REVIEW FILEM : THE HOBBIT - AN UNEXPECTED JOURNEY





first sekali bagi sesiapa yang berhajat nak tengok THE HOBBIT, aku nasihatkan supaya buatlah persediaan both mental dan fizikal. maksudnya, perut tu bagi penuh dulu dan mata kenalah bagi rehat. ini disebabkan korang terpaksa duduk secara statiknya selama 170 minit kat dalam panggung tu. memang macam-macam posisi dan gaya yang keluar la jawab dia. pop corn aku tak cukup satu kauu. paling best, aku siap boleh main cak bah cak bah dengan budak kecik seat sebelah. haha


jalan cerita THE HOBBIT adalah sangat panjang dan ia merupakan kesinambungan untuk filem Lord Of The Ring. actually aku takde la semangat sangat nak tengok, tapi oleh sebab dah bergaduh berebut, sorang nak tengok LIFE OF PI, dan sorang lagi nak layan THE HOBBIT weekend lepas. so kali ni, ikutkan jela. hari tu aku menang, so kali ni bagi la dia pulak. adil kan? hikhik


THE HOBBIT berkisar tentang kisah yang berlaku 60 tahun sebelum LOTR yang mana BILBO BAGGINS bertindak meninggalkan kehidupannya dan mengikut sekumpulan kerdil dalam mencapai misi mereka mengambil semula kerajaan yang sebelum ni ditawan oleh seekor naga bernama SMAUG. so dalam perjalanan yang panjang tu, berlakulah macam-macam halangan seperti serangan dari ORC, WARG, GOBLIN dan macam-macam lagi. tapi dalam pengembaraan tu, BILBO sempat terpisah dengan diorang dan bertemu pulak dengan GOLLUM. pertemuan tak sengaja ni akhirnya mengubah hidup BILBO sepenuhnya.




ni la dia orang-orang kerdil puak dwarf  yang diketuai oleh THORIN.



actually THE HOBBIT adalah antara filem fantasi yang agak best dan layan. tapi oleh sebab jalan cerita yang sangat slow, sometime its feel soo very the boring. lagipon ending dia macam tergantung. aku pulak kejap-kejap je lost, then bila tanya orang sebelah camne boleh jadi camtu dan camni, baru lah masuk landasan balik. hehe


tapi kan, aku paling suka part teka-teki antara BILBO dan GOLLUM. kelakar! dua-dua saaangat bijak!




walaupun muka menyeramkan, tapi dia kelakar. hihi


okey, kalau nak tau full movie THE HOBBIT : AN UNEXPECTED JOURNEY, korang semua kena lah tengok sendiri. filem ni rasanya sangat sesuai untuk sesiapa yang suka cerita-cerita fantasi dan feeling-feeling mengembara. hihi. esok tak kerja kan? so boleh la layan midnight :D



6.5/10


kebulur keluar panggung pukul 1 pagi, pekena pulak roti nan special dan teh tarik area Jalan Rahmat. terbaik dari ladang. nyum nyum~hehe





kbai XD







4 comment ♥:

~AmyLiana86~ said...

ala da lama xtgk wayang..huhu

tirahzairi said...

nk tgk jgk lah

9n0L4 said...

tak berkesempatan lagi nak tgk cite ni. hee.

J.Syazwana said...

Makaih 3 jam. Kalau tgk midnite kompem tido. Haha

Alah kalau tak pernah tengok lord of the ring boleh paham tak? Huhu






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...