpihan sisa pesawat dan mangsa, tapi jika ini hanyalah kekhilafan, kembalikanlah mereka kepada kami. hanya kepadaNya kita berserah.






i'm from malaysia, i'm not terrorist.



teruskan berdoa untuk MH370. teruskan berdoa untuk 529 wira wira mujahidin IKHWANUL MUSLIMIN di mesir.



*tisu pleaseee*



"depth of indian ocean ten times more than KLCC".  SUBHANALLAH.











0 comment ♥:






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...