JJCM : NASI LEMAK WAK KENTUT, KULAI JOHOR.



pernah dengar nasi lemak WAK KENTUT?



selama ni bila google google tempat makan best JB, jumpa la jugak blog blog yang cakap nasi lemak kat sini best. tapi just letak as tempat makan yang rasa macam kena pergi jela. well, dedulu rajin turun JB boleh la main lenjan je terus cari kan? tapi sejak sejak 2014 ni rasa macam dah malas pulak. so kalau dapat pergi, pergi la. tak dapat pon takpe. dah tua woi malas nak jalan jalan. lol. haha.



so, minggu lepas cuti. tiba tiba pulak rasa nak cari seluar kat JPO. well, gatal much kan. haha. roger adik aku kat senai, dia pon on sebab weekend mana kerja. haa, dia ni la yang ajak makan kat sini. saya okey je dan saya pon happy. haha.



sampai dalam pukul 4 setengah petang, time tu orang tak ramai lagi. adik aku cakap kalau malam memang ramai gila orang beratur. hekelehh, memalam makan nasi lemak? yelah yelah, suka hati lah. sibuk je aku ni :D



makanan kat sini simple je. nasi lemak semata. cuma boleh la pilih bahagian ayam yang kita nak. ayam dia sangat mengiurkan okey. aku tengok dari jauh macam nak ambik semua je. well, ni hantu ayam goreng ni kalau nak tau. pantang nampak rasa macam nak telan semuanya. sabar jelah. haha. 






orang kata perempuan tak elok makan kepak. kenapa eh? boleh mandul ke? oi, cerita sistem sistem peranakan ni jangan memain oi. aku yakin aku normal. kahkah. okey okey, apapon ayam goreng kat sini memang sodap. adik aku pulak kureng sikit bab bab ayam sebab dia fobia tengok ayam mati kena langgar depan mata sampai selera pada ayam terus hilang. tak sampai hati katanya. so aku apa lagi, dua potong la makan. gasak ko la dik. haha.






ni pulak rupa nasi dia. rasanya memang standard la dengan namanya nasi lemak. sedap dan berlemak. tapi keciwa betul aku dengan timun, ikan bilis and kacang dia. alahai, seco'et bak ang. walaupun aku tak makan pon kacang tu, tapi at least bagi la proper sikit. orang malaysia ni tak kisah la bayar lebih sikit asalkan puas hati. ye dak? sorry, aku memang cerewet sikit bab bab presentation ni. eceh. haha.






masa memula rasa sambal dia, adik aku tanya,



"nana sedap tak? okey tak?"



oh ye, dia tau aku ni tak tahan pedas orangnya. mungkin dia takut aku menggelupur kat situ jugak. kang susah dia nak melayan. haha. tapi overall rasanya okey, tak pedas sangat. standard ah sambal tumis kan.








kalau tengok kan tempat dia memang biasa sebiasa biasanya. krew dia pulak semua pakai uniform yang sama. tapi okey la janji bersih kan. macam mana pon tempat tu, buruk ke kecik ke, bersih tu wajib. haa, paling penting bagi aku.



dari segi service, semuanya okey. harga pon berpatutan, nak tau exact harga tiap satu tu macam takut silap pulak. tapi yang penting, makan berdua sekali dengan air cuma 12 hengget je. murah ! hihi.






so bagi sesiapa yang teringin nak makan nasi lemak best JOHOR, boleh la singgah sini rasa. waktu operasi dari petang sampai malam. alamat, JALAN SUSUR KULAI 2, TAMAN KULAI BESAR, JOHOR.



lepas makan jangan risau takkan terkentut kentut punya. haha.



selamat mencuba ye ! okbai.



3.5/5


lepas makan sini, ngeteh kat singgah selalu pulak. haih, parana parana. makan jela kerja kau ye :D







4 comment ♥:

~ctaman~ said...

tgk aym tu serius sis pon c terliur...baru sekali smpi johor...nnti terjalan blh la try...name pon agk klakar...hihihi

Aisyah Az said...

burppp.. nmpak tajuk dah tergelak. hehe.. betul ke makan kepak ley mandul. huaa.. ecah dah la hantu kepak ayam =( tapi nampak sedap makanan tu, even nama kedai buat ecah tak berapa nak senang. ngee

Cik Yatt said...

jauhnya johorrr.. huhu.. kepak tak elok makan sebb klu ayam kedai tu die injit ubat tok die cpt bsar kat kepak.. so bnyk ksan smpingan dlaman kite bole kene.. klu ayam kmpung xpe :)

KOLEKSI ANTIK said...

iols keje kulai..slalu buka posa kat sini dlu..yg tak best parking talakkk best la..limited parking area dan trlalu ramai pekeja laki ktm begebangg kat situ lelama..kuang3..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...