JJCM : PERKAMPUNGAN IKAN BAKAR TERAPUNG UMBAI


dah lama rasanya tak pusing bandar MELAKA, rasa rindu mula lahh menyelubungi setiap urat saraf yang ada. teringat-ingat, terkenang-kenang sampai termimpi-mimpi. ecehh. hee. so apa lagi, mulalah plan nak jalan-jalan sana. holiday bersama family tercinta ! and i'm so lucky to have a sporrrting family ever with me ! hikhik


okey lah, nak dipendekkan cerita, sebelum kitorang balik malam semalam, singgah la kat medan selera paling ngetop dan terkenal seluruh melaka, kira legend la bagi aku. PERKAMPUNGAN IKAN BAKAR TERAPUNG UMBAI ! wahh, sejak-sejak ni mood mereview tempat-tempat makan kemain galak lagi kan. biasa lah, selera makan semakin lama semakin dasyat pulak rasanya. berat pon dah naik sampai 3 kilo ni..ah gasak, biar gemuk lagi macam belon. kikiki


ikut perkiraan jari jemari, memang dah lama sangat tak makan kat UMBAI, last sekali pon tahun lepas kalau tak silap. tapi aku memang suka makan kat sana sebab kesedapan ikan dia super power tu, ditambah pulak dengan keindahan pemandangan sebagai pencuci mata. perkampungan atas air katanya. hehe



tapi rugi kali ni sebab sampai sana malam, so tak nampak apa-apa pon.


by the way, malam semalam, i'm just order a simple menu. well, makan bertiga je pon. adik aku nak lepak dengan kawan-kawan dia and tidur melaka, so awal-awal dah campak dia kat bukit katil. sobsobss :D




nasi lemak, siakap tiga rasa, siakap bakar sambal, sotong goreng tepung dan kailan ikan masin yang sangat menyelerakan ! satu lagi yang bestnya kat sini, kita boleh pilih sendiri ikan dan makanan laut lain ikut saiz dan citarasa sendiri. so, memang makanan laut dia fresh dari ladang. sedapnya rasa sampai ketulang. HAHA. overrr :D




bukti sedap dan lapar. nasi siap tambah satu pinggan lagi. kahkah :D




kesiannya mak abah kita penat..tapi dah kenyang kan? kikiki :D


apepon, lastly, bagi sesiapa yang cuti-cuti malaysia sampai ke melaka tu, boleh la singgah kalau nak rasa kesedapan ikan bakar UMBAI ni. sekali pergi mesti nak datang lagi taww. haa, jangan lupa ! selamat mencubaa ! *eh, program masak lak* :D


sekian. bye :D






14 comment ♥:

hnahdy said...

macam menarik la tempat ni..

boni kacak said...

pergh..ikan siakap ikan feveret saya tu..mak aih..sedapnya

Farah Shamsudin said...

Umbai? bolelaa.. tapi pegi situ order banyak juga..

terima kasih ye singgah rumah akak..:))

man said...

Wah sedapnya..hehe

man said...

Wah mcm sedap je

9n0L4 said...

aritu gi kat parameswara. sedapppp udang butter die. :)

chemay said...

mak aihh.
chemay dah la dah 2 hari tak makan nasi ni.
tetiba keluar gambar makanan sedap2 pulak.
lapar nyaaaa
T____T

J.Syazwana said...

yeay dah pernah makan sane. gigih tau dari kl datang melaka sebab org cerita best !

tapi kan kite rasa alai lagik murah and sedap. lepas makan kat umbai (kedai nama parameswara) kite ngan akram try kat alai pulak. mavelesss ! hihi

cinta siswi said...

wuuaaaaaaa.. xpenah smpai lg..hehe.. insyaALLAH.. satu hari nnti.. :)

mie said...

tu dia...
sedap dan menyelerakan...
ehehehe

tirahzairi said...

syoknya mkn2...huhu

Izara4eva™ said...

amboii lapar tgk entry ni..

Orkid Edyliyne said...

dulu pernah pergi tempat nie time nak pergi rumah makcik OE dekat Melaka... dah lama, dah tak ingat rupa tempat tu macam mana.. hehe... ^^

Hasrina said...

melaka mmg bnyak tempat makan besh2..miss melaka too






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...