SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR






terbaca satu blog pasal sekolah agama ni memang mengundang betul lah. mengimbau cerita zaman compang comping makan ABC singget kat kedai Cik Normah sebelah sekolah dedulu. tambah pulak makan dengan mee siput. perh padu betul panas panas. padahal tudung dah serupa kain buruk kena air gula dengan sambal ! comot macam lotong YAALLAH, lepas tu balik kena bebel dengan mak. haha. tapi tu dulu lah, sekarang tak, sekarang lawa. ehh? kahkah.




and macam yang blog tu mention, kat negeri lain tak sure la pulak cemana, tapi yang penting kat johor wajib sekolah agama ni, mak cakap dosa kalau tak pergi. aku tau mak tipu, tapi nak sedapkan hati, aku acah acah percaya jela. kehh. mula mula kelas fardhu ain setahun, then sambung pulak darjah satu sampai enam, and final darjah khas. total lapan tahun jugak kau. haa, tapi part paling kejam sekali, kalau kau tak lulus periksa akhir tahun, ha mereput la tak boleh naik kelas. kalau darjah satu, ha darjah satu la sampai ke tua. kehkeh.




aku ni dulu sekolah agama antara budak pandai la jugak walaupon perangai ya rabbi juaaaaahat. dari fardhu ain sampai kesudah asyik dapat nombor satu je, tak nombor satu, dua, biasanya nombor satu lah. sampai dah boring dapat nombor satu. gitu. bhahaha. dan disebabkan pandai tu lah, ditambah dengan pakej comel (ehem) so aku banyak gila kautim dengan guru besar. selamba je dia ajak pergi beli kuih kat parit raja waktu kelas. siap sempat ngeteh berdua lagi. kecik kecik dah kaki kipas. kahkah.




tapi sekolah agama paling best sekali bila dah masuk part darjah lima dengan enam la. bajet kakak kakak senior sangat oi. oh ye, time tu aku dah pindah sekolah, mak pulak dah bagi bawak motor sendiri. kemain kerek dapat bawak motor kriss kaler biru abah. aku ingat lagi time tu aku dah start kena tahan dengan polis sebab bawak motor kat jalan raya dengan helmet takde lesen takde. lepas tu pernah sekali tu tudung terbukak habis terbang ke jalan bila ada satu kontena ni laju lalu sebelah. tau jela kan tudung pasang siap sekolah? aku turun motor pi kutip balik tudung tu sambil zikir seranah. nak pergi tuntut ilmu pon payah, habis terbukak aurat iols gais. cewah. malu namampos sebenarnya. haha.




and cikgu yang mengajar aku waktu tu memang cikgu tergerek pernah aku jumpa. cikgu MISLAN nama dia tapi kitorang panggil lanun. haha. batch kitorang pulak memang batch budak jahat gila. tiap hari isnin dengan khamis je kosong satu kelas sebab memasing pergi pasar. memang kuaja. kahkah. tu belum lagi dengan kerja conteng helmet cikgu, buat note tampal kat belakang motor cikgu.



"SAYA BANGLA JUAL KARPET"



biadap sangat. tapi paling kelakar bila kitorang cepatkan jam setengah jam sebab nak balik awal. tak ada sorang pon kantoikan pulak tu. kesian weh cikgu kena tipu. tapi esoknya kitorang pujuk ajak main dam. aku sebagai otai kelas haruslah aku yang fight dengan cikgu. dan sebagai budak kampung lejen abad tu, so memang aku la menang and cikgu tak boleh nak denda kitorang semua. haha.




sekolah agamalah tempat aku tunjuk sehabis pailang punya perangai. cakap dengan cikgu nak pergi toilet sudahnya sampai cikgu cari. padahal aku dok lepak dengan bebudak ni kat tangki taik belakang sekolah. belum lagi dengan budak lelakinya, orang suruh masuk kelas, dia dok preng preng motor masuk dalam dewan. bila cikgu turun, diorang sembunyi dalam dewan tu kunci pintu dengan motor motor sekali masukkan dalam tu. aku ni degil degil jugak, tapi kadang kadang suka jugak la nak sailang kengkawan lagi lagi diorang buat kerja jahat tak ajak aku kan. waktu tu aku cakap kuat kuat dengan cikgu dari luar saja nak bagi diorang dengar.




"CIKGU, SAYA TAU CIKGU RUMAH KHAIRAN KAT MANA ! SAYA BOLEH PERGI SEKARANG KALAU CIKGU NAK. TADI BAPAK DIA HANTAR. BAPAK DIA GARANG GILA CIKGU !"




oh ye, KHAIRAN tu salah sekor budak baru nak up bajet bajet gangter tapi takut dengan bapak. waktu tu dia bukak pintu keluar dari dewan sambil nangis nangis hentak kaki merayu rayan. memang berdekah seh sebab spoil la yang lain lain tu. aku syak mesti sampai sekarang dia dendam. bhahaha.




dipendekkan cerita, at last bila result keluar, memang hancur habis. waktu tu aku sorang dapat pangkat satu, sorang dapat pangkat dua, sorang pangkat tiga, yang lain semua tak lulus. kahkah. cikgu pon tak boleh nak buat apa sebab PPD yang tanda kertas. so kitorang bertiga jela meneruskan perjuangan ke darjah khas. gitu.




darjah khas pulak tak best sangat sebab ramai campur campur dengan sekolah lain, lepas tu ada jugak la mak budak bapak budak dok belajar sekali sebab nak sijil tu buat lesen jadi cikgu sekolah agama. budak budak degil satu kepala semua dah mereput tak dapat sambung sekolah so memang boring ah. yang penting aku banyak ponteng time darjah khas tu. lantak situ mak nak bebel ke apa.




finally sekolah agama aku dihabiskan dengan jayanya bila darjah khas tu dapat pangkat satu agregat tujuh. agregat tujuh tu kira paling cemerlang la kan, kira kalau SPM tu A1 manjang la. kahkah. waktu tu aku tak datang ambik result lagi dah heboh sana sini. saja tunjuk otai ambik lambat lambat. haha. ambik hadiah pon jadi orang first gitu. tak ada la bangga, tapi macam entah apa apa sangat rasa. segan la orang cakap boleh jadi ustazah. pe cer.






dok google google sekolah darjah khas ni memang nostalgia sangat. kena hafal surah apa la sampai 40 ayat panjang dia, kena tau tajwid, kena baca alquran depan cikgu dari sekolah lain. aku rasa kalau tak ada sekolah agama ni payah jugak weh. at least sampai sekarang ingat la jugak dulu dulu belajar apa. tau la jugak sikit sikit hukum hakam. tapi sengal tetap sengal. kehkeh.




alahai, rindunya zaman sekolah. comel je rasa pakai baju kurung putih kain cekelat. bebudak lelaki pulak pakai baju teluk belanga sampin hitam. johor sangat lah. dengan degilnya. tapi yang bestnya pergi sekolah haruslah boleh beli jajan lepas tu rewang jajan orang lain ! haha. 



mak aku kalau ajak cerita balik zaman sekolah agama mesti dia cakap,



"mintak la jadi cikgu sekolah agama na"



padahal sampai sekarang dia tak tau aku ni manusia paling taguna taguna taguna. ada nak jadi cikgu?



HAHAHA dah bai.








2 comment ♥:

Unknown said...

Rindu kt ko!! Pe2 hal ko memg daebak!!

Unknown said...

Rindu kt ko!! Pe2 hal ko memg daebak!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...