REVIEW : ROKOK NAN SEBATANG



siapa kat sini peminat tulisan nami cob nobbler?



kalau ye, sila angkat tangan tinggi-tinggi gunung kinabalu ! wkwkw.



bermula dari LELAKI EKSISTENSIAL, aku dah mula jatuh cinta pandang pertama dengan novel si NAMI ni. then diperkenalkan pulak ke AWEK CHUCK TAYLOR, dan yang terkini, ROKOK NAN SEBATANG, wahhh, wa dah superb cair leburrr ni derr. saaayang NAMI ! ehh? kahkah :D



okey la. for this entry, i just want to share with all of you about ROKOK NAN SEBATANG !






novel ni berkisahkan tentang seorang lelaki bernama ROMI yang bekerja as agent insurans kat sebuah syarikat kat keyel. tiap hari dia akan buat benda yang sama contohnya makan nasi goreng tamil nadu sampai dia sendiri dah rasa bosan dengan rutin yang macam tu. satu hari ni dia jumpa dengan sorang lelaki bernama WAN, yang mana lelaki ni boleh dikatakan as a mysterious guy. full of misteri. WAN ajak dia mengembara dan pusing satu MALAYA untuk keluar dari rutin hidup yang bosan dan mencari makna kehidupan.



so dalam misi ni, banyak la orang-orang yang ROMI jumpa dan akhirnya ikut sama join pengembaraan ni. contohnya RUDI, seorang remaja dari TEMERLOH yang memang nak keluar dari kepompong hidup dengan mak ayah, juga untuk mencari makna hidup macam ROMI. then PAKCIK AZMI yang wataknya boleh dikatakan as beriman or serbanistas. pandangan dan gaya pemikiran PAKCIK AZMI dan WAN adalah saaangat berbeza sampai hampir tiap masa diorang nak berdebat bergaduh. watak seterusnya BUNGA RAMONA. dia ni pulak sorang perempuan cantik yang sedang menempuh pengembaraan dari IPOH ke SINGAPURA sebab nak jumpa boyfriend sibernya, TAUFIK GUNTUR. ada jugak watak-watak lain macam PUSPA, scandal si WAN yang vegetarian dan TENGKU ADLINA, wan's wife :)



ROKOK NAN SEBATANG menceritakan segala apa yang terjadi dalam pengembaraan ni, macam mana setiap satu watak diorang jumpa sorang demi sorang, and it shows readers lokasi-lokasi or nama tempat yang diorang pergi dan singgah. ilmu-ilmu geografi banyak diturunkan okey dalam novel ni. then diceritakan jugak moment-moment gembira, sedih, marah, ketawa, and masalah dalam perjalanan tu. paling legend, dia tunjuk tempat makan yang best-besttt ! siap belanja gambar lagi you allsssss. bapak terliur :D



macam jugak LELAKI EKSISTENSIAL, ROKOK NAN SEBATANG banyak bagi kita ilmu dan fakta. dia bukan novel biasa yang kosong input or just for fun, it give you moreee than that ! dalam novel ni, i'm really adore with WAN as a leader of that team. he teach us about life. life is not about money. yes. and watak yang paling aku benci is PAKCIK AZMI. dia ni even sorang cikgu agama yang cukup ilmu agama di dadaaa, my respect for him is totally out. why? find this book laa. you'll find my reason. :D



then dalam novel ni jugak ada scene-scene bibit-bibit percintaan, ada khianat mengkhianati, ada setia kawan, cinta diam-diam, kecewa and baaanyak lagi part yang boleh bagi kita ilmu dan pengajaran. aku tertarik dengan part yang dia sampai ke BATU PAHAT, and makan kat MARKAS PAS kat SRI GADING. macam yang dalam novel ni cakap, sup kambing dia memang best. tapi based on my experience, maybe dia sikit rasist bila mana kalau kau datang pakai serban, then service will be tiptop. but when you comes with freehair for girl and pakai short for man, kau sampai ngantok-ngantok tunggu makanan :D



ending ROKOK NAN SEBATANG is really surprise. aku tak jangka pon yang ending dia akan sedih macam tu. memang macam-macam perasaan doh bila sampai ending dia. marah, geram, sedih. semua hadoooo. gerammmm je dengan WAN. errr. haha.



apepon, this novel is really really fun. lebih ringan dari LELAKI EKSISTENSIAL, tapi still serius sikit dari AWEK CHUCK TAYLOR. bila dah sampai novel yang ketiga ni, baru la paham yang tiap tulisan NAMI memang ada berkait dan berkait. lepas ni nak cari BAU SEMANGAT ANAK MUDA and BAYANG ! hee.



someone told me, 



"kasarnya bahasa novel ni"



then tenang bro, be open minded. yang baik kita ambik, yang tak berapa nak baik, tengok jela. well, we are not a small kids anymore right ? yang perlu di guide untuk setiap apa yang dia tengok dan dengar. be positive okey.







"true friends will always forgives even though without an apology. True friends never judge, and true friends will never regret for everything with his friend" 


- rokok nan sebatang -



EZREEN EMIRA SULAIMAN dan SHERINA ELLYANA SULAIMAN must be a special woman for nami is it? ALFATIHAH for both of them.


nami, you're such a great story teller !



happy reading !









REVIEW FILEM : MAN OF STEEL




filem superhero kembali lagi !



kalau yang the latest, IRONMAN 3 dah boleh dikategorikan as A class, rasanya MAN OF STEEL pon tak kurang jugak hebat dia. 



aku dengar je SUPERMAN keluar, terus menggelupur nak pergi tengok. okey, sila jangan salah paham key. gua teruja bukan sebab nak tengok dia pakai spender kat luar. ni stok naif ni der. kahkah. excited because i love action film laa. so, apa lagi, fungsi google memang sangat diperlukan untuk trailer dan review. maklum la jaman siber ni, nak buat apa sekalipon, memang confirm akan refer dia dulu. fully depends kan? bahasa kasarnya, kita bertuhankan sistem ciptaan manusia. GOOGLE, yes GOOGLE. 



okey, forget it.



so semalam, planning hangout dengan ASNI and MIRA, aku ambik la kesempatan ajak diorang tengok new movie ni. guess what? the answer is YESSSSS. okeyy, yes ! dapat tengokkk. hahaha. 








finally, 3 ticket for us ! so very the jealous dengan diorang sebab dapat harga tiket less 5 ringgit. why must rasist? kami sebayaaa. okey lupa saya bukan orang universitas. sobsobssss.







jelas ada gaya bongkak cuba ditunjukkan disitu. maaf, ni bukan bongkak, ni bahagia :D









happy to see both of you happy my dear friend. amboi ayatt, geli bulu dada mak ni mendengarnya cik jemah oi. garukkan pakai penyapu boleh? :D







okey, MAN OF STEEL ni cerita dia berkisar tentang CLARK KENT atau nama asalnya KAL-EL yang mana dia ni dilahirkan di planet KRYPTONE tapi dihantar ke bumi oleh ayahnya, JOR-EL dan mak dia, LARA. kat krypton time tu ada guna sistem tabung uji bayi untuk tentukan cita-cita baby tu sejak kecik samaada jadi buruh atau askar perajurit taw, so disebabkan JOR-EL dan LARA tak terima benda tu la diorang ambik keputusan untuk hantar KAL-EL ke bumi, diorang nak anak tu ada pilihan untuk tentukan masa depan dia sendiri. apepon, akhirnya krypton musnah sebab salahguna sumber dana alamnya.



so bila sampai bumi, CLARK ni jadi lain dari manusia biasa. contohnya tak boleh nak adapt and fokus kat kelas when he still small. tapi ada kekuatan pelik contohnya bila bas yang dia naik accident dan jatuh dalam sungai, dia boleh tolak bas tu dari dalam air ke darat untuk selamatkan orang-orang yang ada dalam tu. walau macam mana pon, ayah angkat dia paksa CLARK untuk rahsiakan kelebihan ni sampai satu tahap ayah dia tu mati depan mata sendiri sedangkan dia boleh je nak selamatkan. sumpah, scene tu memang sedih gaban ! sobsobsss.



keadaan sampai kemuncak bila GENERAL ZOD datang ke bumi dan warn KAL-EL serah diri atau seluruh warga bumi akan musnah. tujuan utama GENERAL ZOD ni actually nak jadikan bumi sebagai kryptone yang baru untuk menggantikan planetnya yang dah musnah. haa, lepas tu memang penuh dengan aksi pertempuran antara CLARK dengan ZOD. teruk bumi ni kena hentam. so, untuk bagi surprise, korang kena tengok sendiri kalau nak tau sampai ke ending dia :D







ni part CLARK nak serah diri pada GENERAL ZOD. at that time jugak, LOIS pon akan ikut sama.








and ni pulak part CLARK masa remaja dia. and dari scene ni, we can see how much that old man love his son sooo much even not a real one. sesuai sempena hari bapa. hee.



MAN OF STEEL ni walau macam mana pon tersangat kurang elemen superhero. well, kita kalau dengar je superman, mind semua dah set, selamatkan orang, selamatkan dunia. ye tak? tapi filem ni cuma berkisahkan tentang kehidupan dan sejarah CLARK dan misi nak halang kekuasaan GENERAL ZOD. 



first half filem ni full of drama. means action cuma wujud on the second half. macam jugak banyak filem-filem lain, unsur kasih sayang tak lupa diterapkan. contohnya CLARK sangat disayangi oleh parents dia. even yang real, juga family angkat dia. other than that, watak LOIS LANE ditimbulkan untuk ambik alih tugas heroin. LOIS LANE ni wartawan dan diorang start jumpa bila CLARK cuba sembuhkan luka dia lepas diserang oleh something yang aku sendiri tak pasti apa. tapi sure dari krypton. walau apa pon, still lagi ada scene yang sungguh tak logik. ah, tapi layan la. fun, fun ! haha. apepon, grafik dia cukup cantik. puas tengok der. lagi menarik sebab SUPERMAN handsome gilaaaaaaaaaaa *gigil-gigil*. kahkah.



so, bagi yang tak tengok lagi. ayuh serbu panggung. weekend mesti meriah confirm. heee.






comel tak? kahkah.


rating : 3.7/5


"i was born to be a warrior" - man of steel -


dah, bye :D














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...