WEDDING DAY HASNIAH & FAIZUL



dimudahkan cerita, aku sebenarnya tak pernah ambik port langsung pon pasal budak yang nama dia ASNIE REHAN ni kat sekolah dulu. hakikatnya, dari form 1 sampai form 5 sekelas dengan dia. entah, mungkin sebab dia budak hostel kot dulu, tambah lagi pegang title ketua pengawas zaman zaman sekolah. yela kot sebab tu. maklum lah, diorang kan poyo poyo. aku? eh, aku biro disiplin, bawah sikit je dari pengetua, tapi low profile pakai baju putih kain biru muda. jadah biro disiplin celah manaaa. lol. haha



tapi satu benda je yang aku paling ingat pasal dia ni bila kenang balik zaman sekolah dulu, add math untuk SPM dapat A1 tapi BM dapat B. aku syak dia cakap portugis kat rumah tu yang bahasa ibunda kelaut sikit padahal A bertingkek tingkek. haha. sedap kau ngejek kan? eh harusss, i punya BM dapat A okey olsss, A1 lagi okey olsss. tapi BM jela yang mampu, yang lain gagal. okey la kan dari tak ada. ceh taknak kalah jugak tu ha. kahkah.









gambar zaman muda remaja. suci mulus memasing baru nak kenal dunia. gambar line line sebelah asnie je yang aku taruk. yela, entry ni entry dia kan. bagi bagi, semua bagi dia. haha



mula rapat dengan dia bila kitorang sama sama duduk dalam satu kuliah yang sama bila masuk matrik dulu. oh ye, untuk pengetahuan semua, kuliah kitorang kuliah yang paling last sekali dalam senarai kuliah. kira kelas hujung la. aku ingat lagi dia pernah cakap,



"apasal kita dapat kuliah last?"



aku syak dia tak dapat terima hakikat atau mungkin takut nak cakap kat mak. kalau tau malas nak ngantar jauh jauh sampai ke kedah sana ye tak mak cik? haha. yela, top 5 student sekolah tup tup dapat sekelas dengan aku? aaaku? okey cukup, tolong la jangan buat aku terluka sangat. tolong. aku belajar tak pandai tapi aku baik taw. jap, baik celah mana? *lari masuk bilik* haha.



kat sini la aku start baik dengan dia. walaupun first first dia dah buat aku rasa annoyinggg sangat sangat. tiap kali kelas mesti nak duduk paling depan sekali. aku dah rasa, oi apa aku buat ni? aku dah berubah ke? tolong wey aku tak ready lagi nak jadi baik. syaitannn, kau dah give up ke nak goda aku? ceh, kalau cerita nak over je manjang. haha. tapi takpe la, aku redha aku tak boleh belajar main main atau cuba nak ngantok ngantok dalam kelas. aku redha dengan ketentuan ilahi. gituu. apepon, terima kasih sangat kat asnie sebab bawak aku ke jalan yang lurus dan masih dalam radar sepanjang aku jauh dari family kat sana. okey, nak bagitau satu ni. dia dapat 4 flat untuk final matrik dulu taww. larikkkk. hahaha.



dua tahun lepas dia ada ajak aku pergi makan kerang kat sungai lurus. haa, ni baru nak cerita niii. haha. masa tu dia still lagi study kat UPSI kalau tak silap, takpon praktikal gitu la, aku pon tak berapa nak ingat. aku pulak dah start kerja. maklum lah, belajar tak tinggi kena la cari rezeki sara keluarga awal kan. ceh ceh ceh. masa tu dia cakap nak jumpa kawan. kira first date la ni. ohh, no wonder la pilih tempat yang berangin sepoi bahasa. k paham. bijak jugak rupanya, ingat tak tau. haha. masa ni la tiba tiba aku pulak jadi saksi dua mata bertentang tentang. eee nyampahnya ayattt. haha. aku ingat lagi si asnie ni tenang je pakai tudung sarung mak mak, lepas tu makan kemahin tak cover cover. aku dah geleng geleng kepala, malu jugak jadi kawan dia ni kadang kadang. haha. yang si kawan tu pulak sopan sangat pakai baju melayu, baru balik isyak katanya. order pon cuma air segelas je, air kopi o ! old skul betei ghasernya kan. tak, asni cakap dia memang old skul sebab layan radio malaysia johor. haha.



masa on the way balik tu aku beriye sangat cakap kat asnie yang aku restu sangat diorang berdua. yang budak ni pandai je dia tepis. aku promote handsome, dia cakap dia tak kisah rupa paras. aku cakap dia dah kerja, dia cakap semua tu tak penting. haa tak pentingg? ngarut betul budak ni. balik balik dengan taste lelaki lebih tua je manjang. matang matang matang. hoii, faizul ni lagi tua dari ko dah tuu. ala sebenarnya dia suka, cuma cover depan aku. eleh elehh. haha. ala sebenarnya aku promote pon sebab baru dapat makan free kejap tadi. terima kasih la faizul, kalau tau aku order banyak banyak malam tu. haha.



apepon yang aku tau diorang ni berkawan, takde pon istilah couple. tu yang aku respect sangat sangat. sebab bagi aku title berkawan tu jauh lebih baik dari title yang lebih dari tu. air suci tetap jadi air suci, tak jadi mustaqmal lagi. terpelihara gitu kan. lagipon budak kecik je ber papa mama, daddy mummy ni. ya tuhan aku nak muntah. haha. okey okey balik pada cerita, raya lepas dia ada jemput rumah terbuka kat rumah dia, raya ketiga kalau tak silap. tapi tu la, dia suruh datang sorang je jangan bawak orang lain. aku pon takde la syak apa apa, pergi dengan selambanya sebab nak makan. tau dah mak dia mesti masak sedap gila punya. kahkah. sampai sana baru aku tau rupanya ada majlis tunang. waktu tu aku rasa macam nak hempuk je dia tong gas. arghhh, stress sangat ada kawan gini. bagitau la awal awal ! haha.



dan atas permintaan tuan badan untuk tutup mulut, aku diam dan rahsiakan benda ni dari kawan kawan lain. kira ramai sebenarnya yang tak tau dia dah ada calon dan dah tunang pon, tup tup dapat wedding invitation kat facebook. surprise kan? so kalau ada kawan kawan yang kecik hati mungkin sebab aku tak jujur ke apa, sorry sangat sangat ye. saya cuma pegang amanah orang je. takde hak nak kecoh kecoh. sekali lagi mintak maaf banyak banyak. maafkan kami, maafkan kaaami *joget joget* haha.



 30/05/2014 & 31/05/2014



aku dah book awal awal tarikh ni tiga bulan awal nak cuti. kalau tak aku nangis. berani la tak bagi. saya nak jadi bridesmaidddd ! nak pakai baju free pengantin bagii. free saje la tau nya. haha.









[credit : deenkhalid photography]


majlis nikah ni lepas zuhur diorang buat. apepon, tahniah asnie dan faizul. sekali lafaz je. alhamdulillah. cantik sangat berbaju hijau lembut.








aku tak paham kenapa dua dua nak pejam mata. sehati sejiwa sangat lettew konon? okey okey sukati korang lah. haha.









on the nikah day ! 










best jadi pengapit ! tapi spoil sikit ah sebab aku dah demam waktu ni. main tol tol kat pelamin pon tak best sangat sebab suara takde nak berbalas balas pantun dengan pihak lelaki. kalau tak, ada kang dua tiga jam dok berpantun pantun je tak naik naik pelamin. takpe la bagi chance. haha.








geng cikgu cikgu ! aku tak paham satu pon diorang cakap. PBS la, CBS la, JBS la. yang aku paham diorang cakap stress layan budak budak. hekeleh apa susah, kerusi ada baling jela. eh eh eh, ko ingat ni anak ayam? okey. haha.







on the way to outdoor photoshoot ! cikgu mira ni kemahin dia tekan minyak. aku ingat lagi malam raya tahun lepas dia dah tahap give up bawak kereta sebab asyik mati mati je bila berhenti sampai last last suruh aku bawak. sekarang? drift la weyy. laju bak ang. serammm iolsss. mira aku tak kawin lagi woiii. hahaha.





selfie sikekkkk. gituwww.








apepon sekali lagi, tahniah HASNIAH REHAN dan FAIZUL AHAMAD. selamat pengantin baru. semoga perkahwinan yang dibina ni akan dilimpahi dengan seribu satu kebaikan dan rahmat dari yang maha esa. ameeennn. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan jannah insyaallah. be a good husband and wife. and untuk seluruh family asnie, terima kasih untuk berkat yang berbondong bondong tu. terima kasih sebab tak jemu tengok muka iolss kat sana je manjang. bukan takat majlis ni je, tapi dah selalu sangat menyemak kalau ada kenduri ke apa sebelum ni. aku dah anggap family asnie ni macam family aku sendiri. terima kasih semua. hehe.



cepat cepat produce baby ! 



eh, ni over sangat ke camne? ala, sukati la nak cakap apa ponn. haha.



ok dah tu je nak bebel. okbai :D





2 comment ♥:

Cik Yatt said...

bestkan tengok org kawen.. rasa nak kawen jugak..hehe

nur anis said...

cantik....rindu nak kawen lagi..hehe






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...